Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

SAMPAH..SAMPAH..SAMPAH..BERSEPAH DI SEKITAR JITRA DAN BANDAR DARULAMAN

OLEH :Pembelawaja

KUBANG PASU – Aduan orang ramai berhubung isu sampah kepada PEMBELA beberapa hari lalu telah mendapat perhatian Setaiusaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail dengan membuat tinjauan pada pagi ini bermula jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 pagi di beberapa kawasan di sekitar Jitra dan Bandar Darulaman.

Tinjauan pagi pagi ini mendapati memang rungutan dan aduan orang ramai berhubung sampah di sekitar Jitra dan Bandar Darulaman sejak kebelakangan ini benar, sekaligus memperlihatkan tahap pengurusan dan pentadbiran sampah oleh Majlis Daerah Kubang Pasu sangat mendukacitakan dam memalukan.

Menurut Basir, “keaadan sampah di beberapa tempat yang sempat ditinjau oleh PEMBELA amat mengejutkan kerana ia telah terbiar kadangkala sehingga 2 minggu, mengikut maklumat yang disampaikan oleh penduduk”.

“Lihatlah gambar-gambar yang PEMBELA rakam pada pagi ini, sampah, longkang, parit dan jalan-jalan yang diletakkan tong sampah MDKP bersepah dengan sampah-sampah, seolah-olah Majlis Daerah Kubang Pasu tidak mempunyai tenaga pekerja dan pihak pengurusan serta kewangan yang telah bangkrap”, ujarnya.

Beliau mempersoal, “apakah pihak Majlis Daerah Kubang Pasu tidak merasakan bahawa sampah merupakan suatu isu penting kepada rakyat kerana bukan sahaja merosakkan pemandangan sekeliling, malah ia menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit wabak yang akan menyusahkan rakyat, di samping mengeluarkan bau yang amat busuk dan meloyakan”.

Basir menambah, “sampah yang bersepah-sepah di tempat pembuangan sampah yang kami lihat, menggambarkan pihak Majlis Daerah Kubang Pasu seolah-olah tidak peka tentang soal kebersihan dan keselesaan hidup penduduk, lagipun kebersihan menjadi teras dalam ajaran Islam, di samping ia dasar yang ditekan oleh kerajaan Negeri Pakatan Rakyat”.

Oleh itu, Basir mewakili Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA menyelar sikap Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mewakili kerjaan Pakatan Rakyat yang di lihat tidak berfungsi serta melaksanakan tanggungjawab mereka untuk kepentingan rakyat dan kerajaan samada di peringkat tempatan ataupun negeri.

Basir menambah lagi, "Yang DiPertua Daerah Kubang Pasu jangan sibuk hanya untuk meruntuhkan gerai-gerai orang-orang Melayu yang berniaga di pinggir jalan semata-mata mencari rezeki untuk keluarga, sebaliknya membutakan mata melihat sampah yang bersepah di Jitra dan Bandar Darulaman, menutup telinga mendengar keluhan rakyat serta menutup lubang hidung menghidu bau busuk sampah yang dan busuk dan meloyakan penduduk”.
Pada hal, katanya lagi, "Kubang Pasu menjadi tuan rumah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan minggu lalu dan sekarang seluruh negeri sedang bersiap sedia untuk menyambut Jubli Emas, 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah".

Oleh itu, Basir mewakili Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA menyelar sikap Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang mewakili kerjaan Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak berfungsi serta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya untuk kepetingan rakyat dan kerajaan samada di peringkat tempatan ataupun negeri.

Yang DiPertua Daerah Kubang Pasu jangan sibuk hanya untuk meruntuhkan gerai-gerai orang-orang Melayu yang berniaga di pinggir jalan semata-mata, sebaliknya membutakan mata melihat sampah yang bersepah di Jitra dan Bandar Darulaman, menutup telinga mendengar keluhan rakyat serta menutup hibung menghidu bau busuk sampah yang meloyakan penduduk”.

Sehubungan itu, pada jam 3.00 petang nanti PEMBELA akan menghantar Memorandum Mendesak MDKP Melaksanakan Tugas Secara Profesional kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu serta membuat laporan kepada YB. Hj. Taulan Rasul, Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Memorandum tersebut mendesak pihak Majlis Daerah Kubang Pasu segera membuat pembersihan sampah-sampah yang bersepah di seluruh kawasan dalam kawasan Jitra dan Darul Aman dalam tempoh masa 3 hari (72 jam). Sekiranya, tiada tindakan yang di ambil, PEMBELA tidak teragak-agak menggerakkan seluruh rakyat dalam kawasan berkenaan menghadiri satu Perhimpunan Rakyat Di Pekan Jitra – Mendesak Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu meletakkan jawatanya dengan segera.

0 komen:

Catat Ulasan