Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA TUBUH MAJLIS PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA (MAPUM)

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – PEMBELA bersetuju mengerakkan usaha membangunkan ekonomi dikalangan belia yang akan dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan Muda Pembela (MAPUM) yang akan memulakan operasinya pada 15 Ogos depan.

Majlis MAPUM akan dianggotai oleh Majlis Lembaga Pengarah (MLP MAPUM) yang terdiri saudara Ir. Mohd Jamal Nasir dilantik sebagai Pengarah, Basir Hj. Ismail, Timbalan Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah iaitu Idris Hassan, Zailani Lehem, Hashim Abdul Rashid, Tuan Hj. Taib Abdul Rahman, Norman Toha, Dr. Yahya Alias, Muslim Daud, Saad Kasim dan Zabedi Usop

Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail, MAPUM akan berfungsi sebagai badan yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti ekonomi berskala kecil melibatkan golongan belia, di samping menumpukan kepada pembangunan modal insan yang mempunyai minda niaga”.

Basir berkata, “MAPUM dipertanggungjawabkan memastikan segala objektif dan falsafah kewujudannya berjalan dengan baik, di samping memulakan aktiviti pada Ogos depan.

Aktiviti teras MAPUM ialah, pertama, berusaha memberi kesedaran dan menyuntik semangat berniaga dikalangan kumpulan sasaran melalui kursus dan seminar “Minda Berniaga” yang akan diadakan pada bulan Ogos depan, kedua, menyediakan peluang perniagaan melalui program “Mentor – Mente”, ketiga, bantuan khidmat nasihat (konsultansi) secara percuma kepada golongan belia yang ingin memulakan perniagaan dan keempat, bantuan modal niaga kepada belia yang ingin menceburi bidang perniagaan yang berpotensi.

Jika tidak berhalangan, MAPUM akan berkerjasama dengan Koperasi Masyarakat Muslim Thailand yang berpengkalan di Bangkok, Thailand akan menganjurkan program lawatan sambil belajar kepada belia-belia yang berminat dalam industri pembuatan makanan, kraf tangan dan pertanian rumah hijau berasaskan bioteknologi pada bulan Disember depan.

Di samping, MAPUM juga telah mengadakan beberapa usahasama dengan agensi-agensi tertentu untuk menganjurkan program seminar dan kursus-kursus perniagaan yang akan dijalankan nanti.

“Modal permulaannya, PEMBELA telah mendapat persetujuan pembiayaan sejumlah RM 68 ribu daripada dua orang anggota PEMBELA sendiri untuk membangunkan usahawan di kalangan golongan belia yang berminat, ujarnya.

Basir menambah, “walaupun peruntukan dana kepada MAPUM tidak sebesar mana, namun sebagi permulaan ianya telah mencukupi kerana MAPUM tidak hanya tertumpu kepada pemberian modal niaga kepada golongan belia, sebaliknya menjuruskan kepada usaha membangunkan modal insan”.

0 komen:

Catat Ulasan