Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

BUKIT AMAN PANGGIL BASIR BANTU SIASATAN KES AKUAN BERSUMPAH 2

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU - Pada petang Sabtu (5 Julai) lalu, sekitar jam 6.30 petang, satu laporan polis telah di buat oleh saudara Basir Hj. Ismail, 42, berhubung Akuan Bersumpah 2, P.Balasubramaniam seperti yang disiarkan oleh media arus perdana dan eletronik di negara ini.

Maklumat diperolehi oleh blog pembelawaja, Basir dipanggil beri keterangan lanjutan kepada Bukit Aman samada petang atau pagi esok untuk tindakan siasatan lanjutan.

Basir yang dihubungi berkata, "Menjadi harapan kepadanya bahawa pihak polis dapat menjalankan siasatan kerana perkara berkaitan Akuan Bersumpah bukan boleh dimain-mainkan oleh sesiapa untuk kepentingan diri atau pihak tertentu".

"Akuan Bersumpah tertakluk di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960, kerana ia merupakan dokumen yang serius dan serupa dengan keterangan oleh saksi di mana-mana Mahkamah Malaysia dan sah dari sisi undang-undang".

Laporan polis oleh Basir, di buat atas dasar tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang mendukung keluhuran undang-undang sebagai mekanisme menegakkan keadilan di negara ini.

Basir menambah lagi, walaupun isu Akuan Bersumpah oleh P. Balasubramaniam ada kaitan dengan isu politik seperti yang diketahui umum, namun tujuan laporan adalah menjurus kepada soal Akta Akuan Bersumpah yang di buat olehnya pada 3 Julai 2008 (Akuan Bersumpah 1) dan 4 Julai 2008 (Akuan Bersumpah 2 yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam sahaja.

"Usaha membuat laporan polis adalah semata-mata supaya suatu siasatan boleh di buat ke atas P.Balasubramaniam tersebut.

Bagi Basir, tindakan P.Balasubramaniam mendedahkan Akuan Bersumpah 1 dan Akuan Bersumpah 2, seolah-olah suatu percubaan berbohong kepada rakyat Malaysia dengan kandungan-kandungan yang dinyatakan dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tersebut.

Katanya lagi, “apakah tujuan sebenarnya P.Balasubramaniam ini yang suka-suka membuat Akuan Bersumpah”.

Sehubungan itu, jika tindakan P.Balasubramaniam sabit dengan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia maka suatu tindakan boleh di ambil ke atasnya, sekaligus boleh menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya menghormati undang-undang di negara ini.

0 komen:

Catat Ulasan