Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

AKUAN BERSUMPAH PALSU, BOLEH DIKENAKAN PENJARA 3 TAHUN DAN DENDA

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Di bawah Kanun Keseksaan iaitu mana-mana entiti mengikrarkan sesuatu deklarasi yang tidak betul atau palsu, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Tuduhan tersebut mengikut Seksyen 191 sehingga Seksyen 200 iaitu pelbagai kepalsuan dibuat dalam deklarasi.

Ini kerana, Akuan Bersumpah merupakan dokumen serius yang tertakluk di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960, Malaysia iaitu sama dengan keterangan saksi yang di buat di mana-mana Mahkamah Malaysia dan jika di buat dalam keterangan kes yang sedang berjalan, ia berkenaan keseriusan hukuman yang boleh di ambil tindakan terhadap pemberi Akuan Bersumpah.

Merujuk kepada aduan polis oleh Basir Hj. Ismail, di ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada 4 Julai lalu, berhubung dengan Akuan Bersumpah 2 yang dibuat oleh P.Balasubramaniam melalui peguamnya M.Arulampalam, pada sidang media di lobi Hotel Prince, Kuala Lumpur (rujuk laporan Mingguan Malaysia, Ahad 6 Julai 2008) bahawa, P.Balasubramaniam telah menarik balik Akuan Bersumpah 1 yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Akuan Bersumpah 2.

Jika di buat perbandingan antara kedua-dua Akuan Bersumpah tersebut, jelas terdapat percanggahan di antara satu sama lain dan pihak polis perlu menjalankan siasatan.

Tindakan P.Balasubramaniam tersebut seolah-olah suatu percubaan berbohong kepada rakyat Malaysia serta juga bermain-main dengan undang-undang yang menjadi teras menegakkan keadilan di negara ini.

Memetik kenyataan Peguam Datuk Muhammad Shafie Abdullah bahawa, sesiapa juga boleh disiasat dan dituduh di bawah Kanun Keseksaan jika mengikrarkan sesuatu deklarasi yang tidak betul dan palsu.

Basir berkata, “Bila adanya laporan, pihak polis membuat penyiasatan dan rakyat Malaysia akan mengetahui motif sebenar disebalik kewujudan kedua-dua Akuan Bersumpah tersebut”.

“Jika terdapat unsur-unsur yang bersifat ‘prejuri’, pihak polis atau Peguam Negara boleh membuat keputusan mendakwanya, sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan bermain dengan undang-undang yang menjadi teras menegakkan keadilan di Negara ini, ujarnya lagi.

0 komen:

Catat Ulasan