Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA HULURKAN SUMBANGAN PENGAJIAN

Gambar...kelihatan Ustaz Yusof Hj. Ahmad mewakili Presiden PEMBELA, Ir.Mohd Jamal Nasir
menyampaikan sumbangan kepada saudara Nasrun Kasa, Ahli PAS Cawangan Pulau Pisang
di program Usrah Qubra malam kelmarin.
OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Bagi meringgankan beban seorang pelajar di sebuah pusat pengajian awam, PEMBELA telah mengeluarkan bantuan berupa kewangan kepada pelajar berkenaan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Yusof Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Pasu, merangkap Ahli Majlis Derah Kubang Pasu kepada adik Nasrun Kasa juga merupakan seorang ahli PAS di Cawangan Pulau Pisang di program Usrah Qubra yang diadakan di ibu pejabat PEMBELA pada Jumaat kelmarin.

Menurut, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir, “adalah menjadi suatu tanggungjawab bukan sahaja kepada PEMBELA, bahkan seluruh komuniti masyarakat yang berkemampuan supaya meringgankan tangan menghulur bantuan kepada mana-mana individu yang ingin melanjutkan pelajaran”.

Beliau menambah, “menuntut ilmu adalah suatu perkara mulia yang sejajar dengan tuntutan agama Islam kerana ilmu akan mencorakkan pemikiran dan keperibadian seseorang, sekaligus ia adalah asas serta landasan untuk mengguatkan ummah di negara ini, jika ilmu yang dipelajari belum ramai yang menerokai bidang tersebut”.

Sehubungan itu, PEMBELA akan berusaha mengikut kemampuan yang ada untuk memberi sumbangan kepada pihak-pihak yamng memerlukan, supaya mereka yang berkenaan dapat merasakan ada pembelaan, sekaligus memiliki nilai-nilai murni dan prihatin kepada permasalahan yang dihadapi oleh mereka”, ujarnya.
"PEMBELA sedang memikirkan untuk menubuhkan sebuah tabung khas untuk dana pendidikan bagi membantu pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di mana-mana pusat pengajian tinggi awam dan swasta, khususnya dalam bidang-bidang kritikal yang belum diterokai lagi oleg golongan Melayu dan Islam di negara ini" tambahnya lagi.

0 komen:

Catat Ulasan