Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA ZIARAH DAN HULURKAN SUMBANGAN KEPADA ABU SEMAN SAAD,

Gambar, Setiausaha Agung PEMBELA dan Pemgurus syarikat Tabah Hikmah Enterprise menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada Abu Seman Saad
di Kg. Telaga Bata, Langgar, Parlimen Pokok Sena

Gambar ... Sdr. Muslim Daud, Pegawai Perhubungan Awam PEMBELA sedang menyampaikan
sumbangan kepada sdr. Baharuddin Abu Bakar yang uzur kerana mengidap
penyakit diabetis dan komplikasi mata

Gambar... kelihatan sdr. Kaman Jaapar, Ketua Skuad Pembelawan menyampaikan
sumbangan kepada Kamis @ Nan Saad, di Kg. Banga, Mukim Jeram.

PEMBELA BERI BANTUAN KEPADA SUAMI PETUGAS PAS

Gambar..... kelihatan Che Halim dan Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA
beri bantuan kepada suami puan Nor Sharida Jaafar di Kg. Ketul, Batu 17 Tunjang

PEMBELA BANTU BERSIH TAMAN JITRA

Gambar... kelihatan Che Halim Ismail, Naib Presiden PEMBELA membuat pemantauan
program gotong royong Taman Jitra Jaya, 25 Julai (Jumaat)



PEMBELA BANTU GOLONGAN SUSAH DI KAWASAN KEDAH UTARA

Gambar... Idris Hassan, Penolong Setiausaha Agung PEMBELA secara simbolik menerima barangan dapur untuk sumbangan kepada golongan susah dari encik Zainon Abdullah
Pengurus Tabah Hikmah Enterprise.
OLEH : Pembelawaja
KUBANG PASU – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) mengambil inisiatif membantu golongan susah dengan kerjasama syarikat Tabah Hikmah Enterprise bermula minggu pertama Ogos depan.

Menurut, Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail bahawa bermula awal Ogos depan PEMBELA akan mengagih-agihkan bantuan kepada golongan susah yang telah dikenalpasti oleh wakil-wakilnya di beberapa daerah di utara negeri Kedah iaitu Kubang Pasu, Jerlun, Kota Setar, Kuala Kedah, Pokok Sena dan Kuala Nerang.

Bantuan ini akan diberikan kepada golongan sasaran yang telah diperakui atau dikenalpasti oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ataupun wakil-wakil PEMBELA di dalam daerah tersebut.

Basir berkata, “permulaannya PEMBELA dengan kerjasama syarikat Hikmah Enterprise mensasarkan kepada seramai 100 orang penerima dari golongan ibu tunggal dan keluarga miskin yang telah didaftarkan kepada PEMBELA”.

Sumbangan ini adalah pemberian golongan korporat di negara ini yang berhajat untuk membuat amal kebajikan kepada masyarakat yang tergolong sebagai orang susah dan miskin.

“Pemberian ini diberi secara berkala pada setiap bulan yang akan diserahkan pada awal minggu pertama dan kedua pada bulan tersebut kepada golongan berkenaan” ujar Basir lagi.

Menurut, Zainon Abdullah, 43, Pengurus syarikat Tabah Hikmah Enterprise yang berpengkalan di Kangar, Perlis bahawa, “sumbangan ini akan diberikan pada setiap bulan kepada golongan sasaran yang telah dikenalpasti, tanpa dikenakan sebarang bayaran atau caj sampingan”.

Projek amal oleh syarikat Tabah Hikmah Enterprise telah dijalankan sejak tahun 2000 lagi tetapi diuruskan secara bersendirian.

Zainon berkata, “Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan dapur termasuk beras dan minyak masak, gula, minuman milo, nescaffe, cecair pencuci, kicap dan tepung”.

Sehubungan itu, PEMBELA ingin menwar-warkan kepada orang ramai yang berminat untuk mendapatkan sumbangan ini, sila hubungi segera saudara Mokhtar Hamid (012-475 8002) dan Kaman Jaapar (012-564 7609) atau datang terus ke ibu pejabat PEMBELA yang berpusat di Bandar Darulaman.


OLEH : Pembelawaja


KUBANG PASU – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) yang mengikuti perkembangan mutakhir politik tanah air yang melibatkan parti PAS dan UMNO berhubung isu muzakarah yang disiarkan secara meluas dalam media massa (cetak dan eletronik) adalah suatu perkara yang perlu di beri perhatian oleh semua pihak.

Muzakarah merupakan isu yang sudah lama diperkatakan oleh kedua-dua parti politik yang bernuansakan orang-orang Islam dan Melayu di negara ini, tetapi sehingga sekarang ia hanya polimek dan isu politik semata-mata.

Maudu’ yang berkaitan muzakarah tidak diendahkan, sebaliknya pihak-pihak yang terlibat lebih mementingkan ‘siapa yang untung’ dari segi politik untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa politik masing-masing.

Akhirnya, muzakarah bukan lagi budaya positif seperti yang diamalkan oleh generasi Islam zaman lampau dalam menyelesaikan sesuatu perkara ataupun mencari perkara yang ‘terbaik dari yang baik’.

Bagi PEMBELA, menyambut baik hasrat mana-mana pihak, khususnya UMNO dan PAS untuk mengadakan muzakarah kerana ia merupakan budaya sihat samada dalam berwacana ataupun mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu perkara, apatah lagi melibatkan kepentingan umat Islam dan Melayu.

Masalah yang bertimpa-timpa ke atas umat Islam dan Melayu di negara ini, sewajarnya diselesaikan melalui Muzakarah. Fakta jelas di depan mata bahawa umat Islam dan Melayu di Malaysia telah ketinggalan dalam bidang ekonomi, pendidikan, hubungan sesama insan yang sangat penting, di samping pelbagai masalah sosial yang melanda seperti dadah, pelacuran, mat rempit, budaya lepak dan banyak lagi yang melibatkan anak-anak atau golongan rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Lebih menakutkan lagi bahawa kuasa politik yang dimiliki oleh umat Islam dan Melayu semakin terhakis angkara sistem politik yang kotor, jijik dan meloyakan, akibatkan sikap sebahagian ahli-ahli politik yang berpengaruh dan berkuasa mengambil kesempatan mencari kekayaan peribadi, kaum keluarga dan kroni masing-masing dengan merompak khazanah negara dan hak rakyat.

PEMBELA menegaskan, jika muzakarah hendak dijalankan biarlah ia dilakukan mengikut disiplin dan tatacara yang betul supaya hasil muzakarah tersebut dapat diterima pakai dan dilaksanakan oleh keduabelah dengan ikhlas dan rasa takut terhadap Allah SWT. Maknanya, pihak yang ingin bermuzakarah seharusnya mengelakkan diri dari menjaga kepenting peribadi, kelompok atau parti yang didokongi, sebaliknya menerima hasil yang telah di muzakarahkan tersebut dengan penuh bertanggungjawab.

PEMBELA juga berpendirian bahawa muzakarah adalah landasan terbaik yang boleh digunapakai oleh PAS dan UMNO untuk membincangkan kepentingan umat Islam dan Melayu di negara ini. Segala kenangan pahit masa lampau hendaklah diketepikan dan jika tersirat melakukan tipu muslihat oleh mana-mana pihak yang terlibat hendaklah dihindarkan segera, demi membuktikan bahawa kedua-dua parti yang terdiri ahli dari kalangan umat Islam dan Melayu serius untuk menyelesaian beribu persoalan dan permasalahan yang membelenggu umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Menurut Hj. Hashim Abd. Rashid, Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA bahawa, “sebagai permulaannya muzakarah boleh dilakukan antara individu dengan individu supaya hubungan antara keduabelah lebih rapat dan saling memahami antara satu sama lain”.

“Muzakarah tidak semestinya menjurus kepada penggabungan kuasa politik di antara parti PAS dan UMNO, sebaliknya ia mencari penyelesaian masalah yang dihadapi oleh umat Islam dan Melayu di negara ini”.

Hashim menambah, “jika melalui muzakarah boleh menemui titik persamaan keduabelah pihak PAS dan UMNO, sehingga membentuk sebuah entiti umat Islam dan Melayu yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip Islam, sekaligus memberi kebaikan kepada Umat Islam dan Melayu di negara ini, maka muzakarah adalah menjadi perkara penting dijayakan”.

PEMBELA berdoa supaya senario politik umat Islam dan Melayu di negara ini sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan positif, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.

NORAIDA KINI IKUTI PROGRAM PENGAJIAN ISLAM

Harian Metro (23 Julai) siarkan luahan perasaan Noraida Idris, isteri malang yang tertipu
kerana berkahwin dengan lelaki bukan Islam.

PEMBELA BANTU BAIKI RUMAH IBU TUNGGAL

Kelihatan Idris Hj. Hassan, Penolong Setiausaha Agung PEMBELA bersama Sukarelawan
sedang memerhatikan rumah uzur yang didiami oleh puan Arfah Din
di Kg. Baru, Kelubi Luar, Jitra pada jam 8.30 pagi, 22 Julai 2008.
OLEH : Nash
KUBANG PASU – Ibu tunggal yang menetap di sebuah rumah uzur di Kg. Baru, Kelubi Luar, Jitra sejak 16 tahun lalu telah mendapat perhatian dari PEMBELA.

PEMBELA yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Basir Ismail, Idris Hj. Hassan, Penolong Setiausaha Agung dan dua Sukarelawan PEMBELA iaitu Zainol Hisham dan Abdul Manaf Abdullah telah membuat kunjungan ke rumah puan Arfah Pin, 53, pada hari ini, jam 8.30 pagi, melihat sendiri keadaan rumah uzur ibu tunggal tersebut.

Menurut Idris Hassan, “PEMBELA berkunjung ke rumah ibu tunggal tersebut setelah mendapat maklumat petang semalam (21 Julai) dari Zainol Hisham, juga sebagai Sukarelawan supaya dapat memberi bantuan bagi meringgankan beban yang ditanggung oleh wanita tersebut.

Arfah Pin ialah seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian kerana telah berpisah dengan suami sejak 23 tahun lalu. Anak tunggalnya (wanita) kini baru mendapat kerja di Putrajaya dan terpaksa membayar kembali wang PTPTN yang dipinjam ketika mengikuti pengajian di sebuah kolej awam.

Keadaan kesihatan yang tidak baik kerana mengidap penyakit tekanan darah rendah, sering pening kepala dan tidak boleh berdiri terlalu lama menyebabkan tidak boleh melakukan kerja bagi mencari sumber pendapatan.

Sehingga kini, hanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan kepadanya berjumlah RM 130.00 sebulan.

Menurut Arfah, walaupun JKM bersetuju memberi RM 130.00 sebulan, namun kadangkala jumlah yang dimasukkan ke dalam akaunnya tidak mengikut jumlah yamg dijanjikan dan tepat pada waktunya dan dia pernah menerima sumbangan hanya sekitar RM 40.00 sebulan.

Idris menambah, “pemantauan yang di buat pada pagi ini mendapati bahawa keadaan rumah ibu tunggal tersebut amat daif dan sekurang-kurangnya memperbaikinya supaya ia boleh tinggal dalam keadaan yang tenang dan selamat”.

PEMBELA telah memutuskan untuk memperbaiki rumah uzur ibu tunggal tersebut dalam masa terdekat kerana terpaksa menunggu laporan dari pasukan Sukarelawan yang ditugaskan membuat anggaran kos pembiayaan tersebut. Di samping akan membawa ibu tunggal tersebut berjumpa pihak JKM untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu pembayaran sumbangan bulanan yang dianggap tidak di terima mengikut jumlah yang sepatutnya.

PEMBELA, CUEPECS BERTEMU PEKERJA MDKP

Gambar... Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail dan Penolong Setiausaha Agung Cuepecs, Ku Azmi Ku Ibrahim hadir dalam program pertemuan dengan pekerja-pekerja
Majlis Daerah Kubang Pasu di ibu pejabat PEMBELA berhubung isu pekerja kontrak.

KISAH NORAIDA DISIARKAN DALAM METRO

"SUAMIKU BUKAN ISLAM"
Tajuk Harian Metro, Isnin, 21 Julai 2008 yang menyiarkan berita Noraida Idris
yang mohon bantuan mendapatkan khidmat nasihat dari PEMBELA baru-bari ini
berhubung masalah perkahwinannya dengan lelaki bukan Islam dan kegagalan
untuk membuat pendaftaran anak yang dilahirkan sejak 4 tahun lalu.

KENDERAAN KERAJAAN DIGUNA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI

Gambar ini di ambil pada jam 3.00pm, 20 Julai 2008 (Ahad),
dihadapan Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah. Di nombor pendaftaran kenderaan ini
tercatit Pejabat Kewangan Negeri Kedah. Sehingga jam 3.30pm kenderaan tersebut masih menunggu dengan enjin terpasang & sudah tentunya penghawa dingin juga dipasang.Pemandunya dilihat membaringkan diri...sedap duduk dalam aircond.
Lihatlah di dalam keadaan sekarangpun masih ada yang tak sedar mungkin sebab tak guna duit sendiri untuk mengisi minyak.

Lihatlah keadaan parit dan longkang yang amat busuk dan kotor di beberapa tempat di Pekan Jitra dan Bandar Darulaman yang tidak diuruskan secara sempurna oleh pihak yang berwajib.
PERHATIAN
PEMBELA AKAN MENGHANTAR MEMORANDUM MENDESAK MDKP
MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA MEMBERSIHKAN PARIT DAN LONGKANG
DI SEKITAR PEKAN JITRA DAN BANDAR DARULAMAN.
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PEMBELA
DI JEMPUT MENGIKUTI ROMBONGAN PENYERAHAN MEMORANDUM
KEPADA MDKP PADA HARI 21 JULAI, ISNIN, JAM 3.30 PETANG.
SEMUA DI MINTA BERKUMPUL DI IBU PEJABAT PEMBELA
PADA JAM 2.15 PETANG.


PEMBELA BANTU URUS JENAZAH MANGSA BELASAH

Gambar kelihatan Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA mengusung jenazah masuk
ke dalam masjid Al-A'la, Jitra untuk disembahyangkan
OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Seorang lelaki yang cedera parah hanya sempat memberitahu namanya kepada doktor sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahayiah (HSB) pada 17 Julai lalu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jitra selepas solat Asar semalam.

Menurut Zabedi Usop, Naib Presiden 3 PEMBELA bahawa, “berita kematian mangsa tersebut telah dimaklumkan oleh Ibrahim Lai Abdullah, abang ipar mangsa kepada PEMBELA pada jam 1.35 petang kelmarin setelah isterinya membuat pengesahan mayat di hospital Sulntanah Bahayiah pagi kelmarin”.

Ibrahim Lai menjelaskan bahawa, berita kematian adik iparnya hanya diketahui apabila isterinya membaca Harian Metro pada pagi ini (Sabtu) yang memetik “lelaki terbabit memberitahu kepada salah seorang doktor HSB “Nama saya Mat Fauzi Azmi”.

Lelaki yang menjadi mangsa maut belasah tinggal di rumah Ibrahim Lai, di Kg Padang, Jitra sebelumnya tidak pulang ke rumah sejak hari Khamis dan mereka menyangkakan bahawa mangsa tumpang tidur di rumah kawan-kawannya di Alor Star.

Menurut Zabedi Usop, Naib Presiden 3 PEMBELA bahawa berita kematian mangsa tersebut telah dimaklumkan oleh Ibrahim Lai Abdullah, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis, juga merupakan abang ipar mangsa kepada PEMBELA pada jam 1.35 petang kelmarin, setelah isterinya membuat pengesahan mayat di hospital Sultanah Bahayiah pagi kelmarin”.

Berikutan maklumat tersebut, PEMBELA telah mengerahkan beberapa Ahli Majlis Eksekutifnya menguruskan jenazah mangsa dan menghulurkan bantuan berupa kewangan kepada keluarga mangsa yang disampaikan oleh Zabedi Usop.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jitra selepas solat Asar petang kelmarin.


PEMBELA diwakili oleh Zabedi Usop, Naib Presiden 3 menyampaikan sumbangan
kepada saudara Ibrahim Lai Abdullah untuk bantu ringgankan kos penyelenggaraan
pengebumian adik iparnya yang meninggal dunia disyaki di bunuh pada 17 Julai lalu.

PEMBELA HULURKAN BANTUAN KEPADA SAUDARA BARU

Gambar..kelihatan Cikgu Zabedi Usop, Naib Presiden 3 PEMBELA menyampaikan
sumbangan pakaian dan wang tunai kepada Noraida Idris sambil diperhatikan oleh saudara Ibrahim Lai Abdullah, Pengerusi Persatuan Muslim Cina Kedah/Perlis dan Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA di majlis perjumpaan dengan saudara baru pada 19 Julai 2008 (Sabtu).

PEMBELA HULURKAN SUMBANGAN PENGAJIAN

Gambar...kelihatan Ustaz Yusof Hj. Ahmad mewakili Presiden PEMBELA, Ir.Mohd Jamal Nasir
menyampaikan sumbangan kepada saudara Nasrun Kasa, Ahli PAS Cawangan Pulau Pisang
di program Usrah Qubra malam kelmarin.
OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Bagi meringgankan beban seorang pelajar di sebuah pusat pengajian awam, PEMBELA telah mengeluarkan bantuan berupa kewangan kepada pelajar berkenaan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Yusof Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu, merangkap Ahli Majlis Derah Kubang Pasu kepada adik Nasrun Kasa juga merupakan seorang ahli PAS di Cawangan Pulau Pisang di program Usrah Qubra yang diadakan di ibu pejabat PEMBELA pada Jumaat kelmarin.

Menurut, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir, “adalah menjadi suatu tanggungjawab bukan sahaja kepada PEMBELA, bahkan seluruh komuniti masyarakat yang berkemampuan supaya meringgankan tangan menghulur bantuan kepada mana-mana individu yang ingin melanjutkan pelajaran”.

Beliau menambah, “menuntut ilmu adalah suatu perkara mulia yang sejajar dengan tuntutan agama Islam kerana ilmu akan mencorakkan pemikiran dan keperibadian seseorang, sekaligus ia adalah asas serta landasan untuk mengguatkan ummah di negara ini, jika ilmu yang dipelajari belum ramai yang menerokai bidang tersebut”.

Sehubungan itu, PEMBELA akan berusaha mengikut kemampuan yang ada untuk memberi sumbangan kepada pihak-pihak yamng memerlukan, supaya mereka yang berkenaan dapat merasakan ada pembelaan, sekaligus memiliki nilai-nilai murni dan prihatin kepada permasalahan yang dihadapi oleh mereka”, ujarnya.
"PEMBELA sedang memikirkan untuk menubuhkan sebuah tabung khas untuk dana pendidikan bagi membantu pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di mana-mana pusat pengajian tinggi awam dan swasta, khususnya dalam bidang-bidang kritikal yang belum diterokai lagi oleg golongan Melayu dan Islam di negara ini" tambahnya lagi.

PEMBELA BANTU SAUDARA BARU

Gambar .... Ir. Mohd Jamal Nasir, Presiden PEMBELA menghulurkan bantuan
kepada Noraida Idris dan Melissan Somdat sambil diperhatikan oleh encik Ibrahim Lai Abdullah
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis

Oleh : Pembelawaja

KUBANG PASU – Usaha Persatuan Muslim Cina Kedah / Perlis membantu seorang saudara baru, Noraida Idris, 33 dan anaknya Melissa Somdat, 5 tahun yang ingin mengikut program pengajian fardhu ain di sebuah pusat pengajian di Sungai Petani telah mendapat sokongan dari PEMBELA.

Hari ini, Pengerusi Persatuan Muslim Cina Kedah/Perlis, encik Ibrahim Lai Abdullah telah berkunjung ke pejabat Setiausaha Agung PEMBELA di Bandar Darulaman bersama wanita dan anak tersebut untuk memohon bantuan kewangan menguruskan pengajian saudara baru tersebut.

Menurut Ibrahim Lai bahawa kedatangan mereka ke pejabat PEMBELA, setelah usaha mendapatkan bantuan dari pihak-pihak lain menemui jalan buntu.

“Saudara baru (Noraida) telah diperkenalkan kepadanya oleh seorang saudara baru yang menjadi ahli kepada Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis yang meminta bantuan untuk menguruskan pengajian fardhu ain wanita dan anaknya di Sungai Petani, ujarnya.

Noraida telah memeluk Islam ketika berumur 12 tahun bersama-sama bapanya iaitu kira-kira 21 tahun lalu dan ketika berumur 25 tahun telah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Siam. Perkahwinan mereka telah dilangsungkan di Songkla, Thailand dan telah mendapatkan seorang cahaya mata (perempuan).

Hasil pertemuan pagi ini, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir telah memberi persetujuan untuk menghulurkan bantuan menguruskan perbelanjaan pengajian Islam kepada wanita dan anaknya


TEMPOH 3 HARI, MDKP BERHADAPAN PROTES RAKYAT

OLEH : Nash
KUBANG PASU – Pada hari Ahad (13 Julai), PEMBELA telah membuat pemantau sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Pekan Jitra dan Bandar Darulaman hasil dari aduan beberapa orang penduduk.

Dari pemantau yang dijalankan oleh PEMBELA yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Basir Hj. Ismail dan beberapa Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA yang lain, membuat rumusan bahawa sistem pengurusan sampah di beberapa tempat didapati amat mengecewakan kerana ia seolah-olah tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berwajib termasuk dikalangan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang telah dilantik dari parti yang memerintah.

Bagi memastikan isu sampah sarap tidak dipolitik oleh musuh politik kepada kerajaan memerintah serta memastikan rakyat perolehi persekitaran kehidupan yang segar dan sihat, maka pada petang tersebut PEMBELA yang disertai oleh 8 Ahli Majlis Eksekutifnya telah menghantar satu memorandum kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu, bagi mendesak Majlis Daerah Kubang Pasu mengatasi segera kelemahan sistem pemungutan dan pembuang sampah di Pekan Jitra dan Bandar Darulaman.

Menurut Zabedi Usop, Naib Presiden 3 PEMBELA bahawa, “Memorandum mendesak MDKP bertindak mengatasi masalah sampah tersebut di buat adalah kerana untuk memberi teguran dan bukti keseriusan isu sampah yang berlaku sekarang ini”.

Beliau menambah, “kegagalan pihak MDKP menjalankan tugas dengan baik, sebenarnya memebri kesan secara langsung dan tidak langsung kepada imej dan intergriti kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan YAB. Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah”.

“Memorandum tersebut juga menyatakan secara keras bahawa MDKP di beri tempoh masa selama 3 hari iaitu sehingga Rabu ini untuk memastikan segala sampah-sarap yang terbiar di sekitar Pekan Jitra dan Bandar Darulaman diselesaikan sendan sewajarnya ataupun bersedia menghadapi protes rakyat terhadap mereka” ujarnya lagi.

OLEH :Pembelawaja

KUBANG PASU – Aduan orang ramai berhubung isu sampah kepada PEMBELA beberapa hari lalu telah mendapat perhatian Setaiusaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail dengan membuat tinjauan pada pagi ini bermula jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 pagi di beberapa kawasan di sekitar Jitra dan Bandar Darulaman.

Tinjauan pagi pagi ini mendapati memang rungutan dan aduan orang ramai berhubung sampah di sekitar Jitra dan Bandar Darulaman sejak kebelakangan ini benar, sekaligus memperlihatkan tahap pengurusan dan pentadbiran sampah oleh Majlis Daerah Kubang Pasu sangat mendukacitakan dam memalukan.

Menurut Basir, “keaadan sampah di beberapa tempat yang sempat ditinjau oleh PEMBELA amat mengejutkan kerana ia telah terbiar kadangkala sehingga 2 minggu, mengikut maklumat yang disampaikan oleh penduduk”.

“Lihatlah gambar-gambar yang PEMBELA rakam pada pagi ini, sampah, longkang, parit dan jalan-jalan yang diletakkan tong sampah MDKP bersepah dengan sampah-sampah, seolah-olah Majlis Daerah Kubang Pasu tidak mempunyai tenaga pekerja dan pihak pengurusan serta kewangan yang telah bangkrap”, ujarnya.

Beliau mempersoal, “apakah pihak Majlis Daerah Kubang Pasu tidak merasakan bahawa sampah merupakan suatu isu penting kepada rakyat kerana bukan sahaja merosakkan pemandangan sekeliling, malah ia menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit wabak yang akan menyusahkan rakyat, di samping mengeluarkan bau yang amat busuk dan meloyakan”.

Basir menambah, “sampah yang bersepah-sepah di tempat pembuangan sampah yang kami lihat, menggambarkan pihak Majlis Daerah Kubang Pasu seolah-olah tidak peka tentang soal kebersihan dan keselesaan hidup penduduk, lagipun kebersihan menjadi teras dalam ajaran Islam, di samping ia dasar yang ditekan oleh kerajaan Negeri Pakatan Rakyat”.

Oleh itu, Basir mewakili Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA menyelar sikap Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mewakili kerjaan Pakatan Rakyat yang di lihat tidak berfungsi serta melaksanakan tanggungjawab mereka untuk kepentingan rakyat dan kerajaan samada di peringkat tempatan ataupun negeri.

Basir menambah lagi, "Yang DiPertua Daerah Kubang Pasu jangan sibuk hanya untuk meruntuhkan gerai-gerai orang-orang Melayu yang berniaga di pinggir jalan semata-mata mencari rezeki untuk keluarga, sebaliknya membutakan mata melihat sampah yang bersepah di Jitra dan Bandar Darulaman, menutup telinga mendengar keluhan rakyat serta menutup lubang hidung menghidu bau busuk sampah yang dan busuk dan meloyakan penduduk”.
Pada hal, katanya lagi, "Kubang Pasu menjadi tuan rumah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan minggu lalu dan sekarang seluruh negeri sedang bersiap sedia untuk menyambut Jubli Emas, 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah".

Oleh itu, Basir mewakili Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA menyelar sikap Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mewakili kerjaan Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak berfungsi serta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya untuk kepetingan rakyat dan kerajaan samada di peringkat tempatan ataupun negeri.

Yang DiPertua Daerah Kubang Pasu jangan sibuk hanya untuk meruntuhkan gerai-gerai orang-orang Melayu yang berniaga di pinggir jalan semata-mata, sebaliknya membutakan mata melihat sampah yang bersepah di Jitra dan Bandar Darulaman, menutup telinga mendengar keluhan rakyat serta menutup hibung menghidu bau busuk sampah yang meloyakan penduduk”.

Sehubungan itu, pada jam 3.00 petang nanti PEMBELA akan menghantar Memorandum Mendesak MDKP Melaksanakan Tugas Secara Profesional kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu serta membuat laporan kepada YB. Hj. Taulan Rasul, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Memorandum tersebut mendesak pihak Majlis Daerah Kubang Pasu segera membuat pembersihan sampah-sampah yang bersepah di seluruh kawasan dalam kawasan Jitra dan Darul Aman dalam tempoh masa 3 hari (72 jam). Sekiranya, tiada tindakan yang di ambil, PEMBELA tidak teragak-agak menggerakkan seluruh rakyat dalam kawasan berkenaan menghadiri satu Perhimpunan Rakyat Di Pekan Jitra – Mendesak Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu meletakkan jawatanya dengan segera.

PEMBELA BERSAMA PRESIDEN PAS

Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA bertemu YB. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden PAS di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu.
Gambar kelihatan Che Halim Ismail, Naib Presiden PEMBELA sedang menerangkan tentang peranan PEMBELA kepada Presiden PAS, sambil diperhatikan oleh Presiden Pembela, Ir. Mohd Jamal Nasir dan Muslim Daud, AME PEMBELA.

OLEH : Nash
KUBANG PASU – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) yang mengadakan mesyuarat malam tadi, telah mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap TV3, syarikat penyiaran milik Media Prima Berhad berhubung laporan yang disiarkan dalam Buletin Utama, 10 Julai (Khamis) lalu.

Laporan polis tersebut adalah berkaitan laporan berita yang disiarkan pada malam tersebut berunsur fitnah yang boleh menhakis keyakinan rakyat terhadap intergriti dan akauntabiliti kerajaan Pakatan Rakyat Kedah di bawah kepimpinan YAB. Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak.

Merujuk kepada laporan berita oleh Buletin Utama TV3 pada hari berkenaan bahawa, ia telah mengambarkan seolah-olah Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah telah menggunakan wang rakyat secara membazir menaiki pesawat sewa khas bagi urusan rasmi kerajaan.

Penyiaran laporan tersebut juga cuba mengambarkan Menteri Besar Kedah mengamalkan budaya pengurusan kewangan negeri secara bermewah-mewah dan membazir, sekaligus bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahu kerajaan yang memerintah mengamalkan budaya jimat-cermat dalam perbelanjaan.

Penjelasan oleh Pejabat Menteri Besar Kedah bahawa, pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan.

Rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain YAB Ustaz Azizan dan isterinya.

Sehubungan itu, PEMBELA merasa kesal laporan oleh Buliten Utama TV3 tersebut yang seolah-olah menggambarkan bahawa ia adalah rombongan Menteri Besar Kedah, sekaligus secara nyata mengelirukan rakyat khususnya di negeri Kedah.

Di samping ia merupakan tindakan yang cuba melaga-lagakan pihak Kerajaan Negeri dengan istana Kedah..

PEMBELA akan mengutus surat mengecam tindakan penyiaran berita oleh Buletin Utama TV3 dan menuntut supaya ia menyiarkan permohonan maaf dalam siaran Buletin Utama dalam tempoh masa 72 jam dari hari ini kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Menteri Besar Kedah, Kerajaan Kedah dan rombongan DiRaja.


OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA, semalam membuat keputusan menjemput Yang Teramat Mulia Tunku Intaz Shafinaz Binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Abdul Halim, Sultan Kedah Darul Aman berangkat hadir sebagai ‘witness’ acara penginsyitiharan oleh Malaysia Book’ of Record di program Karnival Rakyat pada awal Ogos depan.

Menurut Pengarah Program, Ir. Mohd Jamal Nasir, juga Presiden Pembela bahawa, “menjadi harapan bagi pihak Pembela sekiranya YTM Tunku Intaz Shafinaz dapat melapangkan masa berangkat, sekaligus berkenan menjadi ‘witness’ kepada program pengisyitiharan oleh Malaysia Book’s of Record bagi projek penyediaan dan pembuatan Kueh Tepung Talam Ubi Pembela yang terpanjang di Malaysia”.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Emas, Pemerintahan 50 Tahun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Mohd Jamal berkata, “Kueh Tepung Talam Ubi Pembela ini akan disediakan oleh 25 orang petugas dengan bahan mentah seperti 300kg ubi kayu, 300 biji kelapa dan bahan-bahan lain yang menjadi ramuan kepada kueh ini”.

“Insya allah, jika kueh ini dimasukkan dalam Malaysia Book’s of Record, Pembela akan membuat trademark perniagaan ke atas produk ini, , di samping akan dijadikan produk atau ole-ole kepada orang-ramai yang akan berkunjung, khususnya ke Kubang Pasu nanti”.

“Kalau kita melancong ke Kelantan sebagai contohnya, orang ramai akan memilih produk seperti kain batik, budu dan kraftangan, sebaliknya kalau orang ramai datang ke Kubang Pasu apa produk yang boleh mereka beli sebagai ole-ole, ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi, “Sarawak terkenal dengan kueh lapis, Medan, Indonesia pula dengan kek Betawi dan Kelantan dengan Keropok Lekor yang akan menjadi pilihan pelancong sebagai ole-ole yang di bawa balik kepada kaum keluarga masing-masing”.

“Walaupun Kueh Tepung Talam Ubi Pembela ini belum dikenali lagi, selepas ini saya yakin akan menjadi produk pilihan orang ramai kerana ia mempunyai rasa yang sedap dan berkahsiat, tambahnya.

Oleh itu, kehadiran YTM Tunku Shafinaz cukup besar maknanya kepada Pembela kerana ia merupakan tanda sokongan golongan Istana kepada usaha murni yang dijalankan oleh rakyat di negeri ini.


MENGAPA TAHUN 2010, PAK LAH LETAK JAWATAN PM

MINDA HUJUNG MINGGU

Sekonyong-konyong Pak Lah mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selewat-lewatnya Jun atau pertengahan tahun 2010 akan datang.
Laporan Malaysiakini (10 Julai) bahawa, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Pengumuman di buat, selepas pertemuannya dengan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari tersebut, sebelumnya Pak Lah telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO lebih dua jam yang bermulai jam 3 petang.

Apakah signifikannya kepada rakyat di negara ini, di atas kesediaan Pak Lah melepaskan jawatan pada tahun 2010.

Sehubungan itu, Minda Pembela cuba menganalisa secara kritikal persoalan ini bertujuan untuk menggembangkan minda politik khususnya dikalangan para Sukarelawan Pembela.

Berikut beberapa persoalan yang diketengahkan untuk penelitian para pembaca blog ini. Pertama, Adakah tindakan Pak Lah mengumumkan pengundurannya pada 2010 akan datang merupakan ‘gula-gula batu’ yang cuba dihidangkan oleh Pak Lah atau juak-juak politik yang menjadi penasihat kepadanya, supaya pengumuman ini perlu di buat sekarang ekoran tuntutan dalaman UMNO dan rakyat sejak PRU 12 kerana dasar-dasar di bawah pentadbirannya yang lemah, dan telah membebankan kehidupan rakyat. Ia merujuk kepada isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel, krisis beras negara, penarikan pelabur asing, kegagalan projek mega dalam koridor-koridor yang telah diumumkan sebelum PRU 12 serta isu rasuah dan keselamatan.
Kedua, Atau ia merupakan suatu permainan politik ‘kelas kakap’ oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya untuk melegakan hati ahli-ahli UMNO yang telah memulakan gerakan melakukan reformasi dari dalam UMNO setelah kegagalan kepimpinan Pak Lah mempertahankan pengaruh dan kuasa politik di Malaysia dalam PRU 12. Pengumuman ini membuat ahli-ahli UMNO boleh menarik nafas lega, sekaligus mengembalikan sokongan mereka dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO pada hujung tahun depan.

Ketiga, Mungkin juga, ia sebagai taktik oleh Pak Lah dan pengampu-pengampunya untuk memastikan kerusi Presiden UMNO yang akan dipertandingkan pada akhir tahun ini, terus dipegang oleh Pak Lah. Dalam erti kata lain, Pak Lah tidak perlu dicabar oleh mana-mana individu dalam UMNO kerana ia akan melepaskan jawatan pada tahun 2010 akan datang.

Keempat, Boleh jadi juga, pengumuman Pak Lah adalah untuk memerangkap Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang dianggap sebagai sahabat yang setia dan baik tidak mencabar Pak Lah untuk menyelamatkan dirinya dan Rosmah dari pertuduhan kes pembunuhan Al-Tantuya Shariibu yang sedang diperhatikan oleh seluruh masyarakat, bukan sahaja di Malaysia, bahkan diseluruh dunia.

Kelima, Mungkihkah Pak Lah cuba berbohong lagi, bukan sahaja kepada ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada rakyat Malaysia seperti berlaku dalam isu pembubaran Dewan Rakyat untuk PRU 12 akan datang.

Keenam, Boleh jadi Pak Lah ingin menarik simpati dari ahli-ahli UMNO dan rakyat supaya memberi masa sekurang-kurang sehingga 2010 untuk beliau melakukan sesuatu yang mungkin untuk kepentingan rakyat dan mungkin untuk kepentingan politik anak-menantu, kroni serta penyokong-penyokongnya.

Ketujuh, sesungguhnya Pak Lah ingin membuktikan bahawa beliau tidak gila kuasa, sebaliknya bersedia lepas jawatan setelah UMNO berjaya dipulihkan serta rakyat kembali yakin kepada UMNO tersebut.

Kelapan, percayakah anda bahawa, Pak Lah sememangnya sudah mahu melepaskan jawatan sejak Mac 2008 lagi tetapi telah dihalang oleh pengikut-pengikutnya yang masih kuat bergantung untuk survival politik mereka, terutama dikalangan para Senator yang dilantik sebagai Menteri Kabinet dan orang tertentu yang kalah dalam PRU 12 tetapi di beri tempat dalam kerajaan dan menerima imbuhan puluhan ribu ringgat setiap bulan. Setelah mereka semua sudah berada zon selesa samada dari segi politik, maupun imbuhan barulah mereka melerakan Pak Lah meletakkan jawatan.

Kesembilan, Pak Lah takut dicabar oleh Ku LI pada pemilihan akhir tahun ini. Tindakannya merupakan reverse psikoligi kepada ahli-ahli UMNO supaya menyakini bahawa jawatan PM yang diimpi-impi oleh orang-orang tertentu tidak mendapat sokongan akar umbi yang telah menerima berita ini.

Kesepuluh, Pak Lah takut dengan gerakan Wan Azizah membawa usul undi tidak percaya kepadanya dalam parlimen Isnin ini. Kesediaannya mengundurkan diri merupakan suatu consensus yang perlu diterima oleh MP UMNO/BN, sekalgus jangan menyokong usul yang akan di bawa oleh Ketua Pembangkang tersebut.

Kesebelas, Pak Lah mungkin tahu bahawa MP UMNO/BN dari Sabah dan Sarawak sedang menunggu masa sesuai untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan selewat-lewatnya September depan, seperti yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.

Keduabelas, Pak Lah sedar sudah ada usaha mencari titi persefahaman antara PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini dalam isu mempertahankan ketuanan Melayu dan Islam dalam kepimpinan Negara.

Terakhir, Pak Lah tidak sanggup untuk memikul cabaran global terutama dalam isu ekonomi yang secara langsung memberi kesan kepada taraf kehidupan rakyat Malaysia serta memalitkan imej buruk dalam pentadbiran di bawah kekuasaannya. Lebih buruk, Pak Lah akan dicop sebagai PM paling lemah di antara senarai PM yang sebelumnya. Sebelum nasi menjadi bubur, Pak Lah perlu membuat sesuatu supaya namanya sebagai keturunan ulamak tidak dipandang hina dan jijik oleh rakyat Malaysia.

Walaupun Pak Lah telah mengumumkan hasratnya melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2010 akan datang, di sambut dengan hati terbuka, hormat dan gembira oleh ahli-ahli UMNO yang mahu beliau berbuat demikian, percayalah orang yang paling bergembira ialah rakyat, khususnya penyokong Pakatan Rakyat kerana telah bersungguh-sungguh mendesak beliau meletak jawatan sejak dulu lagi dan dibuktikan melalui kertas undi dalam PRU 12 lalu.

Oleh itu, laluan untuk Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia sebenarnya belum pasti lagi, sebab seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan di peringkat persekutuan akan di bentuk pada bulan September depan.

PEMBELA akan tetap berjuang dan mendukong aspirasi rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang adil, sejahtera dan tidak rasuah di negara Malaysia yang tercinta ini.

NAZRI MENTERI MULUT CELUPAR

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – PEMBELA terkilan dengan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz yang berkata, para wartawan yang datang Parlimen boleh berpakaian apa saja termasuk seluar jeans kecuali memakai seluar dalam dan baju dalam.

Ketua Penerangan PEMBELA, Asri Baharom membidas sikap Menteri berkenaan yang disifatkan tidak profesional ketika menjelas tentang etika berpakaian apabila seseorang memasuki dewan persidangan.

“Penjelasan Nazri di sidang media di Lobi Parlimen hari ini tentang kod etika berpakaian memperlihatkan kerendahan pemikirannya, sekaligus cuba memandang rendah kepada golongan wartawan yang berperanan membuat liputan semasa persidangan Dewan Rakyat”, uajrnya.
Kenyataan Nazri tersebut, ekoran isu pemakaian skirt oleh seorang wartawan akhbar Cina yang ditegur pihak keselamatan Parlimen semalam, dibangkitkan dalam Dewan Rakyat oleh Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), hari ini.

Memetik kata-kata Nazri yang dilaporkan oleh Harakahdaily (10 Julai) bahawa, "Yang menahan orang dan menentukan sama ada boleh atau tidak bukan kerja mereka. Tak ada masalah, pakai apa pun... tolong... jangan pakai baju dalam dan seluar dalam saja, kerana dewan ini banyak benda lain kita nak bincang,".

Nazri juga berkata, "Ahli parlimen pakai tinggi (singkat) juga tak masalah pun. Kalau tak boleh kawal jangan 'double standard', semua jangan kawal... MP boleh telanjang, masuk tak apa, dia orang (wartawan) datang tak boleh. Ini saya tak boleh terima,".

Asri mempersoal, “tidak bolehkah Nazri memberi jawapan yang lebih baik, sehingga terpaksa merujuk pakai baju dalam dan seluar dalam kepada wartawan”.

Inilah budaya dan bentuk pemikiran pemimpin UMNO yang ‘terbiasa’ memberi jawapan yang tidak berkualiti dan mengandungi nilai-nilai yang boleh mendidik rakyat”, ujarnya Asri lagi.

Nazri mesti sedar bahawa, kata-katanya merupakan jawapan seorang Menteri, bukannya jawapan seorang individu yang tidak berpendidikan atau bertamadun kerana kata-katanya akan dinilai oleh rakyat serta masyarakat.
Sehubungan itu, PEMBELA meminta supaya Nazri menarik balik kata-katanya yang bersifat menghina dan memperbodoh-bodohkan wartawan di negara ini.

PEMBELA TUBUH MAJLIS PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA (MAPUM)

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – PEMBELA bersetuju mengerakkan usaha membangunkan ekonomi dikalangan belia yang akan dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan Muda Pembela (MAPUM) yang akan memulakan operasinya pada 15 Ogos depan.

Majlis MAPUM akan dianggotai oleh Majlis Lembaga Pengarah (MLP MAPUM) yang terdiri saudara Ir. Mohd Jamal Nasir dilantik sebagai Pengarah, Basir Hj. Ismail, Timbalan Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah iaitu Idris Hassan, Zailani Lehem, Hashim Abdul Rashid, Tuan Hj. Taib Abdul Rahman, Norman Toha, Dr. Yahya Alias, Muslim Daud, Saad Kasim dan Zabedi Usop

Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail, MAPUM akan berfungsi sebagai badan yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti ekonomi berskala kecil melibatkan golongan belia, di samping menumpukan kepada pembangunan modal insan yang mempunyai minda niaga”.

Basir berkata, “MAPUM dipertanggungjawabkan memastikan segala objektif dan falsafah kewujudannya berjalan dengan baik, di samping memulakan aktiviti pada Ogos depan.

Aktiviti teras MAPUM ialah, pertama, berusaha memberi kesedaran dan menyuntik semangat berniaga dikalangan kumpulan sasaran melalui kursus dan seminar “Minda Berniaga” yang akan diadakan pada bulan Ogos depan, kedua, menyediakan peluang perniagaan melalui program “Mentor – Mente”, ketiga, bantuan khidmat nasihat (konsultansi) secara percuma kepada golongan belia yang ingin memulakan perniagaan dan keempat, bantuan modal niaga kepada belia yang ingin menceburi bidang perniagaan yang berpotensi.

Jika tidak berhalangan, MAPUM akan berkerjasama dengan Koperasi Masyarakat Muslim Thailand yang berpengkalan di Bangkok, Thailand akan menganjurkan program lawatan sambil belajar kepada belia-belia yang berminat dalam industri pembuatan makanan, kraf tangan dan pertanian rumah hijau berasaskan bioteknologi pada bulan Disember depan.

Di samping, MAPUM juga telah mengadakan beberapa usahasama dengan agensi-agensi tertentu untuk menganjurkan program seminar dan kursus-kursus perniagaan yang akan dijalankan nanti.

“Modal permulaannya, PEMBELA telah mendapat persetujuan pembiayaan sejumlah RM 68 ribu daripada dua orang anggota PEMBELA sendiri untuk membangunkan usahawan di kalangan golongan belia yang berminat, ujarnya.

Basir menambah, “walaupun peruntukan dana kepada MAPUM tidak sebesar mana, namun sebagi permulaan ianya telah mencukupi kerana MAPUM tidak hanya tertumpu kepada pemberian modal niaga kepada golongan belia, sebaliknya menjuruskan kepada usaha membangunkan modal insan”.

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU - PEMBELA akan menganjurkan program karnival rakyat bersempena sambutan Jubli Emas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Tuanku Al-haj Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah memerintah selama 5o tahun negeri Kedah Darul Aman dalam suasana aman, damai dan sejahtera.

Menurut Idris Hassan, Penolong Setiausaha Agung Pembela bahawa, "Karnival Rakyat ini adalah antara beberapa aktiviti mega oleh PEMBELA pada tahun ini, melibatkan rakyat dan masyarakat".

Kata Idris, "kita mengharapkan program karnival ini dapat menyatupadukan rakyat dan masyarakat dalam negeri Kedah sebagai tanda kasih sayang kepada Yang Mulia Tuanku Sulatan Kedah yang telah memerintah negeri ini dengan aman, damai dan sejahtera sejak dulu lagi".

"Pihak PEMBELA juga merakamkan penghargaan kepada pihak pemilik dan pengurusan Jitra Mall yang sudi memberi sokongan kepada PEMBELA menjayakan program tersebut di dalam ruangan (lobi) bangunan Jitra Mall tanpa dikenakan sebarang bayaran", ujarnya.

Pelbagai acara telah disusun oleh PEMBELA seperti Ceramah Skor A (UPSR dan PMR), Ceramah Kerjaya - Peluang Menjadi Pilot, Ceramah dan Kempen Keselamatan dengan pihak Polis Daerah Kubang Pasu, Pertandingan Melukis Kanak-Kanak Pra Sekolah, Persembahan Nasyid dan Hiburan Islam oleh kumpulan Al-Marwadhah serta sukan rakyat iaitu Makan Telur Rebus dan Pertandingan Teh Tarik.

Acara kemuncak pada hari tersebut ialah kehadiran Jawatankuasa Book's of Record Malaysia untuk menilai dan mengiktiraf projek "Kueh Tepung Talam Ubi Terpanjang dan Besar di Malaysia. Tepung Talam Ubi yang diberi nama Tepung Talam Ubi PEMBELA tersebut akan disediakan oleh 25 orang dengan bahan mentah antaranya 300 kg ubi kayu, 300 biji kelapa dan lain-lain.

Idris menambah, "program karnival ini juga merupakan aktiviti mempromosi serta mendekatkan PEMBELA dengan masyarakat dalam daerah Kubang Pasu khususnya serta pengunjung-pungunjung yang hadir pada hari berkenaan.
Program ini diadakan secara terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah dan orang ramai.

PEMBELA SOKONG KENYATAAN PRESIDEN PAS

OLEH : Pembelawaja


KUBANG PASU – Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bersetuju dengan pandangan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Hj.Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju tindakan Protes menganjurkan program bantahan kenaikan harga minyak (petrol dan diesel) di dalam tempat tertutup.

Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidak memberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej.

Menurut Mohd Jamal bahawa, “PEMBELA beranggapan program membantah kenaikan harga bahan api oleh Protes adalah gagal dan lari pada tujuan asal”.

Sebagai contoh katanya ialah kejadian persembahan kumpulan Carburater Dung (rock punk) yang telah mencetuskan insenden kemarahan penonton yang membuat persembahan secara liar, lucah dan ganas, sekaligus membelakangkan nilai-nilai agama, budaya dan bangsa Malaysia.
“Amat malang sekali, apabila pihak penganjur hanya mementingkan persembahan tanpa memikirkan kesannya kepada penonton dan para hadiran yang datang dari seluruh negara” ujarnya .

Mohd Jamal menambah, “Bagi PEMBELA, tindakan penganjur menyelitkan hiburan liar, ganas dan lucah tersebut amat diragui dan dikutuk dengan sekeras-kerasnya kerana ia amat bertentangan dengan selera majority rakyat yang menolak hiburan yang bersifat non-Islamik tersebut.

Oleh itu, PEMBELA mengharap supaya di masa depan pihak penganjur lebih berhati-hati dan mengutamakan matlamat yang perlu dicapai dari memikirkan acara-acara sampingan yang tidak berfeadah dan dikutuk oleh Allah SWT.

'Himpunan Protes Sejuta Rakyat' yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya, Ahad (6 Julai) lalu telah mendapat kecaman oleh banyak pihak termasuk pemimpin parti politik, NGO dan ulamak tanah air.

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) pagi semalam (7 Julai) telah menyerah Surat Rayuan oleh Badan Bertindak Rayuan Pekerja-Pekerja Majlis Daerah Kubang Pasu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Hj. Taulan Rasul, di pejabat di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Menurut, Muslim Daud, Pegawai Perhubungan Awam PEMBELA, surat rayuan tersebut telah diserahkan oleh Setaiusaha Agung Pembela, saudara Basir Hj. Ismail kepada YB Hj. Taulan Rasul pada jam 11.30 pagi dipejabatanya Wisma Darul Aman”.

Dalam pertemuan tersebut, Basir minta pihak kerajaan Negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat lebih peka tentang kebajikan para pekerja, khususnya di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBR) di daerah-daerah seluruh negeri Kedah.

Muslim menjelaskan, “kehadiran Pembela disambut dengan mesra oleh pegawai dan Exco dan perbincangan menjurus kepada isu kakitangan MDKP telah diberi keutamaan oleh Exco berkenaan”.

Surat Rayuan tersebut adalah rangkuman aduan-aduan oleh pekerja MDKP, ekoran tindakan Majlis Daerah Kubang Pasu mengeluarkan ‘Notis Tamat Perkhidmatan” dan surat “Tawaran Lantikan Jawatan Pekerja Awam –R1 (Sambilan) kepada pekerja baru-baru ini.

Seramai 24 orang pekerja terlibat dalam surat rayuan tersebut yang ditandatangani oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Badan Bertindak Rayuan Pekerja-Pekerja MDKP mewakili seluruh pekerja terlibat.

PEMBELA KUTUK PERSEMBAHAN HIBURAN LIAR DALAM PROGRAM PROTES

Gambar ...Penyanyi Kumpulan Carburetor Dung Membuat Persembahan
dalam progam Himpunan Protes Membantah Kenaikan Harga Minyak

OLEH : Pembelawaja

BERITA TERBARU – Tindakan vokalis kumpulan Carburetor Dung yang menjilat-jilat dan menunjukkan punggungnya sehingga ternampak seluar dalam kepada penonton yang hadir dalam perhimpunan Protes semalam (5 Julai), di Stadium Kelana Jaya merupakan persembahan yang amat keterlaluan dan memalukan.

Memetik laporan media arus perdana bahawa, kejadian ini berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Berhubung dengan persembahan yang disifatkan sebagai hiburan liar, lucah dan mengaibkan tersebut, PEMBELA ingin merakamkan rasa kecewa dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya persembahan liar oleh vokalis kumpulan Carburetor Dung dan meminta pihak penganjur bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj Ismail mempersoalkan pihak penganjur yang tidak peka terhadap sensitiviti agama, budaya dan bangsa di negara ini yang majoritinya beragama Islam, sehingga menjemput kumpulan rock punk membuat persembahan dalam perhimpunan tersebut”.

“Mengapa hiburan yang bersifat liar, lucah dan ganas ini dibiarkan berlaku dalam satu program yang bertujuan untuk memprotes kenaikan harga minyak petrol dan diesel”, ujarnya.

Soalnya lagi, “Apakah kewajaran pihak penganjur sehingga terpaksa mengadakan persembahan hiburan dalam himpunan yang bertujuan untuk memprotes kenaikan harga minyak yang menjadi isu rakyat di negara ini”.

Beliau menambah, “kedatangan orang ramai dari seluruh negara bukan kerana nak tengok konsert yang bersifat liar, lucah dan ganas, sebaliknya untuk menyatakan bantahan kepada pihak kerajaan UMNO/BN yang telah menaikkan harga bahan api (petrol dan diesel) sejak 4 Jun lalu”.

Oleh itu, PEMBELA rasa amat kecewa dengan sikap pihak penganjur yang tidak peka dengan kehendak masyarakat, sekaligus mencetuskan rasa curiga rakyat tentang kesungguhan parti-parrti politik dalam Pakatan Rakyat untuk mencegah budaya hiburan liar, lucah dan ganas jika diberi peluang berkuasa nanti.

Namun, PEMBELA memuji tindakan berani penonton naik ke pentas menghalang persembahan liar penyanyi berkenaan dan mengecam tindakan penonton yang membaling batu-bata dan botol minuman kepada penonton yang cuba memberhentikan persembahan tersebut.

Basir menambah, “pihak Protes jangan mengalihkan isu ini dengan menuduh bahawa ia adalah tindakan provokasi pihak-pihak tertentu, mereka seharusnya bertanggubjawab dan menginsafi bahawa hiburan liar adalah bertentangan dengan tuntutan ajaran Islam serta dimurkai oleh Allah SWT”.

Caburetor Dung merupakan kumpulan punk rock, ditubuhkan pada 1991 di Kuala Lumpur. Kumpulan ini diasaskan oleh pemain bes Fendi dengan nama stormfish, kemudian namanya di tukar kepada Carburetor Dung apabila Joe Kidd menyertai kumpulan tersebut.

“PEMBELA akan menghantar surat kepada Protes dalam masa terdekat supaya pihak yang berkenaan boleh menjelaskan kepada rakyat, kewajaran mereka menjemput kumpulan rock punk membuat persembahan”, tegasnya lagi.

Sehubungan itu, PEMBELA ingin menyeru kepada rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian serta budaya dan hiburan sihat supaya mengutuk pihak penganjur (Protes) serta memulaukan kumpulan ini.


OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Di bawah Kanun Keseksaan iaitu mana-mana entiti mengikrarkan sesuatu deklarasi yang tidak betul atau palsu, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Tuduhan tersebut mengikut Seksyen 191 sehingga Seksyen 200 iaitu pelbagai kepalsuan dibuat dalam deklarasi.

Ini kerana, Akuan Bersumpah merupakan dokumen serius yang tertakluk di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960, Malaysia iaitu sama dengan keterangan saksi yang di buat di mana-mana Mahkamah Malaysia dan jika di buat dalam keterangan kes yang sedang berjalan, ia berkenaan keseriusan hukuman yang boleh di ambil tindakan terhadap pemberi Akuan Bersumpah.

Merujuk kepada aduan polis oleh Basir Hj. Ismail, di ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada 4 Julai lalu, berhubung dengan Akuan Bersumpah 2 yang dibuat oleh P.Balasubramaniam melalui peguamnya M.Arulampalam, pada sidang media di lobi Hotel Prince, Kuala Lumpur (rujuk laporan Mingguan Malaysia, Ahad 6 Julai 2008) bahawa, P.Balasubramaniam telah menarik balik Akuan Bersumpah 1 yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Akuan Bersumpah 2.

Jika di buat perbandingan antara kedua-dua Akuan Bersumpah tersebut, jelas terdapat percanggahan di antara satu sama lain dan pihak polis perlu menjalankan siasatan.

Tindakan P.Balasubramaniam tersebut seolah-olah suatu percubaan berbohong kepada rakyat Malaysia serta juga bermain-main dengan undang-undang yang menjadi teras menegakkan keadilan di negara ini.

Memetik kenyataan Peguam Datuk Muhammad Shafie Abdullah bahawa, sesiapa juga boleh disiasat dan dituduh di bawah Kanun Keseksaan jika mengikrarkan sesuatu deklarasi yang tidak betul dan palsu.

Basir berkata, “Bila adanya laporan, pihak polis membuat penyiasatan dan rakyat Malaysia akan mengetahui motif sebenar disebalik kewujudan kedua-dua Akuan Bersumpah tersebut”.

“Jika terdapat unsur-unsur yang bersifat ‘prejuri’, pihak polis atau Peguam Negara boleh membuat keputusan mendakwanya, sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan bermain dengan undang-undang yang menjadi teras menegakkan keadilan di Negara ini, ujarnya lagi.

BUKIT AMAN PANGGIL BASIR BANTU SIASATAN KES AKUAN BERSUMPAH 2

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU - Pada petang Sabtu (5 Julai) lalu, sekitar jam 6.30 petang, satu laporan polis telah di buat oleh saudara Basir Hj. Ismail, 42, berhubung Akuan Bersumpah 2, P.Balasubramaniam seperti yang disiarkan oleh media arus perdana dan eletronik di negara ini.

Maklumat diperolehi oleh blog pembelawaja, Basir dipanggil beri keterangan lanjutan kepada Bukit Aman samada petang atau pagi esok untuk tindakan siasatan lanjutan.

Basir yang dihubungi berkata, "Menjadi harapan kepadanya bahawa pihak polis dapat menjalankan siasatan kerana perkara berkaitan Akuan Bersumpah bukan boleh dimain-mainkan oleh sesiapa untuk kepentingan diri atau pihak tertentu".

"Akuan Bersumpah tertakluk di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960, kerana ia merupakan dokumen yang serius dan serupa dengan keterangan oleh saksi di mana-mana Mahkamah Malaysia dan sah dari sisi undang-undang".

Laporan polis oleh Basir, di buat atas dasar tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang mendukung keluhuran undang-undang sebagai mekanisme menegakkan keadilan di negara ini.

Basir menambah lagi, walaupun isu Akuan Bersumpah oleh P. Balasubramaniam ada kaitan dengan isu politik seperti yang diketahui umum, namun tujuan laporan adalah menjurus kepada soal Akta Akuan Bersumpah yang di buat olehnya pada 3 Julai 2008 (Akuan Bersumpah 1) dan 4 Julai 2008 (Akuan Bersumpah 2 yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam sahaja.

"Usaha membuat laporan polis adalah semata-mata supaya suatu siasatan boleh di buat ke atas P.Balasubramaniam tersebut.

Bagi Basir, tindakan P.Balasubramaniam mendedahkan Akuan Bersumpah 1 dan Akuan Bersumpah 2, seolah-olah suatu percubaan berbohong kepada rakyat Malaysia dengan kandungan-kandungan yang dinyatakan dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tersebut.

Katanya lagi, “apakah tujuan sebenarnya P.Balasubramaniam ini yang suka-suka membuat Akuan Bersumpah”.

Sehubungan itu, jika tindakan P.Balasubramaniam sabit dengan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia maka suatu tindakan boleh di ambil ke atasnya, sekaligus boleh menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya menghormati undang-undang di negara ini.

LAPORAN POLIS KE ATAS P.BALASUBRAMANIAM

Gambar, Basir Menunjukkan Laporan Polis Yang Di Buat Olehnya
di Ibu Pejabat Polis, Daerah Kubang Pasu
OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU - Suatu laporan polis terhdap P.Balasubramaniam telah di buat berhubung isu Akuan Bersumpah 2 yang dihebohkan dalam media eletronik dan media arus perdana pada 4 Julai (Jumaat) lalu.

Laporan polis telah di buat oleh saudara Basir Hj. Ismail, juga merupakan Setiausaha Agung PEMBELA, telah hadir di ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada jam 6.30 petang bersama-sama Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA.

Menurutnya (Basir) bahawa, "laporan polis di buat berhubung tindakan oleh P. Balasubramaniam yang dilihat seolah-olah cuba berbohong kepada rakyat Malaysia tentang akuan bersumpah 2 pada 4 Julai (Jumaat) yang di buatnya dalam tempoh 24 jam setelah mendedahkan akuan bersumpah 1 pada 3 Julai (Khamis) dalam sidang medianya di ibu pejabat Parti KeAdilan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh media Malaysia".

Beliau menambah, " Akuan Bersumpah adalah tertakluk di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 yang merupakan suatu dokumen yang amat serius dan menyamai keterangan yang di buat oleh saksi secara bersumpah di Mahkamah Malaysia dan ia di terima sebagai keterangan saksi".

"Keterangan Akuan Bersumpah 2 oleh P. Balasubramaniam yang di buat dalam tempoh masa 24 jam selepas pendedahan Akuan Bersumpah 1, merupakan suatu tindakan yang cuba mempermain-mainkan undang-undang negara Malaysia yang menjadi teras kepada kehidupan rakyat" tegasnya.

Berdasarkan kepada Akta Akuan Bersumpah 1960, Malaysia, P. Balasubramaniam merupakan individu yang seolah-olah cuba menipu (perjuri), kerana Akuan Bersumpah 2 yang di buat olehnya telah memadam segala tuduhan terhadap Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.

Di samping, Basir beranggapan bahawa P.Balasubaramanim juga telah menjalankan secara langsung dan tidak langsung tindakan yang bersifat provakatif yang boleh menimbulkan ketegangan politik dan kaum di Malaysia, kerana ia menyentuh secara langsung peribadi kepimpinan tertinggi sebuah parti politik.

Tindakan membuat laporan polis adalah bertujuan untuk meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas P.Balasubramanim, sekaligus ingin mengingatkan rakyat di negara ini supaya jangan mempermainkan undang-undang yang merupakan sebahagian elemen penting menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian rakyat.

PEMBELA, BANTU RINGGANKAN BEBANAN ASMAROWATI

Gambar kelihatan Mohd Jamal Nasir, Presiden PEMBELA
menyerahkan bantuan kepada Asmarowati Abdullah
KUBANG PASU – Program BersamaMu PEMBELA yang diadakan dengan kerjasama Harian Metro dan Berita Harian telah membuat kunjungan ke rumah keluarga Asmarowati Abdullah, 38, di Kg. Jelai, Pendang dalam suasana sayu dan penuh kehibaan.

Tinjauan PEMBELA mendapati wanita tersebut mempunyai empat orang cahayamata iaitu Nurufirazati (8 Tahun), Amira Natasha (6 Tahun), Aidil Fazuan (2 Tahun) dan Aidil Najmi (9 bulan) yang menumpang di rumah usang kedua ibubapanya, Abdullah Hj Ahmad (77 Tahun ) dan Rokiah Kamis (66 Tahun), sejak sebelum mendirikan rumahtangga lagi.

Asmarowati yang telah kematian suami beberapa tahun lalu tidak melakukan sebarang pekerjaan dan sumber pendapatan terpaksa menanggung keempat-empat orang anak yang masih kecil, di samping menjaga bapanya yang mengidap penyakit kencing manis.

Sara hidup keluarga ini ditanggung oleh adik (Asmarowati) yang berkerja sebagai penjaja kecilan di sekitar Pekan Pendang.

Menurut bapa Asmarowati bahawa, anak dan cucu yang tinggal bersamanya tidak pernah menerima sebarang bantuan kecuali menerima bantuan yuran persekolahan anaknya oleh Pejabat Zakat Negeri Kedah awal tahun ini.

Di samping penderitaan hidup yang sekian lama, anak bongsunya Aidil Najmi berumur 9 tahun, belum lagi mendaftar di Pejabat Pendaftaran Negara kerana kematian suaminya.

Menurut Mohd Jamal, Presiden PEMBELA yang mengetuai program BersamaMu PEMBELA bahawa, “masalah pendaftaran adik Aidil Najmi akan dirujuk kepada pihak berkaitan, bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi”.

Penderitaan keluarga ini telah mendapat perhatian PEMBELA yang diwakili oleh Presidennya, Ir. Mohd Jamal Nasir, Naib Presiden 1, Che Halim Ismail serta Ahli Majlis Eksekutif (AME) PEMBELA iaitu Muslim Daud, Kaman Jaapar, Saad Kasim, Abd Ghani Shafie, Aziz Abdul Rahman dan Mokhtar Shafie.

Di program tersebut, PEMBELA telah menghulurkan bantuan berupa barangan dapur, hamper dan wang tunai sebagai tanda simpati meringgan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.

Sehubungan itu, Mohd Nasir, menyeru kepada seluruh anggota Sukarelawan PEMBELA yang bersimpati dengan keluarga ini supaya menghulurkan bantuan melalui akaun bank – 701008025774 (Agro Bank) atas nama Asmarowati Abdullah.

BERSAMAMU PEMBELA, DI KG. JELAI, PENDANG

Oleh : Pembelawaja

KUBANG PASU – Program BersamaMu PEMBELA yang diadakan dengan kerjasama Harian Metro dan Berita Harian telah membuat kunjungan ke rumah keluarga di Kg. Jelai, Pendang pada pagi ini.

Dalam program hari ini, PEMBELA diwakili oleh Presiden, Ir. Mohd Jamal Nasir, Naib Presiden 1, Che Halim Ismail serta Ahli Majlis Eksekutif (AME) PEMBELA iaitu Muslim Daud, Kaman Jaapar, Saad Kasim, Abd Ghani Shafie, Aziz Abdul Rahman dan Mokhtar Shafie.

Menurut Che Halim, “program BersamaMu PEMBELA pada hari adalah rentetan laporan oleh Harian Metro bulan lepas tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebuah keluarga yang menetap di Kg. Jelai, Pendang yang memerlukan bantuan masyarakat”.

“Walaupun bantuan yang PEMBELA berikan tidak sebesar mana, namun ia di buat atas dasar keprihatinan serta menghidupkan kembali gerak kerja kebajikan oleh golongan berada kepada golongan susah”, ujarnya lagi.

Che Halim menambah, “PEMBELA telah mendapat persetujuan dari beberapa individu dikalangan korporat yang bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan memerlukan bantuan melalui PEMBELA”.

Di program tersebut, Presiden PEMBELA mewakili AME yang hadir telah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur, hamper dan wang tunai untuk meringgankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan

Saiful Bukhari Bukan Pembantu Khas Anwar Ibrahim

KAWAD, ALTERNATIF RIADAH UNTUK MUDA-MUDI

Latihan berkawad Skuad Pembelawan dan Skuad Pembelawati diadakan
yang diadakan di kaki bukit Suasana Indah, Darulaman.

LATIHAN BERKAWAD SUKARELAWAN PEMBELA

OLEH : Pembelawaja

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan mengadakan latihan berkawad Sukarelawan yang terdiri Skuad Pembelawan dan Skuad Pembelawati pada hari Jumaat (4 Julai).

Para Sukarelawan yang terlibat diminta berkumpul di Taman Tasik Darulaman, jam 7.45 pagi.Semua peserta diwajibkan memakai Uniform atau T-Shirt serta kasut bertali.

Menurut, Ketua Jurulatih dan Sumber Manusia, Md Saad Kasim bahawa, "latihan berkawad ini diadakan bertujuan untuk mempersiapkan para Sukarelawan dengan disiplin dan semangat patriotik, di samping sebagai persediaan untuk menyertai pasukan berkawad di sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah pada bulan Ogos depan".

"Berkawad merupakan latihan wajib yang perlu diikuti oleh Skuad Pembelawan dan Skuad Pembelawati supaya mereka memiliki tahap kecergasan yang optima untuk menjalankan kerja-kerja Sukarelawan bila diperlukan", ujarnya.

Individu yang berminat mengikuti latihan berkawad ini, sila hubungi di nombor 012-430 7197.


ISU KAKITANGAN MDKP DIBERIKAN NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN

Oleh : Pembelawaja

KUBANG PASU – Perjumpaan PEMBELA dengan kakitangan Majlis Daerah Kubang Pasu yang diadakan malam (2 Julai) bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Rayuan Kakitangan Awam MDKP.


Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh Naib Presiden 2, Ooi Jin Taik, Setiausaha Agung, Basir Hj. Ismail serta Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA yang lain dan kakitangan awam MDKP.

Menurut Basir Hj. Ismail, “perjumpaan diadakan ekoran aduan di terima oleh PEMBELA tentang tindakan Majlis Daerah Kubang Pasu mengeluarkan ‘Notis Tamat Perkhidmatan” dan surat “Tawaran Lantikan Jawatan Pekerja Awam –R1 (Sambilan) kepada pekerja baru-baru ini”.

Maklumat diperolehi ialah notis penamatan tersebut dikeluarkan oleh MDKP kepada pekerja berstatus ‘kontrak’ yang telah berkhidmat sejak 7 tahun lalu.

Katanya lagi, “keseluruhan kakitangan awam yang hadir dalam perjumpaan yang diadakan, melahirkan rasa kekecewaan mereka kepada pihak pentadbiran dan pengurusan MDKP yang mengeluarkan notis tersebut tanpa memberikan sebarang alasan dan mengadakan perundingan dengan mereka”.

Hasil perjumpaan tersebut, seluruh kakitangan MDKP telah bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Rayuan Kakitangan MDKP sebagai mekanisme mewakili pekerja-pekerja membuat rayuan dan tindakan menuntut hak-hak pekerja kepada pihak yang berwajib.

Basir menambah, “tindakan MDKP memberi notis tamat perkhidmatan pekerja secara kontrak (sebelumnya) dan menawar pula jawatan sebagai pekerja awam (sambilan) menimbulkan banyak persoalan serta mengambarkan pihak pentadbiran PBT Kubang Pasu tidak peka dengan tuntutan pekerja”.

“Lebih mendukacita lagi ialah tawaran sebagai pekerja awam sambilan tersebut, bukan menambah kebaikan, sebaliknya merugikan pekerja yang rata-rata telah berkhidmat melebihi 7 tahun”, ujarnya lagi.

Sebagai contohnya, mereka mendakwa bahawa, sebagai pekerja kontrak pendapatan mereka memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM 1022.00, termasuk dengan kemudahan-kemudahan lain seperti cuti sakit dan pinjaman perumahan. Sebaliknya, jika mereka menerima tawaran sebagai pekerja sambilan, bukan sahaja gaji di bayar mengikut harian bekerja, malah jika dihitung pendapatan yang diperolehi jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan sebelumnya.

“Berdasarkan kepada fakta, PEMBELA merasakan bahawa pekerja MDKP ini telah diinayai dan akan berusaha sedaya upaya untuk memperjuangkan hak mereka, walaupun terpaksa mengikut saluran undang-undang”, tegas Basir lagi.
Pekerja-pekerja yang terlibat dengan notis tamat perkhidmatan dan surat tawaran sebagai pekerja awam (sambilan) di beri tempoh masa selewat-lewatnya pada 10 Julai ini (14 hari) untuk menandatangani surat persetujuan menerima jawatan tersebut.
Jika mereka gagal untuk mengembalikan surat tawaran, dianggap tidak berminat untuk terus berkhidmat dengan MDKP lagi.

Kronologi Isu Pekerja MDKP
:-

Tahun 2000 - Diterima berkhidmat sebagai pekerja sambilan MDKP
Tahun 2007 - Diserap masuk sebagai pekerja kontrak
27 Mei 2008 - Menerima Notis Tamat Perkhidmatan
26 Jun 2008 - Tawaran Jawatan Pekerja Awam - R1 (Sambilan)
30 Jun 2008 - Pekerja terlibat buat aduan kepada PEMBELA
2 Julai 2008 - PEMBELA mengadakan perjumpaan dengan pekerja-pekerja MDKP yang
dihadiri seramai 22 orang dan bersetuju tubuhkan Badan Bertindak Rayuan
Pekerja-Pekerja MDKP untuk membuat rayuan kepada Kerajaan Kedah

SUKARELAWAN DI MINTA BANTU KESAN PERAGUT

Oleh : Pembelawaja

TERKINI - Seorang gadis bernama Nuraimah Sulaiman, 22, telah diragut oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal berhadapan Kuil Hindu, Jalan Anak Bukit.
Kejadian tersebut berlaku antara jam 1.00 tengahari ketika gadis (Imah) dalam perjalanan ke tempat kerjanya yang terletak di Bandar Darulaman.
Berikutan kejadian tersebut, gadis berkenaan telah datang ke pejabat PEMBELA yang terletak di Bandar Darualaman membuat aduan dan minta portolongan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Ismail telah mengarahkan anggota Sukarelawan PEMBELA membawa mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu, Jitra.
Kedatangannya ke pejabat PEMBELA adalah untuk memohon bantuan mengesan peragut tersebut yang menunggang motorsikal nombor pendaftaran KBA 5074.
Menurut Nuraimah, "kejadian ragut itu berlaku dalam sekelip mata, ketika ia sebagai pembonceng motorsikal dihampiri oleh dua lelaki yang tidak dikenali, juga menaiki motorsikal lalu meragut beg tangannya yang diletak di atas riba".
Bagaimanapun, mereka cuba mengejar peragut tersebut tetapi gagal kerana peragut tersebut menghilangkan diri melalui jalan kampung Titi Gajah.
Nuraimah berkata, "peragut telah berjaya melarikan beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM 200.00, dokumen peribadi seperti Kad Pengenalan, Kad Bank dan sebuah handphone.
Sehubungan itu, Basir meminta anggota Sukarelawan PEMBELA yang mengenali atau mengetahui identiti peragut berkenaan, segera melaporkan kepada pihak polis untuk di ambil tibdakan segera.
Kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepadanya.