Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA, BANTU RINGGANKAN BEBANAN ASMAROWATI

Gambar kelihatan Mohd Jamal Nasir, Presiden PEMBELA
menyerahkan bantuan kepada Asmarowati Abdullah
KUBANG PASU – Program BersamaMu PEMBELA yang diadakan dengan kerjasama Harian Metro dan Berita Harian telah membuat kunjungan ke rumah keluarga Asmarowati Abdullah, 38, di Kg. Jelai, Pendang dalam suasana sayu dan penuh kehibaan.

Tinjauan PEMBELA mendapati wanita tersebut mempunyai empat orang cahayamata iaitu Nurufirazati (8 Tahun), Amira Natasha (6 Tahun), Aidil Fazuan (2 Tahun) dan Aidil Najmi (9 bulan) yang menumpang di rumah usang kedua ibubapanya, Abdullah Hj Ahmad (77 Tahun ) dan Rokiah Kamis (66 Tahun), sejak sebelum mendirikan rumahtangga lagi.

Asmarowati yang telah kematian suami beberapa tahun lalu tidak melakukan sebarang pekerjaan dan sumber pendapatan terpaksa menanggung keempat-empat orang anak yang masih kecil, di samping menjaga bapanya yang mengidap penyakit kencing manis.

Sara hidup keluarga ini ditanggung oleh adik (Asmarowati) yang berkerja sebagai penjaja kecilan di sekitar Pekan Pendang.

Menurut bapa Asmarowati bahawa, anak dan cucu yang tinggal bersamanya tidak pernah menerima sebarang bantuan kecuali menerima bantuan yuran persekolahan anaknya oleh Pejabat Zakat Negeri Kedah awal tahun ini.

Di samping penderitaan hidup yang sekian lama, anak bongsunya Aidil Najmi berumur 9 tahun, belum lagi mendaftar di Pejabat Pendaftaran Negara kerana kematian suaminya.

Menurut Mohd Jamal, Presiden PEMBELA yang mengetuai program BersamaMu PEMBELA bahawa, “masalah pendaftaran adik Aidil Najmi akan dirujuk kepada pihak berkaitan, bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi”.

Penderitaan keluarga ini telah mendapat perhatian PEMBELA yang diwakili oleh Presidennya, Ir. Mohd Jamal Nasir, Naib Presiden 1, Che Halim Ismail serta Ahli Majlis Eksekutif (AME) PEMBELA iaitu Muslim Daud, Kaman Jaapar, Saad Kasim, Abd Ghani Shafie, Aziz Abdul Rahman dan Mokhtar Shafie.

Di program tersebut, PEMBELA telah menghulurkan bantuan berupa barangan dapur, hamper dan wang tunai sebagai tanda simpati meringgan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.

Sehubungan itu, Mohd Nasir, menyeru kepada seluruh anggota Sukarelawan PEMBELA yang bersimpati dengan keluarga ini supaya menghulurkan bantuan melalui akaun bank – 701008025774 (Agro Bank) atas nama Asmarowati Abdullah.

0 komen:

Catat Ulasan