Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA BANTU BAIKI RUMAH IBU TUNGGAL

Kelihatan Idris Hj. Hassan, Penolong Setiausaha Agung PEMBELA bersama Sukarelawan
sedang memerhatikan rumah uzur yang didiami oleh puan Arfah Din
di Kg. Baru, Kelubi Luar, Jitra pada jam 8.30 pagi, 22 Julai 2008.
OLEH : Nash
KUBANG PASU – Ibu tunggal yang menetap di sebuah rumah uzur di Kg. Baru, Kelubi Luar, Jitra sejak 16 tahun lalu telah mendapat perhatian dari PEMBELA.

PEMBELA yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Basir Ismail, Idris Hj. Hassan, Penolong Setiausaha Agung dan dua Sukarelawan PEMBELA iaitu Zainol Hisham dan Abdul Manaf Abdullah telah membuat kunjungan ke rumah puan Arfah Pin, 53, pada hari ini, jam 8.30 pagi, melihat sendiri keadaan rumah uzur ibu tunggal tersebut.

Menurut Idris Hassan, “PEMBELA berkunjung ke rumah ibu tunggal tersebut setelah mendapat maklumat petang semalam (21 Julai) dari Zainol Hisham, juga sebagai Sukarelawan supaya dapat memberi bantuan bagi meringgankan beban yang ditanggung oleh wanita tersebut.

Arfah Pin ialah seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian kerana telah berpisah dengan suami sejak 23 tahun lalu. Anak tunggalnya (wanita) kini baru mendapat kerja di Putrajaya dan terpaksa membayar kembali wang PTPTN yang dipinjam ketika mengikuti pengajian di sebuah kolej awam.

Keadaan kesihatan yang tidak baik kerana mengidap penyakit tekanan darah rendah, sering pening kepala dan tidak boleh berdiri terlalu lama menyebabkan tidak boleh melakukan kerja bagi mencari sumber pendapatan.

Sehingga kini, hanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan kepadanya berjumlah RM 130.00 sebulan.

Menurut Arfah, walaupun JKM bersetuju memberi RM 130.00 sebulan, namun kadangkala jumlah yang dimasukkan ke dalam akaunnya tidak mengikut jumlah yamg dijanjikan dan tepat pada waktunya dan dia pernah menerima sumbangan hanya sekitar RM 40.00 sebulan.

Idris menambah, “pemantauan yang di buat pada pagi ini mendapati bahawa keadaan rumah ibu tunggal tersebut amat daif dan sekurang-kurangnya memperbaikinya supaya ia boleh tinggal dalam keadaan yang tenang dan selamat”.

PEMBELA telah memutuskan untuk memperbaiki rumah uzur ibu tunggal tersebut dalam masa terdekat kerana terpaksa menunggu laporan dari pasukan Sukarelawan yang ditugaskan membuat anggaran kos pembiayaan tersebut. Di samping akan membawa ibu tunggal tersebut berjumpa pihak JKM untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu pembayaran sumbangan bulanan yang dianggap tidak di terima mengikut jumlah yang sepatutnya.

0 komen:

Catat Ulasan