BERSAMAMU PEMBELA, DI KG. JELAI, PENDANG
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 8:52 PTGKUBANG PASU – Program BersamaMu PEMBELA yang diadakan dengan kerjasama Harian Metro dan Berita Harian telah membuat kunjungan ke rumah keluarga di Kg. Jelai, Pendang pada pagi ini.
Dalam program hari ini, PEMBELA diwakili oleh Presiden, Ir. Mohd Jamal Nasir, Naib Presiden 1, Che Halim Ismail serta Ahli Majlis Eksekutif (AME) PEMBELA iaitu Muslim Daud, Kaman Jaapar, Saad Kasim, Abd Ghani Shafie, Aziz Abdul Rahman dan Mokhtar Shafie.
Menurut Che Halim, “program BersamaMu PEMBELA pada hari adalah rentetan laporan oleh Harian Metro bulan lepas tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebuah keluarga yang menetap di Kg. Jelai, Pendang yang memerlukan bantuan masyarakat”.
“Walaupun bantuan yang PEMBELA berikan tidak sebesar mana, namun ia di buat atas dasar keprihatinan serta menghidupkan kembali gerak kerja kebajikan oleh golongan berada kepada golongan susah”, ujarnya lagi.
Che Halim menambah, “PEMBELA telah mendapat persetujuan dari beberapa individu dikalangan korporat yang bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan memerlukan bantuan melalui PEMBELA”.

Di program tersebut, Presiden PEMBELA mewakili AME yang hadir telah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur, hamper dan wang tunai untuk meringgankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)