Oleh : Pembelawaja
KUBANG PASU – Usaha Persatuan Muslim Cina Kedah / Perlis membantu seorang saudara baru, Noraida Idris, 33 dan anaknya Melissa Somdat, 5 tahun yang ingin mengikut program pengajian fardhu ain di sebuah pusat pengajian di Sungai Petani telah mendapat sokongan dari PEMBELA.
Hari ini, Pengerusi Persatuan Muslim Cina Kedah/Perlis, encik Ibrahim Lai Abdullah telah berkunjung ke pejabat Setiausaha Agung PEMBELA di Bandar Darulaman bersama wanita dan anak tersebut untuk memohon bantuan kewangan menguruskan pengajian saudara baru tersebut.
Menurut Ibrahim Lai bahawa kedatangan mereka ke pejabat PEMBELA, setelah usaha mendapatkan bantuan dari pihak-pihak lain menemui jalan buntu.
“Saudara baru (Noraida) telah diperkenalkan kepadanya oleh seorang saudara baru yang menjadi ahli kepada Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis yang meminta bantuan untuk menguruskan pengajian fardhu ain wanita dan anaknya di Sungai Petani, ujarnya.
Noraida telah memeluk Islam ketika berumur 12 tahun bersama-sama bapanya iaitu kira-kira 21 tahun lalu dan ketika berumur 25 tahun telah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Siam. Perkahwinan mereka telah dilangsungkan di Songkla, Thailand dan telah mendapatkan seorang cahaya mata (perempuan).
Hasil pertemuan pagi ini, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir telah memberi persetujuan untuk menghulurkan bantuan menguruskan perbelanjaan pengajian Islam kepada wanita dan anaknya