Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

LAPORAN POLIS KE ATAS P.BALASUBRAMANIAM

Gambar, Basir Menunjukkan Laporan Polis Yang Di Buat Olehnya
di Ibu Pejabat Polis, Daerah Kubang Pasu
OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU - Suatu laporan polis terhdap P.Balasubramaniam telah di buat berhubung isu Akuan Bersumpah 2 yang dihebohkan dalam media eletronik dan media arus perdana pada 4 Julai (Jumaat) lalu.

Laporan polis telah di buat oleh saudara Basir Hj. Ismail, juga merupakan Setiausaha Agung PEMBELA, telah hadir di ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada jam 6.30 petang bersama-sama Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA.

Menurutnya (Basir) bahawa, "laporan polis di buat berhubung tindakan oleh P. Balasubramaniam yang dilihat seolah-olah cuba berbohong kepada rakyat Malaysia tentang akuan bersumpah 2 pada 4 Julai (Jumaat) yang di buatnya dalam tempoh 24 jam setelah mendedahkan akuan bersumpah 1 pada 3 Julai (Khamis) dalam sidang medianya di ibu pejabat Parti KeAdilan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh media Malaysia".

Beliau menambah, " Akuan Bersumpah adalah tertakluk di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 yang merupakan suatu dokumen yang amat serius dan menyamai keterangan yang di buat oleh saksi secara bersumpah di Mahkamah Malaysia dan ia di terima sebagai keterangan saksi".

"Keterangan Akuan Bersumpah 2 oleh P. Balasubramaniam yang di buat dalam tempoh masa 24 jam selepas pendedahan Akuan Bersumpah 1, merupakan suatu tindakan yang cuba mempermain-mainkan undang-undang negara Malaysia yang menjadi teras kepada kehidupan rakyat" tegasnya.

Berdasarkan kepada Akta Akuan Bersumpah 1960, Malaysia, P. Balasubramaniam merupakan individu yang seolah-olah cuba menipu (perjuri), kerana Akuan Bersumpah 2 yang di buat olehnya telah memadam segala tuduhan terhadap Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.

Di samping, Basir beranggapan bahawa P.Balasubaramanim juga telah menjalankan secara langsung dan tidak langsung tindakan yang bersifat provakatif yang boleh menimbulkan ketegangan politik dan kaum di Malaysia, kerana ia menyentuh secara langsung peribadi kepimpinan tertinggi sebuah parti politik.

Tindakan membuat laporan polis adalah bertujuan untuk meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas P.Balasubramanim, sekaligus ingin mengingatkan rakyat di negara ini supaya jangan mempermainkan undang-undang yang merupakan sebahagian elemen penting menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian rakyat.

0 komen:

Catat Ulasan