KUBANG PASU – Harian Metro pada hari ini (28 Jun) telah memaparkan kisah adik Mohd Firdaus Shaari, 12 tahun yang mengidap penyakit jantung bengkak dan berlubang.
Baru-baru ini, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir berserta rombongan PEMBELA yang terdiri Naib Presiden 1, Che Halim Ismail, Setiausaha Agung, Basir Hj. Ismail dan beberapa Ahli Majlis Eksekutif telah meluangkan masa melawat serta menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan produk pemakanan kesihatan (Omilk Pulas) kepada adik Mohd Firdaus yang tinggal di Kampung Perupok, Mukim Malau, Jitra melalui program “Bersamamu PEMBELA”.
Rombongan PEMBELA telah disertai oleh wakil dari Harian Metro, Berita Harian dan jurugambarnya.
Presiden PEMBELA melahirkan rasa sukacita dan merakamkan rasa terima kasih kepada tabloid Harian Metro yang telah menyiarkan kisah penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan.
Mohd Jamal berkata, “ PEMBELA akan meneruskan usaha menjejaki mana-mana keluarga atau individu yang memerlukan bantuan samada dalam bentuk kewangan, maupun kebendaan supaya dapat disumbangkan oleh masyarakat yang prihatin kepada mereka yang memerlukannya”.
Oleh itu, PEMBELA akan terus berkerjasama dengan Harian Metro dan Berita Harian di dalam kerja-kerja kemasyarakatan ini” ujarnya lagi.
"Insya allah pada 5 Julai depan, PEMBELA bersama Harian Metro akan menziarahi dan memberi sumbangan kepada sebuah keluarga yang terletak di Tokai, Pendang, jelas Mohd Jamal kepada editor blog PEMBELA.