Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI PEMBELA PADA 3 OKTOBER

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan menganjurkan program rumah terbuka pada 3 Oktober 2008, bertempat di Country Height Darulaman, Jenan, bermula jam 8.00 Malam.

Majlis Rumah Terbuka PEMBELA tersebut akan diserikan dengan kehadiran tetamu undangan khas iaitu YB. Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS serta pemimpin PAS peringkat negeri dan kawasan.

Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail bahawa Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan buat julung kalinya sejak PEMBELA ditubuhkan pada Mac lalu.
Sehubungan itu PEMBELA dengan rasa besar hati ingin menjemput seluruh muslimin-muslimat, khususnya penduduk Kubang Pasu serta anak perantauan yang pulang ke kampong halaman masing-masing hadir ke majlis yang dianjurkan.

PEMBELA ZIARAH WARGA EMAS TERLANTAR SAKIT 7 TAHUN


PEMBELA TURUN BERI SUMBANGAN

KUBANG PASU -Sempena bulan Ramadhan A-Mubarak yang mulia ini, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menjalankan program sumbangan barangan keperluan dapur kepada golongan warga emas, ibu tunggal, anak yatim-piatu dan saudara baru Islam.

Program sumbangan tersebut telah disampaikan oleh anggota PEMBELA yang diketuai oleh Presiden dan seluruh Ahli Majlis Eksekutifnya kepada golongan tersebut dalam daerah Kubang Pasu.

Menurut Zabedi Usop, Naib Presiden 3 PEMBELA bahawa, sumbangan barangan dapur yang disampaikan adalah dari sumbangan pelbagai pihak kepada PEMBELA dalam bentuk barangan dan wang tunai.

Zabedi menambah, program sumbangan Ramadhan Al-Mubarak merupakan program sulong PEMBELA sejak ia ditubuhkan pada awal Mac lalu.

“PEMBELA rasa amat terharu dan ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi memberi sumbangan, sekaligus telah melancarkan gerak kerja yang di atur bermuala 21-25 September ini.

PEMBELA menyokong penuh langkah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan menurunkan serta merta harga minyak petrol dan diesel di pasaran domestik, ekoran penurunan besar harganya sejak minggu keempat bulan Julai hingga September ini.

Menurut sdr Mohd Dzohir Hamid, Timbalan Presiden PEMBELA merangkap Ketua Biro Kebajikan Pengguna, umum telah mengetahui bahawa harga minyak di pasaran global telah turun dengan mendadak seperti mana laporan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga, yang merupakan agensi tenaga dari Amerika.

“Jika sebelum ini kerajaan telah menaikkan harga bahan api (petrol dan diesel) kerana berlakunya kenaikan harga bahan api tersebut di peringkat global, mengapa pula sekarang kerajaan tidak menurunkan harga tersebut untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan pengguna kenderaan di negara ini’, ujarnya.

Rekod yang dicatatkan bahawa pada 5 Julai lalu, kerajaan secara tergesa-gesa telah menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen menjadi RM2.70 seliter dan diesel sebanyak RM1 menjadi RM2.58 seliter kerana alasan tidak mampu menanggung beban subsidi kepada rakyat yang menggunakan bahan api tersebut. Di mana kenaikan harg apetrol dan diesel adalah berpunca dari kenaikan harga minyak dunia di sekitar AS$126.06 setong.

Namun, rakyat juga mengetahui bahawa pada 6 Jun, harga minyak global telah jatuh ke paras AS$121.36 setong. Dari tempoh itu hinggalah ke hari ini, harga minyak dunia yang tertinggi direkodkan pada minggu pertama bulan Julai sebanyak AS$$137.11 dan kemudiannya menurun hingga sekarang," tambahnya lagi.

Mohd Dzohir menambah, tindakan kerajaan menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter dan disel diturunkan sebanyak 8 sen kepada RM 2.50 pada 23 Ogos lalu adalah suatu keputusan yang tidak wajar, sekaligus memperlihatkan sikap kerajaan pusat yang berkuasa tidak memahami permasalahan rakyat dalam negara ini”.

Memetik kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa, berdasarkan statistik semasa, harga minyak pada minggu pertama bulan September adalah AS$$106.41 setong dan pada minggu kedua bulan September AS$98.53 setong.

"Harga terkini yang dilaporkan sejak awal bulan Ogos 2008 sebenarnya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga semasa kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa pada 5 Jun 2008. Kamaruzaman juga menambah,

Beliau menambah lagi "Jika mengikut harga minyak dunia sekarang, kerajaan Malaysia sewajarnya menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya kepada RM1.92 seliter, iaitu harga asal sebelum dinaikkan pada 5 Jun".

Monhd Dzohir menegaskan, “berdasarkan kepada situasi ekonomi negara yang kian memburuk, di samping persiapan rakyat beragama Islam menyambut Syawal 1429 beberapa hari lagi, majoritinya akan menggunakan kenderaan pulang ke kampung halaman masing-masing adalah wajar jika pihak kerajaan dapat mengkaji harga baru minyak Petrol dan disel supaya tarif harga bahan api tersebut berada di tahap yang relatif murah”.

“Kerajaan jangan tunggu rakyat dan pengguna kenderaan membuat keputusan turun ke jalan-jalan raya dan kota-kota untuk menuntut penurunan harga minyak dari kerajaan yang berkuasa kerana ia akan memburukkan lagi intergriti kerajaan yang memerintah, sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat bahawa kerajaan yang ada pada hari ini perlu ditukar dengan segera” katanya.

Sehubungan itu, PEMBELA akan menghantar surat kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDHED) dalam masa terdekat bagi menyatakan sokongannya kepada mana-mana pihak yang mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak dalam kadar waktu yang segera.

ANGKARA SIAPAKAH INI ?

Gambar kelihatan Mohd Jamal Nasir, Zabedi dan ahli-ahli PAS memegang kain rentang yang telah diturunkan oleh anggota Pembelawan PEMBELA.

PEMBELA telah mengarahkan anggota-anggotanya menjalankan operasi menurunkan kain rentang bertajuk "Impian Berkubur" yang di pasang di beberapa tempat dalam daerah Kubang Pasu.

Menurut, Zabedi Usop, Naib Presiden PEMBELA yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kubang Pasu bahawa pihaknya telah mengarahkan Skuad Pembelawan PEMBELA menurunkan kain rentang bertajuk "Impian Berkubur" yang dipasang dibeberapa tempat seperti Pekan Kepala Batas, Pekan Jitra, Tunjang dan Changlon yang bersifat provokasi, dipercayai dilakukan oleh pihak parti lawan.

Zabedi menambah, pihak PAS Kawasan atau cawangan-cawangan dalam kawasan Kubang Pasu tidak ada mengeluar sebarang arahan kepada mana-mana ahli untuk menaikkan kain rentang berhubung dengan isu 16 September tersebut".

Maklumat yang diperolehi PEMBELA dari orang ramai bahawa, kain rentang di Pekan Kepala Batas tersebut telah dipasang pada waktu malam 17 September oleh 3 orang pemuda yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam.

Setelah mendapat berita tersebut, PEMBELA telah mengarahkan anggota Pembelawannya menuju ke lokasi berkenaan dan menurunkan kain rentang tersebut.

Mohd Jamal Nasir, Presiden PEMBELA mengulas berhubung dengan pemasangan kain rentang tersebut, "golongan yang memasang kain rentang ini bertujuan untuk melaga-lagakan kepimpinan dan ahli-ahli PAS dan PKR di Kubang Pasu khususnya kerana iri hati melihat hubungan yang baik antara kedua parti yang menjadi teras kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah Darul Aman".

Beliau menambah, biarlah beribu-ribu kain rentang yang seumpama ini di pasang, namun kehendak rakyat untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat dibendung lagi oleh pihak parti lawan, apatah lagi mereka sekarang berada dalam keadaan yang cukup 'sakit' ekoran dari masalah dalaman yang kian kronik"

MAJLIS BUKA PUASA PEMBELA MERIAH


COUNTRY HEIGHT, JENAN- Majlis Berbuka Puasa anjuran Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) berjalan dalam keadaan meriah dan ikatan ukhwah Islamiyyah di kalangan para jemputan yang hadir yang akan diadakan di Country Height Jenan, Kubang Pasu.

Menurut, Ir. Mohd Jamal Nasir, Presiden PEMBELA bahawa, jumlah kehadiran yang ramai melambangkan wujudnya ikatan ukhwah Islamiyyah dikalangan para jemputan, sekaligus sebagai tanda sokongan para jemputan terhadap kewujudan PEMBELA selaku badan bukan kerajaan di tengah-tengah masyarakat khususnya dalam daerah Kubang Pasu.

Seramai 170 orang tetamu jemputan hadir yang terdiri tetamu jemputan khas, saudara Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah yang telah menyampaikan wacana berhubung dengan isu-isu politik semasa dalam negara. Di samping itu, majlis turut dihadiri Tuan Hj Abdul Aziz Jusoh selaku Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Che oon Jusoh, Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kubang Pasu, Presiden Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis, saudara Ibrahim Lai Abdullah dan juga para wartawan dari Harian Mentro dan Berita Harian.

PEMBELA TURUN PADANG PANTAU PARKING

Gambar kelihatan wakil PEMBELA, saudara Mokhtar Hamid membuat pemantauan
di pusat jualan kupon oleh agen yang dilantik Majlis Daerah Kubang Pasu

1- Dimaklumkan kepada PEMBELA bahawa Mesyuarat Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu pada bulan Jun 2008 (Mesyuarat Kali Pertama Ahli Majlis Diwakili PAS dan PKR) telah membincangkan isu penguatkusaan letak kereta di kawasan-kawasan tertentu di Jitra dan Bandar Darualaman. Di mana, Ahli Majlis mewakili PAS dan PKR telah membantah perlaksanaan tersebut.

2- Pada 14 September 2008, seramai 12 orang dari 15 orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu telah mengadakan perbincangan dengan YB. Dato’ Mohd Taulan Rasul, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, meminta supaya mengeluarkan arahan menangguhkan penguatkuasaan bayaran berkupon letak kereta yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

3- Pada hari berkenaan (14 September), Exco berkaitan telah mengeluarkan surat arahan kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu supaya menangguhkan perlaksanaan bayaran berkupon ketak kereta di Jitra dan Bandar Darulaman.

4- Maklumat dari dalaman Majlis Daerah Kubang Pasu memaklumkan kepada PEMBELA bahawa Datin Barni Mohd Noor menolak arahan YB Exco dan tetap melaksanakan hasrat penguatkuasaan bayaran berkupon letak kereta seperti yang dirancangkan. Ekoran kedegilan Datin Barni Mohd Noor telah mengundang reaksi kurang senang dikalangan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (PAS dan PKR), sekaligus memperlihatkan sikap dan wjah sebenar siapakah Datin Barni Mohd Noor tersebut dikalangan rakyat di Kubang Pasu. Adakah dia berkerja di bawah Pakatan Rakyat ataupun memiliki kuasa yang lebih tinggi dari YB Exco berkenaan.

5- Sehubungan itu, pada 15 September 2008 seluruh pengguna kereta di Bandar Darulaman, Taman Desa Perdana, Taman Sri Halban, Kompleks Jitra, Pekan Jitra 2 dan Pekan Jitra 3 yang menggunakan tempat letak kereta di kawasan berkenaan akan dikenakan caj atau bayaran secara berkupon dengan kadar tertentu oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

6- Kupon-kupon letak kereta di jual oleh agen-agen yang dilantik oleh Majlis Daerah Kubang Pasu. Sumber dalaman Majlis Daerah Kubang Pasu memberitahu bahawa setiap kupon yang dijual, agen akan mendapat keuntungan sebanyak 6 peratus.

7- Tindakan penguatkuasaan bayaran letak kereta oleh Majlis Daerah Kubang Pasu, telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PAS dan PKR) yang melaungkan slogan “Kedah Seajahtera, Nikmat Untuk Semua”.

8- Ramai pengguna tetap ruang letak kereta sejak sekian lama, mula merunggut kerana ia sekaligus telah meningkatkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka setelah kerajaan pusat UMNO/BN menaikkan harga bahan api (petrol dan disel). Ini kerana, pengguna tetap di kawasan berkenaan kebanyakan mereka bekerja di premis-premis di kawasan berkenaan. Premis tempat mereka berkerja tidak menyediakan tempat letak kereta rasmi kepada mereka kecuali tempat letak kereta yang diselia oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

9- Berdasarkan kepada ketetapan bayaran yang dikenakan bahawa pengguna terpaksa membayar sebanyak RM 3.00 sehari dengan jumlah terkumpul bayaran bulanan antara RM 60.00 (20 Hari Berkerja) hingga RM 75.00 (25 Hari Berkerja) atau RM0.50 sejam. Sedangkan penggunaan tempat letak kereta tersebut langsung tidak mendapat apa-apa kelebihan atau faedah sampingan dari pembayaran yang dilakukan, melainkan pengguna berkenaan boleh menggunakan secara sah tapak letak kereta tersebut di sisi-sisi undang-undang yang diperkenalkan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

10- Sumber rasmi yang diberitahu kepada PEMBELA bahawa tujuan Majlis Daerah Kubang Pasu melaksanakan bayaran letak kereta di kawasan berkenaan adalah untuk mengatasi kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kereta di kawasan berkenaan. Kononya dengan dikenakan bayaran masalah kesesakan dan kekurangan raung kereta dapat diatasi. Ramai yang berpendapat bahawa ia merupakan alasan dangkal dan cuba memperbidoh-bodohkan rakyat serta pengguna kenderaan yang terlibat.

11- Pada 16 September 2008, sebuah Badan Bertindak Menjaga Kepentingan dan Kebajikan Rakyat Kubang Pasu singkatan nama PENJAGA telah ditubuhkan yang dianggotai oleh beberapa buah NGO, pemimpin PAS dan PKR dalam Kubang Pasu dan Jerlu dan aktivis masyarakat.

12- Mesyuarat Pertama PENJAGA telah memutuskan 5 tindakan yang akan di ambil terhadap Majlis Daerah Kubang Pasu, iaitu :-

(i) Mengadakan liputan dan sidang akhbar pada 18 September 2008 di ibu pejabat PEMBELA bagi menyatakan bantahan berkaitan penguatkuasa bayaran letak kereta berkupon.

(ii) Menyerah Memorandum Bantahan Kepada Yang DiPertua berhubung tindakannya tidak mempedulikan arahan oleh YB Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

(iii) Mengadakan himpunan rakyat di Pekan Jitra pada tarikh yang akan ditentukan.

(iv) Menghantar Memorondum kepada YAB Menteri Besar Kedah supaya Yang DiPertua dan Setiausaha Majlsi Daerah Kubang Pasu ditukar ke tempat lain dalam tempoh masa segera.

(v) Membuat laporan BPR dan Polis berhubung dengan beberapa isu berkaitan penggunaan dan pengurusan kewangan, perlantikan jawatan dan penganugerahan projek serta perlaksanaan penguatkuasa berpilih oleh pihak Majlis Daerah Kubang Pasu.

13- PENJAGA telah menubuhkan skuad Pemantau dan Risik yang disertai oleh 16 orang dalam pelbagai bidang iktisad termasuk yang berkhidmat di Majlis Daerah Kubang Pasu, Agensi Kerajaan, Parti Politik dan Ngo.

14- PENJAGA berjanji akan memastikan segala tindakan dan perlaksanaan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu seiring dengan falsafah, cita-cita dan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua, sekaligus memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan kerajaan yang adil, sejahtera dan telus.

PEMBELA ANJUR PROGRAM BERI SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN SUSAH

PEMBELA akan mengadakan program bantuan kepada golongan susah iaitu ibu tunggal, warga emas, anak yatim piatu dan saudara baru Islam pada 20 hingga 25 September depan.

Menurut, Ir.Mohd Jamal Nasir, Presiden PEMBELA selepas mengadakan Mesyuarat Bulanan yang diadakan di ibu pejabat PEMBELA malam kelmarin bahawa, pihaknya sedang mengumpulkan bantuan daripada para sukarelawan dan korporat untuk disumbangkanm kepada golongan sasaran yang ditetapkan.

Mohd Jamal menambah, PEMBELA amat peka dengan permasalahan rakyat bawahan yang masih ramai hidup dalam belenggu kesusahan dan amat daif.

Oleh itu, gerak kerja memberi bantuan di bulan Ramadhan ini sedikit sebanyak akan menringgankan bebanan mereka bagi menghadapi Aidil Fitri akan datang.

Berdasarkan kepada cadangan, PEMBELA akan memberi sumbangan kepada golongan susah yang berada dalam daerah Kubang Pasu. Golongan tersebut terdiri dari 67 orang ibu tunggal, 28 anak yatim paitu, 45 keluarga baru Islam dan 60 orang warga emas di dalam Dun Bukit Kayu Hitam, Siputeh dan Jitra. Di samping, golongan susah dalam kawasan Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena juga akan disalurkan melalui anggota PEMBELA dalam daerah masing-masing.

Sehubungan itu, PEMBELA terus membuka peluang kepada mana-mana individu yang berkemampuan yang ingin memberi sumbangan tersebut melalui PEMBELAdengan menghubungi saudara Zabedi Usop (019-441 6903), Idris Hassan (017-4829 457) dan Hj. Taib Abdul Rahman (019-4648 929).

Bagi memastikan gerak kerja sumbangan berjalan denagn sempurna, PEMBELA akan berkerjasma dengan PAS cawangan atau Keadilan di tempat yang ditetapkan. Program tersebut akan disertai oleh tabloid Metro dan pimpinan setempat bersama-sama dengan Ahli Majlis Ekesekutif PEMBELA.

"Seluruh sukarelawan PEMBELA di jemput untuk membantu melaksankan tugas tersebut dan mereka hendaklah melaporkan diri di pejabat PEMBELA pada jam 12.00 tengahari pada 20 September akan datang".

PEMBELA PANTAU MASALAH LONGKANG DAN PARIT DI PEKAN JITRA


PERSATUAN AGAMA HINDU TAMAN OSMAN AROFF JUMPA PEMBELA


MAJLIS BERBUKA PUASA PEMBELA

JITRA - PEMBELA akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bagi meraikan anggota-anggota Sukarelawan dan rakan-rakan NGO di dalam daerah Kubang Pasu pada 17 September 2008 depan.

Menurut, Setaiusaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail bahawa, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1429, PEMBELA akan menagnjurkan Majlis Berbuka Puasa buat kali pertama sejak ia mula ditubuhkan.

Majlis tersebut turut disertai oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah untuk menyampaikan wacana isu semasa kepada para jemputan.

Dijangkakan seramai 350 orang sukarelawan dan tetamu jemputan akan menghadiri program tersebut yang akan diadakan di Country Height Darulaman, Jenan, Kubang Pasu.

Basir berkata, seluruh anggota PEMBELA di jemput hadir ke majlis tersebut yang akan bermula pada jam 5.30 petang. Semua diwajibkan memakai pakaian rasmi (baju Melayu atau uniform PEMBELA).

SAMPAH YANG TIDAK DIURUS DI SMK DARULAMAN

SUASANA KARNIVAL RAKYAT PEMBELA