Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

Wajarkah bangunan kedai ini dirobohkan ?

Oleh : Pembelawaja
TERKINI - Notis meruntuh / memindah gerai para peniaga di Jalan Masuk Tunku Sarina, Jitra yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu pada 26 Jun lalu, mendapat bantahan oleh para peniaga yang terlibat, Persatuan Peniaga-Peniaga Kg. Kelubi, Jitra dan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA).

Menurut, Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Ismial bahawa, “notis meruntuh dan memindahkan gerai para peniaga yang berkenaan adalah tidak wajar dan di lihat bersifat provokatif”.

Katanya lagi, “para peniaga tersebut sudah memulakan perniagaan mereka sejak 3 tahun lalu tanpa sebarang tindakan oleh pihak PBT Kubang Pasu yang ketika itu berada di bawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN”.

Bagi PEMBELA, kami berhak untuk beranggapan bahawa tindakan oleh PBT Kubang Pasu, semata-mata untuk menimbulkan rasa gelisah dan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran YAB Ustaz Azizan Hj Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

“Mengapa sekarang baru nak arah robohkan gerai ini, sedangkan ada peniaga yang sudah mendirikan bangunan yang baik dan mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan air”, ujarnya lagi.

PEMBELA berharap kepada pihak yang berwajib, supaya lebih mengutamakan kepentingan rakyat bawahan, khususnya yang ingin mencari nafkah bagi menyara keluarga mereka seperti orang lain.

Esok (1 Julai) PEMBELA sekali lagi akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Peniaga-Peniaga Kg. Kelubi bagi membincangkan tindakan seterusnya, demi memastikan masalah yang dihadapi oleh mereka akan terbela.


PEMBELA JUMPA PENIAGA, ISU ROBOH GERAI OLEH MDKP

Gambar kelihatan saudara Basir Hj. Ismail, Setiausaha Agung PEMBELA
berbincang dengan para peniaga Kg. Kelubi, Jitra
Oleh : Pembelawaja

KUBANG PASU – Hari ini PEMBELA diwakili oleh Setiausaha Agung, Basir Hj. Ismail dan rombongannya iaitu Naib Presiden 1, Che Halim Ismail, Penolong Setiausaha Agung, Idris Hj. Hassan dan Pegawai Pentadbiran, Khairul Hadee Ismail mengadakan perjumpaan ringkas dengan Persatuan Peniaga-Peniaga Kg. Kelubi, Jitra berhubung isu “meruntuh dan memindahkan gerai” mereka.

Menurut Basir bahawa, “ perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu meruntuh dan memindahkan gerai para peniaga di sekitar Jalan Masuk Taman Tengku Sarina, Bandar Darulaman oleh pihak Majlis Daerah Kubang Pasu merujuk kepada notis MDKP (BP) 109/1/1-80, bertarikh 25 Jun 2008 lalu.

Surat tersebut telah dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, Abdul Halim Hassan kepada para peniaga berkenaan dengan cara menampalkannya di dinding atau tiang-tiang gerai berkenaan.

Dalam pertemuan tersebut, Basir berjanji akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peniaga berkenaan dengan pihak PBT Daerah Kubang Pasu dengan sebaik mungkin.

Menurut Pengerusi Persatuan, saudara Zainol Hashim Ali bahawa, “pihak Majlis Daerah Kubang Pasu langsung tidak beri peluang kepada kami selaku peniaga-peniaga di kawasan ini untuk memberi pandangan dan berbincang”.

“Jika tindakan merobohkan oleh pihak Majlis Daerah Kubang Pasu diteruskan juga, seolah-olah mereka hendak menabur pasir dalam periuk kami”.

Katanya lagi, “kami selaku peniaga yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam janganlah dianggap seperti pengemis, sebaliknya kami hanya ingin mencari rezeki untuk mencari nafkah menyara kehidupan keluarga seperti orang lain juga”.

Basir pula berkata, jika niat merobohkan gerai-gerai mahu diteruskan juga, mereka (PBT Kubang Pasu) hendaklah mencadangkan ataupun membangunkan gerai-gerai baru di bawah kelolaan Majlis Daerah Kubang Pasu kepada para peniaga yang sebahagiannya mereka telahpun berniaga di situ sejak 3 tahun lalu.

“Adalah tidak wajar, apabila gerai dirobohkan oleh PBT Kubang Pasu, para peniaga berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan tanggungjawab mereka untuk mencari nafkah menyara keluarga seperti orang lain.

PEMBELA memandang serius isu yang berkaitan tindakan pihak Majlis Daerah Kubang Pasu terhadap para peniaga, kerana sebelum ini tidak pernah berlaku tindakan meroboh gerai peniaga secara aggresif oleh pihak berkenaan.

KUBANG PASU – Umum ketahui bahawa tempoh 100 hari yang diperlukan oleh kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Kedah Darul Aman telahpun berlalu.

Dalam tempoh tersebut, rakyat khususnya penyokong kepada kerajaan Pakatan Rakyat menanti-nantikan perubahan, khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dasar, perlaksanaan dan perancangan pembangunan oleh kerajaan yang telah diamanahkan oleh rakyat jelata melalui PRU 12 lalu.

Antaranya ialah perubahan di peringkat pentadbiran dan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang merupakan sebuah ‘kerajaan kecil’ dalam sebuah kerajaan negeri.
Di dalam ucapan Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak ketika merasmikan Seminar Pentadbiran dan Pengurusan Ahli Majlis PBT yang diadakan di Bayview Hotel, Langkawi kelmarin meminta supaya Ahli Majlis PBT menjadi seorang intelektual ketika menjalankan tugas mereka.
Saranan oleh Ustaz Azizan tersebut merupakan komitmen kerajaan Kedah yang diterajui oleh PAS dan PKR selepas di beri mandat oleh rakyat dalam PRU 12 lalu untuk memastikan segala tindakan dan perlaksanaan yang bakal di ambil mengambilkira kepentingan rakyat dan kerajaan.

Memetik kata-kata Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan bahawa, Majlis Daerah (PBT) adalah satu kerajaan kecil dalam kerajaan atau satu pemerintahan kecil dalam pemerintah, maka, PBT itu secara tidak langsung jelasnya, menjadi cermin kepada kerajaan yang memerintah".

YAB Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak juga menyebut, “Intelektual, budi bicara dan kesediaan menyediakan pengurusan yang berkesan melalui kefahaman isu masyarakat setempat dan mesyuarat amat penting dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik”.

Serunya lagi, Ahli Majlis PBT perlu mentadbir sebagai golongan intelektual yang berbeza dengan golongan berpelajaran.

Ini kerana, intelektual merupakan individu yang mampu menguasai ilmu cabang yang berkait dengan kerjayannya, di samping budi bicara adalah penting di dalam menjalanan sesuatu urusan, di samping perkara-perkara lain seperti sistem penyampaian yang berkesan, sekaligus menyediakan persekitaran yang 'convenience', tenang, aman dan bersih agar rakyat dapat hidup dengan selesa.

Sehubungan itu, PEMBELA ingin menyarankan kepada semua Ahli Majlis PBT dalam negeri Kedah supaya benar-benar menghayati saranan oleh Menteri Besar Kedah berkenaan, supaya hasrat untuk melihat ‘Kedah Sejahrtera, Nikmat Untuk Semua’ akan menjadi kenyataan.

HARIAN METRO SIAR LAGI BERITA PROGRAM 'BERSAMAMU PEMBELA'

Keratan berita berkaitan PEMBELA dalam Harian Metro pada 30 Jun
KUBANG PASU – Harian Metro sekali lagi memaparkan berita berkaitan PEMBELA untuk tatapan pembaca, khususnya di zon utara.

Berita yang bertajuk “Pembela bantu budak sakit jantung” disiarkan di mukasurat 23 Harian Metro hari ini (30 Jun), menceritakan tentang sumbangan yang diberikan oleh PEMBELA kepada adik Mohd Firdaus Shaari yang mengidap penyakit jantung bengkak dan berlubang sejak tujuh tahun lalu.

Memetik laporan yang disiarkan, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir berkata, sumbangan itu meringgankan beban keluarga Mohd Firdaus berikutan bapanya, Shaari Saad, 46, hanya bekerja kampong dan pendapatan tidak menentu.

Mohd Jamal melahirkan rasa gembira dengan tersiar berita berhubung aktiviti badan ini kerana ia membantu mempromosi gerak kerja yang dilakukan, di samping memberi keyakinan kepada para anggota Sukarelawan PEMBELA bahawa Harian Metro adalah rakan strategik membantu menjayakan program ‘Bersamamu PEMBELA’.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya Sukarelawan PEMBELA terus menaburkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat dengan lebih gigih dan dedikasi tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.

KUBANG PASU - Timbalan Presiden PEMBELA, Mohd Dzohir Hamid meningatkan kepada seluruh anggota Sukarelawan supaya memastikan setiap gerak kerja yang akan dilakukan mengikut etika dan disiplin yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Organisasi badan ini.

Menurut Mohd Dzohir, “etika dan disiplin adalah perkara paling penting yang perlu diamalkan oleh setiap anggota Sukarelawan kerana ia akan mencetuskan persepsi samada positif atau negatif masyarakat umum kepada badan ini”.

Dalam ucapannya di program Perjumpaan PEMBELA, beliau telah menggariskan tiga perkara penting yang perlu di ambil perhatian oleh anggota Sukarelawan. Tiga perkara tersebut ialah ketepatan mematuhi masa, etika berpakaian (uniform) dan akhlak diri yang tinggi menurut nilai-nilai agama dan budaya mengikut agama masing-masing.

Di samping itu, Mohd Dzhohir menegaskan bahawa, soal etika bukan perkara yang boleh dikrompomi oleh PEMBELA, kerana ia melibatkan intergriti badan ini kepada masyarakat dan pihak yang terlibat”.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya Sukarelawan PEMBELA sentiasa mengutamakan etika dan disiplin supaya khidmat bakti yang diberikan akan dihargai dan dihormati oleh masyarakat, sekaligus memberi nama baik kepada badan ini.

SKUAD PEMBELAWAN DITUBUHKAN

KUBANG PASU - Program perjumpaan PEMBELA yang diadakan malam tadi (28 Jun) bertempat di Dewan Pembela, Ibu Pejabat PEMBELA, Bandar Darul Aman telah berjaya menubuhkan Skuad Pembelawan 1 yang terdiri seramai 35 anggota.

Menurut, Ketua Pembelawan, saudara Kaman Jaapar bahawa, “perjumpaan malam tadi telah berjaya menubuhkan Skuad Pembelawan 1 yang terdiri 35 anggota yang diwakili lelaki berketurunan Melayu dan India.

Sehubungan itu, Skuad Pembelewan ini akan mengadakan sesi latihan berkawad pada Jumaat (4 Julai) depan, di tempat yang akan ditentukan kelak.
Majlis perjumpaan ini telah dihadiri oleh seramai 68 anggota yang terdiri Ahli Majlis Eksekutif (AME) dan anggota Sukarelawan.


METRO SIAR BERITA ADIK MOHD FIRDAUS

Gambar di atas adalah keratan Harian Metro berkaitan kisah adik Mohd Firdaus Shaari yang mengidap penyakit jantung bengkak dan berlubang.

KUBANG PASU – Harian Metro pada hari ini (28 Jun) telah memaparkan kisah adik Mohd Firdaus Shaari, 12 tahun yang mengidap penyakit jantung bengkak dan berlubang.

Baru-baru ini, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir berserta rombongan PEMBELA yang terdiri Naib Presiden 1, Che Halim Ismail, Setiausaha Agung, Basir Hj. Ismail dan beberapa Ahli Majlis Eksekutif telah meluangkan masa melawat serta menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan produk pemakanan kesihatan (Omilk Pulas) kepada adik Mohd Firdaus yang tinggal di Kampung Perupok, Mukim Malau, Jitra melalui program “Bersamamu PEMBELA”.

Rombongan PEMBELA telah disertai oleh wakil dari Harian Metro, Berita Harian dan jurugambarnya.

Presiden PEMBELA melahirkan rasa sukacita dan merakamkan rasa terima kasih kepada tabloid Harian Metro yang telah menyiarkan kisah penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan.

Mohd Jamal berkata, “ PEMBELA akan meneruskan usaha menjejaki mana-mana keluarga atau individu yang memerlukan bantuan samada dalam bentuk kewangan, maupun kebendaan supaya dapat disumbangkan oleh masyarakat yang prihatin kepada mereka yang memerlukannya”.

Oleh itu, PEMBELA akan terus berkerjasama dengan Harian Metro dan Berita Harian di dalam kerja-kerja kemasyarakatan ini” ujarnya lagi.

"Insya allah pada 5 Julai depan, PEMBELA bersama Harian Metro akan menziarahi dan memberi sumbangan kepada sebuah keluarga yang terletak di Tokai, Pendang, jelas Mohd Jamal kepada editor blog PEMBELA.




PEMBELA TERUS MANTAP

TERKINI – Sistem pengurusan dan organisasi PEMBELA dimantapkan lagi dengan perlantikan saudara Zabedi Usop sebagai Pengurus Pentadbiran dan saudara Saadon Hashim sebagai Timbalan Pengurus Ketua.

Di samping menerajui pentadbiran, Zabedi juga adalah Naib Presiden 3 dan Saadon Hashim telah dilantik sebagai Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA.

Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, saudara Basir Hj. Ismail, “mewujudkan satu organisasi yang tersusun adalah suatu kemestian dan syarie”.

Katanya Lagi, “sebagai sebuah organisasi yang diterajui oleh majoriti orang Islam, maka membentuk sebuah organisasi yang tersusun dengan mengambil kira kriteria tertentu seperti kemahiran merancang gerak kerja organisasi, kemampuan melaksana keputusan serta keupayaan mengurus tadbir adalah perkara paling penting”.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA telah bersetuju melantik saudara Zabedi dan Saadon menerajui pentadbiran badan ini berkuatkuasa 1 Julai depan.

Bagi mengukuhkan kerja-kerja pentadbiran dalam PEMBELA sebanyak tiga unit telah diwujudkan di bawahnya iaitu Unit Kewangan (Mokhtar Abdullah), Unit IT dan Komunikasi (Khairul Hadee Ismail) dan Unit Penyelenggaraan (Abd Ghani Shafie).
Sehubungan itu, jika mana-mana anggota yang ingin mendapat maklumat lebih lanjut serta membuat urusan yang berkaitan pentadbiran badan ini, boleh menghubungi mereka yang berkenaan.


PEMBELA BANTAH INSENTIF RM 1 JUTA UNTUK ATHLIT OLIMPIK

KUBANG PASU – Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian insentif kepada pemenang pingat di sukan olimpik. Di mana, pemenang pingat emas akan menerima insentif sebanyak RM 1 juta dan RM 300 ribu kepada pemenang pingat perak serta RM 100 ribu kepada atlit yang memenangi pingat gangsa.

Menurut Asri Baharom, Ketua Penerangan PEMBELA bahawa, “pemberian insentif RM 1 juta kepada pemenang pingat emas sukan olimpik yang diumumkan oleh TPM baru-baru ini adalah tidak realistik dan cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain yang lebih penting”.

Katanya lagi, pemberian insentif itu tidak mengambarkan realiti kehidupan rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah yang sedang di himpit kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak sejak 4 Jun lalu”.

Baginya lagi, kerajaan lebih pentingkan atlit yang memenangi pingat semata-mata tanpa mengutamakan pembangunan sukan dan motivasi serta peningkatkan semangat dikalangan atlit Negara.

Beliau menambah, “Adakah dengan pemberian insentif yang bersifat tidak realistik itu dapat meningkatkan kualiti sukan dan athlit itu sendiri, sedangkan tanpa insentif yang bernilai RM 1 juta pun sudah ada ahli sukan negara seperti Nicol Ann David, seorang pemain skuash telah mampu mencipta namanya di peringkat antarabangsa, sekaligus dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia beberapa kali”.

Dengan mengambil contoh pasukan bolesepak Kedah yang memenangi Piala FA tempoh hari, pihak kerajaan Kedah tidak dijanjikan sebarang insentif kepada para pemain, sebaliknya pengumuman insentif oleh YAB Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA di buat setelah kejayaan dicapai oleh pasukan tersebut

Asri mendakwa, “pemberian insentif kepada pemenang pingat di sukan olimpik seolah-olah menghina golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mewakili PEMBELA ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan, jika ikhlas ingin menawarkan insentif sebesar itu supaya diberikan kepada persatuan sukan berkenaan supaya ia dapat digunakan untuk program pembangunan sukan berkenaan.

"PEMBELA BERSAMA PENIAGA" DI PEKAN JITRA

Gambar kelihatan seorang peniaga berbangsa Tianghua di Pekan Jitra sedang mengatakan sesuatu kepada Ir. Mohd Jamal Nasir sambil diperhatikan oleh Che Halim Ismail.
KUBANG PASU – PEMBELA membuat program kunjungan kepada peniaga-peniaga di sekitar Pekan Jitra pada hari ini. Program tersebut turut dihadiri oleh Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bersama rombongan terdiri Che Halim Ismail, Naib Presiden 1, Basir Hj. Ismail, Setiausaha Agung, Idris Hassan, Penolong Setiausaha Agung, Saad Kasim, Ketua Jurulatih dan Sumber Daya Manusia serta Muslim Daud selaku Pegawai Perhubungan Khas.

Program kunjungn ini merupakan aktiviti “PEMBELA Bersama Peniaga” untuk mendapatkan maklumat, di samping mendengar permasalahan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di sekitar Pekan Jitra, khususnya berkaitan dengan perlaksanaan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

Menurut Ir. Mohd Jamal Nasir, “PEMBELA akan menjadi orang tengah kepada golongan peniaga yang ingin menyampaikan aduan atau permasalahan yang mereka hadapi kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

“PEMBELA akan cuba sedaya-upaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka, supaya tidak timbul sebarang persepsi negatif dan di ambil kesempatan oleh pihak tertentu sehingga boleh dijadikan isu-isu politik sehingga memburukkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh PAS dan PKR di negeri Kedah, khususnya” ujarnya.

Antara rungutan yang di terima dari peniaga di sekitar Pekan Jitra ialah tentang sebatang pokok mati di tepi jalan berhadapan kedai peniaga (dalam gambar) di Pekan Jitra yang tidak ditebang oleh pihak Majlis Daerah Kubang Pasu sejak 3 bulan lalu.

Sehubungan itu, PEMBELA melalui Setiausaha Agungnya telah mengambil tindakan melaporkan kepada dua orang Ahli Majlis Kubang Pasu iaitu Ustaz Yusof Hj. Ahmad dan saudara Abdul Aziz Hatt supaya memaklumkan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu supaya menebang segara pokok berkenaan, demi menjaga keselamatan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.

Kehadiran PEMBELA ketengah-tengah para peniaga hari ini mendapat sambutan yang positif dan amat memberangsangkan, sehingga dikalangan mereka mencadangkan supaya badan ini boleh berjumpa dengan mereka sekuarng-kurang 3 bulan sekali.



PROGRAM ‘BERSAMAMU PEMBELA’ DI KG LAHAR, KUBANG PASU

Gambar kelihatan Ir.Mohd Jamal Nasir sedang menyampaikan sumbangan kewangan dan produk kesihatan Omilk Plus kepada bapa kepada adik Mohd Firdaus Shaari
KUBANG PASU. Program pertama ‘Bersamamu PEMBELA’ ke rumah Shaari Saad, 46, di Kg Lahar, Mukim Malau, Kubang Pasu disambut dengan meriah oleh masyarakat setempat termasuk Ketua PAS cawangan Malau, Tuan Hj. Daud Ahmad serta Ahli Jawatankuasanya.

Program ‘Bersamamu PEMBELA’ merupakan aktiviti kemasyarakatan oleh badan ini dengan kerjasama Harian Metro.

Menurut Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bahawa, “program Bersamamu PEMBELA telah diilhamkan oleh Ahli Majlis Eksekutif pada mesyuarat bulan April lalu, bertujuan untuk memberi khidmat bakti dalam bentuk sumbangan kepada mana-mana komuniti masyarakat yang di timpa musibah ataupun bermasalah”.

Sehubungan itu, PEMBELA telah mengorak langkah menjalankan aktiviti ini, demi memastikan mana-mana komuniti dalam masyarakat yang bermasalah dapat diberi perhatian sewajarnya.

Mohd Jamal berkata, “walaupun sumbangan PEMBELA tidak sebesar mana, ia sudah cukup mengembirakan pihak yang terlibat”.

Dalam kunjungan PEMBELA bersama Harian Metro yang diwakili oleh Zuliaty Zulkifli dan jurugambarnya, Rahmat Othman ke rumah Shaari Saad untuk menziarahi anaknya Mohd Firdaus Shaari, 12 tahun yang disyaki mengidap penyakit jantung, sekaligus menghulurkan bantuan kewangan dan produk kesihatan Omilk Plus untuk kegunaan kanak-kanak berkenaan,

Perhatian PEMBELA ke atas keluarga ini setelah dimaklumkan oleh Ketua PAS Cawangan Malau kepada wakilnya yang juga anak tempatan kampung tersebut, bagi mengambil daya usaha meminta bantuan kepada masyarakat meringgan beban kos berubat adik Mohd Firdaus tersebut.

Menurut bapa kepada Mohd Firdaus, “kami mula mengesan anaknya mengidap penyakit janjtung sejak berumur 5 tahun, setelah pergi membuat pemeriksaan doktor di sebuah klinik kerajaan dalam Kubang Pasu kira-kira 7 tahun lalu”.

Katanya loagi, setelah mengetahui anaknya mengidap penyakit tersebut, mereka di minta supaya membawa kanak-kanak tersebut membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Jitra pada setiap bulan.

Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, kecuali sumbangan oleh masyarakat setempat yang dihulurkan melalui PAS Cawangan Malau yang berjumlah RM 300.00.

Sehubungan PEMBELA merayu kepada orang ramai yang bersimpati dengan adik Mohd Firdaus supaya dapat menghulurkan bantuan terus kepada mereka seperti di maklumat di atas atau sumbangan di masukkan ke akaun 02100-29-00021017-4, Bank Simpanan Nasioanl atas nama Rokiah Yahya (Ibu kepada Mohd Firdaus).

SERAMAI 148 ORANG MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN PEMBELA

KUBANG PASU – Seramai 148 orang telah mendaftar dan menyertai sebagai anggota Sukarelawan PEMBELA. Perkara ini telah disampai oleh cik Noor Azzura Mustaffa, Ketua Skuad Pembelawati semasa pertemuan dengan beberapa pelajar di Pusat Pengajian Tinggi yang berpusat di Bandar Darulaman.

Menurut Noor Azzura, “permohonan untuk menjadi sukarelawan PEMBELA amat memberangsangkan dan di luar jangkaan kerana ia baru sahaja diperkenalkan kepada masyarakat khususnya di sekitar Kubang Pasu”.

Sejak majlis perasmian penubuhan PEMBELA (19 Jun) lalu, seramai 148 orang telah mendaftar sebagai Sukarelawan PEMBELA yang terdiri dari golongan remaja dan dewasa” ujarnya lagi.

Bagi memastikan setiap individu yang mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan memahami halatuju dan peranan yang dimainkan oleh badan ini, maka pihak Ahli Majlis Eksekutif (AME) akan mengadakan majlis perjumpaan Sukarelawan PEMBELA pada 28 Jun depan, jam 8.30 malam, bertempat di Restoren Hijrah, Jln Tok Kesop, Jitra.

Di mana, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir akan membentangkan ucapannya yang menyentuh tentang halatuju dan peranannya dalam masyarakat dan Negara.

Sehubungan itu Noor Azzura, ingin mengingatkan kepada seluruh Sukarelawan yang berdaftar supaya dapat hadir ke majlis diadakan dengan memakai uniform PEMBELA yanh telah diserahkan pada hari majlis perasmian penubuhannya baru-baru ini.

PEMBELA SOKONG KENYATAAN PRESIDEN PAS

KUBANG PASU – Tindakan kerajaan Malaysia melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad membentang usul kenaikan harag minyak (petrol dan diesel) di Dewan Rakyat kelmarin adalah tidak wajar dan cuba mengelabui pandangan rakyat kepada isu sebenar.

Menurut Ketua Penerangan PEMBELA Mohd Asri Baharom bahawa, “adalah tidak masuk akal dan memalukan, apabila Menteri yang bertanggungjawab membentang usul di Dewan Rakyat untuk mengesahkan tindakan yang di ambil menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu”.

Mohd Asri menambah, “apa guna usul itu di buat lagi, setelah rakyat dipaksa menerima kenaikan harga minyak sejak 4 Jun lalu, setelah Perdana Menteri sendiri membuat pengumuman sejurus selesai mesyuarat mingguan Kabinet pada hari berkenaan”.
"Usul ini semata-mata untuk menunjukkan pada rakyat bahawa kerajaan bertindak mengikut undang-undang, sedangkan sebelumnya (3 Jun) Menteri berkenaan telah menyatakan bahawa harga minyak hanya dinaikkan pada Ogos depan, tegasnya lagi.

Oleh itu, PEMBELA menyokong penuh kenyataan Presiden PAS yang mengatakan bahawa usul yang dibentang oleh Dato' Shahrir Samad di Dewan Rakyat semalam sebagai langkah terlambat.

Memetik kata-kata Presiden PAS dalam Harakahdaily bahawa “beliau kesal terhadap usul tersebut kerana sepatutnya ia usul tersebut di bawa sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun) lalu.

PEMBELA berpendirian bahawa Parlimen sebagai ‘rubber stamp’ semata-mata kepada pihak kerajaan tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

KUBANG PASU – Keprihatinan Kerajaan Kedah Darul Aman terhadap masalah social yang semakin ‘membarah’ khususnya, dikalangan masyarakat Islam di negeri ini amat dihargai oleh PEMBELA.

Menurut Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bahawa, pengumuman Kerajaan Negeri Kedah menubuhkan Uresetia Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib amat dialu-alukan”.

Memetika kata-kata YB Dr. Hamdan, "Kebelakangan ini kita melihat suasana di dalam Negeri Kedah ini khasnya dan negara kita amnya, masyarakat seolah-olah melihat agama ini sebagai satu yang mungkin perlu ada tetapi tidak perlu dipraktikkan," kata beliau.

"Di beberapa tempat, keadaan gejala sosial berada dalam tahap menakutkan”, ujarnya lagi

Kenyataan oleh Exco berkenaan di sokong oleh Ir. Mohd Nasir dengan mengatakan bahawa, “Masalah sosial khususnya yang melibatkan remaja lelaki dan perempuan Islam semakin menjadi-jadi, sehinggakan ada golongan yang sanggup membuang dan menconteng Al-Quran seperti mana yang berlaku baru-baru ini, apabila senaskah Al-Quran dijumpai di dalam tong sampah dan mukasuratnya di tulis dengan perkataan-perkataan yang menghina Allah SWT, sekaligus boleh menyebabkan pelakunya menjadi murtad”.

Sehubungan itu, PEMBELA akan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk mencari kaedah yang paling berkesan menyelesaikan masalah sosial di negeri ini melalui pelbagai pendekatan yang bersesuaian, katanya lagi.
Bagi PEMBELA, langkah awal yang di ambil ialah dengan menubuhkan skuad Pembelawan (lelaki) dan Skuad Pembelawati (Perempuan) yang dianggotai oleh golongan yang berumur 18-45 tahun.
Di mana, setiap anggota dalam skuad ini akan mengikut program latihan berkawad, kursus dan seminar untuk meningkatkan jati diri serta mempunyai wawasan dalam hidup mereka.
"Mana-mana individu yang berminat menganggotai skuad Pembelawan dan skuad Pembelawati boleh menghubungi saudara Saad Kasim (012-430 7197).

KUBANG PASU - Keputusan undian berhubung isu kenaikan harga minyak yang bertajuk “Apakah tindakan terbaik anda memprotes kenaikan harga minyak ?”, mendapati sebanyak 80 peratus penjenguk blog pembelawaja.blogspot.com memilih cara menyertai perarakan dan himpunan rakyat, 15 peratus bersetuju supaya pengguna menghantar surat, faksimili dan email kepada Perdana Menteri Malaysian dan 5 peratus mengambil pendirian meminta rakyat memboikot membeli petrol dan diesel.

Menurut Mohd Dzohir Hamid, Timbalan Presiden PEMBELA, “amat jelas tindakan kerajaan pusat menaikkan harga bahan api iaitu petrol dan diesel tidak boleh di terima oleh rakyat”.

Beliau menambah, “keputusan oleh penjenguk blog pembelawaja memilih cara tindakan memprotes kenaikan harga minyak dengan cara menyertai perarakan dan perhimpunan rakyat merupakan kesediaan rakyat berhadapan dengan apajua tindakan oleh pihak berwajib, demi mempertahankan hak mereka untuk mendapat harga minyak yang lebih murah”.

Sehubungan itu, Mohd Dzohir ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya menilai kembali keputusan menaikan harga minyak yang amat membeban pengguna, apatah lagi ia juga menyebabkan kenaikan kos sara hidup lain seperti kenaikan harga barangan dan caj perkhidmatan lain”.

“Kerajaan harus menyedari bahawa, pemberian rebet yang diberikan kepada pemilik kenderaan (kereta dan motorsikal) tertentu, tidak dapat menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat” ujarnya lagi.

PROGRAM PERJUMPAAN SELURUH ANGGOTA PEMBELA 28 JUN DEPAN

Gambar kelihatan saudara Basir Hj. Ismail, Setiausaha Agung PEMBELA berkata seseuatu kepada YB Nasir Mustaffa, Adun Kubang Rotan berkaitan uniform yang dipakai olehnya.
.
Pihak pengurusan PEMBELA akan mengadakan majlis perjumpaan dengan seluruh anggota yang telah mendaftar pada 28 Jun (Sabtu), jam 8.45 malam, bertempat di Tingkat 1, Restoren Hijrah, Jln Tok Kesop, Jitra.
Menurut Penolong Setiausaha Agung PEMBELA, saudara Idris Hassan bahawa, " seluruh peserta yang hadir di majlis perasmian PEMBELA di Country Height lalu, khususnya yang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan dalam Skuad Pembelawan dan Skuad Pembelawati di jemput hadir ke program perjumpaan tersebut".
"Perjumpaan yang melibatkan anggota yang berdaftar dengan PEMBELA adalah kali pertama diadakan, bertujuan untuk menyusun gerak kerja anggota, ujarnya lagi.
Oleh itu, Idris meminta supaya para anggota yang mengetahui maklumat ini supaya menghebahkan kepada rakan-rakan lain supaya program perjumpaan yang dianjurkan dapat berjalan dengan baik dan berjaya.
Semua anggota yang hadir diwajibkan memakai uniform PEMBELA. Keterangan lanjut, sila hubungi no hanphone : 017-482 9457 (Idris Hassan) dan 012-430 7197 (Saad Kasim).

PAS KUBANG PASU LULUS USUL LANTIK SENATOR DARI SABAH

KUBANG PASU – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Pasu kali ke-32, telah meluluskan usul meminta PAS Negeri Kedah khususnya, melantik salah satu kerusi Senator kepada mana-mana pemimpin PAS dari negeri Sabah atau Sarawak.

Usul tersebut telah dikemukakan oleh cawangan PAS Tok Jalai dalam kawasan Kubang Pasu dan telah dibentangkan oleh Setiausaha PAS Cawangan iaitu saudara Zabedi Usop.

Antara maksud yang terkandung di dalam ususl tersebut ialah meminta PAS Negeri Kedah mempertimbangkan salah satu jawatan Senator yang bakal dilantik dipilih dari kalangan pemimpin PAS dari negeri Sabah ataupun Sarawak. Ini kerana, kemenangan PAS Kedah dalam PRU 12 lalu adalah kemenangan bersama ahli-ahli PAS dan para penyokongnya di seluruh Malaysia.

Menurut Zabedi, “Cawangan Tok Jalai rasa terpanggil untuk mengemukakan usul ini di Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Kubang Pasu adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa ketiadaan mana-mana pemimpin PAS yang memenangi kerusi dalam Pilahnaraya samada di peringkat DUN ataupun Parlimen”.

Beliau menambah, “Jika ada wakil Senator dari negeri Sabah ataupun Sarawak tersebut sudah pasti ia dapat memberi imej yang baik kepada PAS, sekaligus mereka dapat memainkan peranan untuk menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah dengan cara yang lebih berkesan”.

“Di samping, sebagai Senator mereka akan dapat menyampaikan suara rakyat di negeri berkenaan mengikut saluran yang lebih berkesan lagi.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kubang Pasu telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Ustaz Hj. Hassan Abdul Razak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah.

MAJLIS PERASMIAN PEMBELA MERIAH

Gambar kelihatan YB Mohd Nasir Mustaffa memerhati logo
PEMBELA di majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia

Majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) malam tadi mendapat sambutan diluar jangka, apabila dihadiri oleh seramai 300 orang tetamu jemputan.
Menurut Timbalan Presiden PEMBELA, saudara Mohd Dzhohir Hamid, "sambutan yang begitu ramai di majlis perasmian penubuhan PEMBELA menandakan bahawa usaha murni yang ingin dilaksanakan oleh PEMBELA telah mendapat sokongan masyarakat setempat.
Mohd Dhohir menambah, "tujuan majlis perasmian diadakan adalah untuk memperkenalkan PEMBELA kepada masyarakat setempat, bersempena 100 hari penubuhannya iaitu sehari selepas PRU 12 lau".
Di dalam ucapan perasmian PEMBELA oleh YB Mohd Nasir Mustaffa (Adun Kubang Rotan) mengatakan bahawa merasa bangga kerana kejayaan PEMBELA selaku badan bukan kerajaan yan g pertama ditubuhkan selepas kejayaan rakyat menumbang kerajaan UMNO/BN, khususnya di negeri Kedah.
Beliau menegaskan bahawa, "badan bukan kerajaan seperti PEMBELA amat wajar ditubuhkan sebanyak mungkin bagi memainkan peranan untuk memperjuangkan perkara-perkara tertentu untuk kepentingan rakyat dan negara".
"Saya menghargai di atas penubuhan PEMBELA yang menggariskan gerak kerja berdasarkan kepada kepentingan agama, bangsa dan negara, apatah lagi dalam suasana semasa kerajaan Pakatan Rakyat yang baru di bentuk selepas PRU 12 lalu, memerlukan sokongan padu dari semua pihak" ujarnya lagi.
Majlis perasmian ini turut dihadiri Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu saudara Aziz Hatt, Saad Ismail dan Kannasami a/l Subramaniam serta beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kubang Pasu yang berakhir pada jam 11 malam.

ISU BERHUBUNG AL-QURAN DI HINA

KUBANG PASU. Ekoran pendedahan isu Al-Quran di hina yang didedahkan di dalam blog pembelawaja.blogspot.com telah mengemparkan masyarakat khususnya di sekitar Kubang Pasu.

Al-Quran yang merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk menjadi rujukan dan panduan kehidupan manusia di atas muka bumi ciptaanNya, sejak akhir-akhir ini telah dijadikan sasaran pihak tertentu menghina ajaran Islam yang mulia.

Peristiwa pembuangan naskah Al-Quran yang tertulis perkataan-perkataan yang menghina Tuhan amat memilukan, sekaligus memperlihatkan bahawa permasalahan akidah umat Islam semakin parah.

Menurut Setiausaha Masjid Al-Mutaqqin, Bandar Darulaman, Jitra, saudara Mohd Noor Hanapi bahawa, “gejala pembuangan Al-Quran dengan tertulis perkataan-perkataan yang menghina Tuhan dan menyalahkan takdir amat memilukan, jika ia diperlakukan oleh individu yang beragama Islam”.

Mohd Noor menambah, “masyarakat wajar melihat perkara ini bukan sekadar isu semata-mata, sebaliknya mesti dilihat dalam konteks yang lebih luas, sebaliknya ia merupakan gejala murtad dan hilang keyakinan dikalangan rakyat yang lemah pegangan kepada agama Islam”.

“Kelemahan umat Islam masakini ialah kerana tidak menitikberatkan kepada ilmu Islam yang boleh menjadi benteng kekuatan dalam pegangan beragama, sekaligus dapat menggelakkan diri dari terjerumus ke lembah yang di hina oleh Allah SWT, ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau ingin menyeru kepada masyarakat supaya memberi perhatian yang lebih bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap ahli keluarga masing-masing mendekatkan diri dengan ilmu pengetahuan Islam supaya perkara yang seumpama ini tidak berulang lagi.

AL-QURAN DI HINA


Gambar menunjukkan antara perkataan yang tertulis di muka surat Al-Quran yang dijumpai
di dalam tong sampah Taman Jalai Jaya, Jitra

TERKINI – Para peserta majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMEBELA) yang diadakan pada malam tadi (19 Jun), bertempat di Country Height Darulaman, Jitra menjadi gempar, apabila Setiausaha Agung PEMBELA, saudara Basir Hj. Ismail mendedahkan tentang tindakan individu yang tidak ketahui telah melepaskan kemarahannya dengan menconteng dan menulis perkataan yang menghina Keesaan Allah SWT.

Beliau menjelaskan bahawa, “penelitian yang di buat ke atas naskah Al-Quran mendapati terdapat perkataan-perkataan yang amat keji tertulis di setiap muka surat iaitu dari surah Al-Baqarah hingga Al-Imran”.

Antara perkataan yang tertulis ialah “Qalam Laknat”, “Aku benci Islam”, “Kehidupan Celaka”, “Hang memang Tak Adil”, “Siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa”, “Aku bosan dengan babi jahanam”, “Keluarga Setan”, “Kenapa jodohkan aku dengan laknat”, “Kalimah anak haram”, “Aku benci jantan haram babi” dan banyak lagi perkataan yang bersifat menyalahkan takdir Allah SWT.

Di samping perkataan-perkataan yang di tulis di muka surat Al-Quran tersebut juga didapati kesan guntingan oleh pihak yang berkenaan.

"Naskah Al-Quran tersebut telah dijumpai oleh seorang pemandu teksi yang juga pengumpul barang terpakai di dalam tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra pada hari Khamis iaitu 12 Jun antara jam 10.00 pagi dan menyerahkan kepada salah seorang Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA pada malam kelmarin (18 Jun) untuk di ambil tindakan sewajarnya” ujarnya lagi.

Rata-rata peserta yang hadir di majlis perasmian PEMBELA merasa terharu dan marah dengan tindakan yang dianggap biadap dan hilang pertimbangan yang waras oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Kata Basir lagi, “PEMBELA akan membuat laporan polis berhubung dengan insiden ini, sekaligus mohon pihak Polis membuat siasatan terhadap perkara ini supaya tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat provokasi untuk menghina ajaran Islam di negara ini.

TERKINI - Maklumat mutakhir yang diperolehi oleh PEMBELA bahawa, Tun Mahathir akan menangguhkan kehadirannya ke program Jasamu Dikenang dan Forum Kepimpinan Melayu yang dijangka akan diadakan di Kubang Pasu pada 28 Jun depan.
Menurut Ustaz Ismail Wan Teh, Pengerusi Badan Bertindak Warga Darulaman(Badar) sebentar tadi bahawa, "pihaknya memohon maaf kepada PEMBELA yang merupakan penganjur bersama, juga tuan rumah program tersebut kerana memaklumkan berita penangguhan kehadiran Tun Mahathir kerana sebab-sebab yang tidak dinyatakan secara jelas".
Ustaz Ismail menambah, "berita berkaitan penangguhan kehadiran Tun Mahathir ke Kubang Pasu tersebut, diterimanya olehnya sekitar jam 4.00 petang (18 Jun) yang dimaklumkan oleh Tan Sri Khalid Abdullah selaku Pengerusi Dewan Himpunan Melayu Kedah juga merupakan Pengarah Program Jasamu Dikenang dan Forum Kepimpinan Melayu.
Berita tentang penangguhan kehadiran Tun Mahthir tersebut telah mendapat respon dari Naib Presiden 3 PEMBELA, saudara Zabedi Usop yang mengatakan bahawa, "penangguhan kehadiran Tun Mahathir ke Kubang Pasu menimbulkan banyak persoalan dan menyebabkan rasa kecewa dikalangan penyokong Tun, khususnya ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang menunggu sekian lama kehadiran tokoh mereka itu".
Tinjauan secara rambang oleh PEMBELA, dijangkakan sekurang-kurangnya 3000 orang dijangka akan hadir ke program tersebut yang majoritinya ahli-ahli Umno Kubang Pasu dan sekurang-kurang seramai 150 ahli Umno bersedia untuk mensyitiharkan diri keluar Umno di depan Tun pada majlis tersebut.

AKHBAR CHINA PRESS SIAR BERITA PENUBUHAN PEMBELA


KUBANG PASU – Akhbar harian bahasa Mandarin – China Press (18 Jun) menyiarkan berita majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) yang akan diadakan pada 19 Jun, bertempat di Country Height Darulaman, Jenan, Kubang Pasu.

Menurut akhbar berkenaan bahawa, majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Mohd Nasir Mustaffa, Adun Kubang Rotan yang akan memberikan ucapan, sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Memetik laporan akhbar berkenaan, Naib Presiden 2, Ooi Jin Taik berkata, “PEMBELA menjemput orang ramai khususnya masyarakat berketurunan Cina hadir ke majlis tersebut supaya mendapat mengetahui lebih dekat tentang tujuan dan falsafah penubuhan PEMBELA”.
Majlis tersebut dijangka akan dihadiri oleh 500 orang tetamu jemputan dari seluruh Kubang Pasu. Urusetia juga menyediakan makan malam, di samping taklimat berhubung penubuhan skuad Pembelawan (Lelaki) dan Pembelawati (Wanita) yang akan disampaikan oleh saudara Basir Hj. Ismail selaku Setiausaha Agung PEMBELA.



PEMBERITAHUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran PEMBELA akan diadakan pada 19 Jun, jam 8.15 malam bertempat di Country Height Darulaman, Jenan akan dirasmikan oleh YB Nasir Mustapha, Adun Kubang Rotan menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Insan dan NGO yang tidak dapat hadir atas urusan lain.
Terima kasih.

PENDAFTARAN SUKARELWAN PEMBELA DI BUKA SEKARANG

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) yang berpusat di Bandar Darulaman, Kubang Pasu mula membuka pendaftaran untuk pengambilan sukarelawan (Pembelawan-Lelaki) dan (Pembelawati - Wanita) berumur 18-45 yatahun bermula sekarang.
Menurut Ketua Pembelawan, Kaman Jaapar bahawa, "seramai 35 orang skuad Pembelawan dan 12 skuad Pembelawati akan dipilih untuk pengambilan pertama bagi tujuan menyertai perbarisan di hari Sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos depan'.
"PEMBELA akan menyediakan keperlaun asas kepada setiap skuad Pembelawan dan Pembelawati seperti pakaian, latihan berkawat dan program intensif pembinaan jati diri supaya mereka menjadi seorang yang profesional" ujarnya lagi.
Oleh itu, muda-mudi yang berminat untuk menjadi Pembelawan dan Pembelawati di jemput hadir ke majlis pelancaran PEMBELA yang akan diadakan pada 19 Jun, jam 8.15 malam bertempat di Country Height Darulaman, Jenan.

TERKINI - Umno Bahagian Kubang Pasu yang diterajui Dato' Johari Baharom dan orang kuat Presiden Umno Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan menerima tamparan hebat ekoran kedatangan Tun Mahathir Mohammed di majlis ‘Jasa Mu Di Kenang dan Forum Kepimpinan Melayu’ yang dianjurkan oleh gabungan beberapa badan bukan kerajaan.

Sebelum ini, Umno Kubang Pasu dikejutkan dengan tindakan penyokong Tun Mahathir dan Dato’ Mukhriz Tun Mahathir menaikkan sepanduk yang menyatakan kesetiaan kepada Tun Dr. Mahathir yang tertera gambar Tun di samping kata-kata 'Kami Bersama Mu', dapat dilihat antaranya di Persimpangan Maybank Jitra, berhampiran Masjid Kepala Batas, Bandar Darulaman dan Pekan Jitra Lama.

Menurut Presiden Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA), Ir. Mohd Jamal Nasir bahawa Pembela akan berkerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan lain seperti Teras, Badan Bertindak Warga Darulaman (Badar) dan Dewan Himpunan Melayu Kedah menganjurkan suatu majlis khas bersama Tun Dr. Mahathir Mohammed di Kubang Pasu.

Mohd Jamal berkata, “suatu mesyuarat bersama dengan Teras, Badar dan Dewan Perhimpunan Melayu Kedah untuk menyelaras kerja-kerja persiapan majlis tersebut akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Majlis khas tersebut yang diberi nama “Jasamu DiKenang dan Forum Kepimpinan Melayu” akan diadakan pada 28 Jun akan datang, jam 2.45 petang, bertempat di Dewan Wawasan, Jitra.

“Pihak penganjur menjangkakan bahawa seramai 5000 orang akan hadir memenuhi Dewan Wawasan tersebut yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pegangan politik, profesyen dan kedudukan dalam masyarakat’ ujarnya lagi.

Seorang ahli Umno, juga bekas kepimpinan Umno Bahagian Kubang Pasu yang ditemui mengalu-alukan program yang bakal diadakan kerana sejak Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu belum ada majlis seumpama dianjurkan oleh mana-mana pihak untuk memberi penghormatan atau mengenang jasa Tun.

Katanya (Abang Din) nama panggilan mesra, “sumbangan Tun amat besar di Kubang Pasu samada sebagai Ketua Umno Bahagian, Ahli Parlimen dan juga Perdana Menteri Malaysia”.

“Kehadiran Tun di sini akan memberi suntikan baru kepada ahli-ahli Umno yang sudah rasa muak dengan gelagat beberapa pemimpin Umno Kubang Pasu yang jelas mementingkan diri sendiri dan kroni-kroni mereka tanpa mementingkan nasib rakyat, khususnya orang Melayu’ ujarnya dengan bersungguh-sungguh, sekaligus berjanji akan hadir bersama-sama rakan veteran Umno di majlis tersebut.

Tinjauan mendapati bahawa kemarahan ahli-ahli veteran Umno kepada kepimpinan Umno di peringkat bahagian maupun pusat adalah berpunca daripada penyingkiran secara bersistematik Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam proses pemilihan perwakilan ke Persidangan Umno Malaysia pada tahun 2005 lalu. Mereka menganggap tindakan tersebut sebagai suatu penghinaan kepada seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara.

Mohd Jamal menambah, “dijangkakan pada majlis tersebut sejumlah ahli-ahli Umno Kubang Pasu akan hadir, sekaligus akan membuat pengisyitiharan keluar Umno mengikut jejak langkah Tun Mahathir kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan Umno yang dipimpin oleh Pak Lah di peringkat pusat dan Dato’ Johari Baharom sebagai Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu”.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salehhudin Ayob (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Tan Sri Khalid Abdullah, Pengerusi Dewan Himpunan Melayu Kedah, Cikgu Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Teras dan Ustaz Ismail Wan Teh, Pengerusi Badar.

Pihak penganjur juga ingin mengingatkan kepada orang ramai yang mahu hadir ke program tersebut supaya datang lebih awal lagi kerana tempat adalah terhad.

KEPUTUSAN 'POLL' PENGGUNA TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK

Keputusan tentang kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang dijalankan oleh blog PEMBELA mendapati 99% memilih tindakan kerajaan UMNO/BN menaikkan harga minyak dianggap 'KURANG AJAR' dan 1% pula memilih jawapan 'TIDAK WAJAR'.

Sehubungan itu, Che Halim Ismail, Naib Presiedn 1 PEMBELA menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan UMNO/BN menilai kembali harga minyak petrol dan diesel yang telah dinaikkan baru-baru ini.

"Keputusan pengguna menganggap tindakan menaikkan harga minyak sebagai 'KURANG AJAR' melambangkan tahap kemarahan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya" ujar beliau.

Mengulas tentang perkembangan terkini himpunan rakyat di Kuala Lumpur semalam (13 Jun) yang disertai oleh puluhan ribu rakyat, Che Halim menyebut, "ia adalah tindakan rakyat yang memperlihatkan protes mereka secara aman berhubung isu harga bahan api".

Sehubungan itu, PEMBELA ingin menegaskan akan terus komited memperjuangkan isu bahan api yang sedang menekan kehidupan rakyat dewasa ini.

Beliau menambah, "kemungkinan suatu perarakan dan himpunan rakyat seluruh negeri Kedah akan diadakan pada akhir bulan Jun ini melibatkan beberapa buah NGO yang prihatin memperjuangkan kepentingan rakyat di negara ini" ujarnya lagi.










MAJLIS PENUBUHAN PEMBELA

KUBANG PASU - Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan mengadakan majlis perasmian penubuhannya pada 19 Jun 2008 (Khamis), 8.30 Malam, bertempat di Country Height Darulaman, Jenan, Kubang Pasu.
Menurut Pengarah Urusetia Majlis Pelancaran PEMBELA, Md Saad Kassim bahawa, perasmian akan disempurnakan oleh YB. Dr. Ismail Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Insan dan NGO Kerajaan Kedah Darul Aman.
Beliau menambah, "pihak penganjur menyediakan 500 tempat untuk peserta dan tetamu jemputan termasuk YB. Dr. Abdul Isa Ismail, Speaker kerajaan Kedah Darul Aman merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Pasu.
Di majlis tersebut, pihak penganjur juga menyediakan makan malam dan t-shirt kepada mana-mana individu yang mendaftar sebagai sukarelawan dan sukarelawati PEMBELA.
Keterangan lanjut, hubungi sdr Md Saad Kassim (012-430 7197), Muslim (012-542 1153), Kamal Jaapar (019-564 7609) dan cik Noor Azzura (013-434 0554).


MAJLIS PELANCARAN PEMBELA PERINGKAT NEGERI KEDAH


TERKINI
– Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan mengadakan majlis pelancaran penubuhan peringkat negeri Kedah pada 19 Jun akan datang.
Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj Ismail bahawa, “Ahli Majlis Eksekutif (AME) PEMBELA telah memutuskan untuk mengadakan majlis pelancaran PEMBELA sempena menyambut kelahiran 100 harinya”.
“PEMBELA merupakan landasan alternatif kepada golongan muda-mudi khususnya yang ingin menyumbangkan khidmat bakti mereka samada dari segi masa, tenaga, buah fikiran dan kebendaan untuk sama-sama berperanan kea rah membangunkan tamadun dan martabat agama, bangsa dan negara” jelas beliau ketika menyampaikan taklimat penubuhan Skuad Pembela semalam.
Dalam majlis yang sama, Timbalan Presiden PEMBELA, Mohd Dzohir Hamid berkata, 'kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) seperti PEMBELA ini adalah sangat penting kerana ia dapat menyeimbangkan peranan antara pihak pemerintah dan rakyat".
Beliau menyeru kepada hadirin supaya mendaftar menjadi sukarelawan PEMBELA untuk menyumbangkan khidmat mereka untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
"Walapupun PEMBELA baru dutubuhkan iaitu sehari selepas PRU 12 lalu, namun peranan yang ditunjukkan amat memberangsangkan khususnya dalam menanggani isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat setempat" ujarnya.
Berhubung dengan majlis pelancaran yang akan diadakan tersebut, Basir mengatakan bahawa ia terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18-45 tahun (lelaki dan wanita) dan meminati di dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan social tanpa mengharapkan sebarang balasan atau imbuhan.
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh kenamaan dari kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah Darul Aman.

SKUAD PEMBELAWAN DAN PEMBELAWATI DITUBUHKAN

KUBANG PASU - Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan menganjurkan Majlis Penubuhan Skuad Pembelawan-Pembelawati yang akan diadakan di Restoren Hijrah, Jitra, jam 8.45 malam ini.
Menurut Pegawai Perhubungan PEMBELA, Muslim Daud, 'majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA dan para peserta Pembelawan dan Pembelawati yang dianggarkan seramai 50 orang'.
Beliau menambah, "malam ini merupakan detik bersejarah buat PEMBELA kerana ia dapat menubuhkan skuad Pembelawan dan Pembelawati yang siap sedia untuk memberi khidmat dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosial sejajar dengan hasrat penubuhannya".
Dijangkakan Timbalan Presiden PEMBELA, saudara Mohd Dzohir Hamid akan memberikan ucapan, di samping pengisian taklimat tentang hala tuju PEMBELA oleh saudara Basir Hj. Ismail, selaku Setiausaha Agong PEMBELA kepada peserta.
Sehubungan itu, golongan yang berumur 18-45 tahun di jemput hadir ke majlis yang diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut, sekaligus mereka yang berminat sebagi pembelawan dan pembelawati boleh mendaftar terus pada malam ini, ujar Muslim lagi.

SETIAP SABTU HARI MEMPROTES KENAIKAN MINYAK PETROL DAN DIESEL

TERKINI – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menyifatkan tindakan kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Tun Razak menaikkan harga minyak sebagai satu penganiayaan dan kezaliman kepada rakyat, sekaligus telah menurunkan sekurang-kurangnya 40 peratus taraf kehidupan mereka.

Menurut Presiden PEMBELA, Mohd Jamal Nasir, “tiada sebab kukuh yang membolehkan kerajaan menaikan harga petrol sebanyak 78 sen menjadi RM 2.704 seliter dan diesel dinaikkan RM1 menjadi RM2.58 seliter”.

“Perbandingan harga minyak petrol dan diesel dengan negara seperti Singapura, Jepun dan beberapa negara lain, dianggap tindakan tidak rasional dan cuba mengelirukan rakyat semata-mata, ujarnya.

Beliau menambah, “mengapa kerajaan UMNO/BN tidak mahu membandingkan harga petrol dan diesel dengan negara Brunei Darussalam, Republik Islam Iran dan Arab Saudi supaya rakyat boleh mengetahui kedudukan sebenar harga bahan api diperingkat global yang melibatkan negara pengeluar.

Beliau menambah, "kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan kos sara hidup lain, amat membebankan rakyat’.

“PEMBELA ingin mendesak supaya kerajaan UMNO/BN segera menurunkan harga minyak pada harga yang munasabah dengan segera, supaya rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak menanggung derita akibat kenaikan harga barang keperluan lain” katanya.

Oleh itu, PEMBELA menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjadikan hari Sabtu sebagai ‘Hari Memprotes’ kenaikan harga minyak dengan meletakkan kenderaan mereka di sepanjang jalan di bandar-bandar utama di tempat masing-masing atau mengadakan perhimpunan dengan menaikan sepanduk dan poster menuntut kerajaan UMNO/BN menurunkan harga minyak.





LAPORAN POLIS ISU KENAIKAN HARGA PETROL,DIESEL OLEH PEMBELA

KUBANG PASU, 8 Jun (Editor Pembela) - Berbohong bukanlah perkara baru kepada pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Satu ketika, hingga terlalu banyak bercakap bohong, ada orang menyindir dengan pepatah 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri'.

Pada 12 Februari lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjawab pertanyaan media berhubung pembubaran parlimen menyatakan tidak ada pembubaran esok hari. Bagaimanapun keesokannya, pada tengah hari 13 Februari, beliau mengadakan sidang media tergempar mengumumkan pembubaran parlimen.

Begitu juga pada 3 Jun baru-baru ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dalam satu sidang media di Lobi Dewan Negara sebagai berkata bahawa harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu.

"Ia akan berlaku....harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila diberi penstrukturan semula," demikian kata Shahrir sebagaimana petikan akhbar terbabit.
Bagaimanapun seperti yang diketahui umum, pada 4 Jun keesokannya Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa tengah malam berkenaan.

Mendakwa tertipu dengan laporan itu, Pertubuhan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) membuat satu laporan polis membabitkan kenyataan menteri berkenaan yang antara lain sebagaimana laporan Utusan Malaysia menyebut 'Kita akan menggunakan tempoh dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api'.

Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jitra, Pembela antara lain mempersoalkan kenyataan menteri berkenaan yang dianggap mengelirukan selain bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri.

Mempersoalkan kajian yang akan dijalankan kementerian terbabit dan khuatir kemungkinan wujud tekanan pihak-pihak tertentu yang boleh menggugat ketenteraman awam serta kestabilan politik negara, Pembela menuntut pihak polis supaya satu siasatan ke atas menteri berkenaan dapat dilakukan.

Sementara itu Presiden Pembela, Ir. Mohd. Jamal Nasir menyifatkan kenyataan menteri berkenaan sebagai tidak mesra rakyat dan cuba memperbodohkan rakyat.

"Pembela menuntut supaya suatu siasatan dapat dilakukan oleh Polis ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sharir Abdul Samad, jika ia boleh disabitkan dengan kesalahan maka, suatu tindakan perlu diambil ke atasnya menurut peruntukan undang-undang," ujar beliau dalam laporan polis yang dibuatnya itu. -

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) kerjasama Badan Bertindak Memperkasa PAS Kubang Pasu (BBMP) akan menganjurkan program Himpunan Rakyat Membantah Kenaikan Harga Petrol dan Diesel pada hari (esok) Sabtu, jam 4.30 petang, di sekitar Pekan Jitra 2.
Menurut, Naib Presiden 2, Pembela, Ooi Jin Taik, 44, "program himpunan secara aman diadakan bertujuan untuk menyatakan bantahan di atas tindakan kerajaan UMNO/BN mengumumkan kenaikan harga baru bahan api (petrol dan diesel) baru-baru ini".
Sehubungan, rakyat yang prihatin tentang keputusan 'terlampau' kerajaan UMNO/BN di minta datang ke lokasi perhimpunan dan membawa bersama sepanduk, poster yang tertulis perkataan yang membawa maksud memprotes kenaikan harga bahan api tersebut.
Terima kasih.