Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA SOKONG PEMUDA PAS WILAYAH DESAK KERAJAAN TURUNKAN HARGA MINYAK

PEMBELA menyokong penuh langkah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan menurunkan serta merta harga minyak petrol dan diesel di pasaran domestik, ekoran penurunan besar harganya sejak minggu keempat bulan Julai hingga September ini.

Menurut sdr Mohd Dzohir Hamid, Timbalan Presiden PEMBELA merangkap Ketua Biro Kebajikan Pengguna, umum telah mengetahui bahawa harga minyak di pasaran global telah turun dengan mendadak seperti mana laporan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga, yang merupakan agensi tenaga dari Amerika.

“Jika sebelum ini kerajaan telah menaikkan harga bahan api (petrol dan diesel) kerana berlakunya kenaikan harga bahan api tersebut di peringkat global, mengapa pula sekarang kerajaan tidak menurunkan harga tersebut untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan pengguna kenderaan di negara ini’, ujarnya.

Rekod yang dicatatkan bahawa pada 5 Julai lalu, kerajaan secara tergesa-gesa telah menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen menjadi RM2.70 seliter dan diesel sebanyak RM1 menjadi RM2.58 seliter kerana alasan tidak mampu menanggung beban subsidi kepada rakyat yang menggunakan bahan api tersebut. Di mana kenaikan harg apetrol dan diesel adalah berpunca dari kenaikan harga minyak dunia di sekitar AS$126.06 setong.

Namun, rakyat juga mengetahui bahawa pada 6 Jun, harga minyak global telah jatuh ke paras AS$121.36 setong. Dari tempoh itu hinggalah ke hari ini, harga minyak dunia yang tertinggi direkodkan pada minggu pertama bulan Julai sebanyak AS$$137.11 dan kemudiannya menurun hingga sekarang," tambahnya lagi.

Mohd Dzohir menambah, tindakan kerajaan menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter dan disel diturunkan sebanyak 8 sen kepada RM 2.50 pada 23 Ogos lalu adalah suatu keputusan yang tidak wajar, sekaligus memperlihatkan sikap kerajaan pusat yang berkuasa tidak memahami permasalahan rakyat dalam negara ini”.

Memetik kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa, berdasarkan statistik semasa, harga minyak pada minggu pertama bulan September adalah AS$$106.41 setong dan pada minggu kedua bulan September AS$98.53 setong.

"Harga terkini yang dilaporkan sejak awal bulan Ogos 2008 sebenarnya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga semasa kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa pada 5 Jun 2008. Kamaruzaman juga menambah,

Beliau menambah lagi "Jika mengikut harga minyak dunia sekarang, kerajaan Malaysia sewajarnya menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya kepada RM1.92 seliter, iaitu harga asal sebelum dinaikkan pada 5 Jun".

Monhd Dzohir menegaskan, “berdasarkan kepada situasi ekonomi negara yang kian memburuk, di samping persiapan rakyat beragama Islam menyambut Syawal 1429 beberapa hari lagi, majoritinya akan menggunakan kenderaan pulang ke kampung halaman masing-masing adalah wajar jika pihak kerajaan dapat mengkaji harga baru minyak Petrol dan disel supaya tarif harga bahan api tersebut berada di tahap yang relatif murah”.

“Kerajaan jangan tunggu rakyat dan pengguna kenderaan membuat keputusan turun ke jalan-jalan raya dan kota-kota untuk menuntut penurunan harga minyak dari kerajaan yang berkuasa kerana ia akan memburukkan lagi intergriti kerajaan yang memerintah, sekaligus meningkatkan kepercayaan rakyat bahawa kerajaan yang ada pada hari ini perlu ditukar dengan segera” katanya.

Sehubungan itu, PEMBELA akan menghantar surat kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDHED) dalam masa terdekat bagi menyatakan sokongannya kepada mana-mana pihak yang mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak dalam kadar waktu yang segera.

0 komen:

Catat Ulasan