Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

TEMPOH 3 HARI, MDKP BERHADAPAN PROTES RAKYAT

OLEH : Nash
KUBANG PASU – Pada hari Ahad (13 Julai), PEMBELA telah membuat pemantau sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Pekan Jitra dan Bandar Darulaman hasil dari aduan beberapa orang penduduk.

Dari pemantau yang dijalankan oleh PEMBELA yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Basir Hj. Ismail dan beberapa Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA yang lain, membuat rumusan bahawa sistem pengurusan sampah di beberapa tempat didapati amat mengecewakan kerana ia seolah-olah tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berwajib termasuk dikalangan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang telah dilantik dari parti yang memerintah.

Bagi memastikan isu sampah sarap tidak dipolitik oleh musuh politik kepada kerajaan memerintah serta memastikan rakyat perolehi persekitaran kehidupan yang segar dan sihat, maka pada petang tersebut PEMBELA yang disertai oleh 8 Ahli Majlis Eksekutifnya telah menghantar satu memorandum kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu, bagi mendesak Majlis Daerah Kubang Pasu mengatasi segera kelemahan sistem pemungutan dan pembuang sampah di Pekan Jitra dan Bandar Darulaman.

Menurut Zabedi Usop, Naib Presiden 3 PEMBELA bahawa, “Memorandum mendesak MDKP bertindak mengatasi masalah sampah tersebut di buat adalah kerana untuk memberi teguran dan bukti keseriusan isu sampah yang berlaku sekarang ini”.

Beliau menambah, “kegagalan pihak MDKP menjalankan tugas dengan baik, sebenarnya memebri kesan secara langsung dan tidak langsung kepada imej dan intergriti kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan YAB. Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah”.

“Memorandum tersebut juga menyatakan secara keras bahawa MDKP di beri tempoh masa selama 3 hari iaitu sehingga Rabu ini untuk memastikan segala sampah-sarap yang terbiar di sekitar Pekan Jitra dan Bandar Darulaman diselesaikan sendan sewajarnya ataupun bersedia menghadapi protes rakyat terhadap mereka” ujarnya lagi.

0 komen:

Catat Ulasan