Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA TERUS MANTAP

TERKINI – Sistem pengurusan dan organisasi PEMBELA dimantapkan lagi dengan perlantikan saudara Zabedi Usop sebagai Pengurus Pentadbiran dan saudara Saadon Hashim sebagai Timbalan Pengurus Ketua.

Di samping menerajui pentadbiran, Zabedi juga adalah Naib Presiden 3 dan Saadon Hashim telah dilantik sebagai Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA.

Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, saudara Basir Hj. Ismail, “mewujudkan satu organisasi yang tersusun adalah suatu kemestian dan syarie”.

Katanya Lagi, “sebagai sebuah organisasi yang diterajui oleh majoriti orang Islam, maka membentuk sebuah organisasi yang tersusun dengan mengambil kira kriteria tertentu seperti kemahiran merancang gerak kerja organisasi, kemampuan melaksana keputusan serta keupayaan mengurus tadbir adalah perkara paling penting”.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA telah bersetuju melantik saudara Zabedi dan Saadon menerajui pentadbiran badan ini berkuatkuasa 1 Julai depan.

Bagi mengukuhkan kerja-kerja pentadbiran dalam PEMBELA sebanyak tiga unit telah diwujudkan di bawahnya iaitu Unit Kewangan (Mokhtar Abdullah), Unit IT dan Komunikasi (Khairul Hadee Ismail) dan Unit Penyelenggaraan (Abd Ghani Shafie).
Sehubungan itu, jika mana-mana anggota yang ingin mendapat maklumat lebih lanjut serta membuat urusan yang berkaitan pentadbiran badan ini, boleh menghubungi mereka yang berkenaan.


0 komen:

Catat Ulasan