Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

NAZRI MENTERI MULUT CELUPAR

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – PEMBELA terkilan dengan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz yang berkata, para wartawan yang datang Parlimen boleh berpakaian apa saja termasuk seluar jeans kecuali memakai seluar dalam dan baju dalam.

Ketua Penerangan PEMBELA, Asri Baharom membidas sikap Menteri berkenaan yang disifatkan tidak profesional ketika menjelas tentang etika berpakaian apabila seseorang memasuki dewan persidangan.

“Penjelasan Nazri di sidang media di Lobi Parlimen hari ini tentang kod etika berpakaian memperlihatkan kerendahan pemikirannya, sekaligus cuba memandang rendah kepada golongan wartawan yang berperanan membuat liputan semasa persidangan Dewan Rakyat”, uajrnya.
Kenyataan Nazri tersebut, ekoran isu pemakaian skirt oleh seorang wartawan akhbar Cina yang ditegur pihak keselamatan Parlimen semalam, dibangkitkan dalam Dewan Rakyat oleh Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), hari ini.

Memetik kata-kata Nazri yang dilaporkan oleh Harakahdaily (10 Julai) bahawa, "Yang menahan orang dan menentukan sama ada boleh atau tidak bukan kerja mereka. Tak ada masalah, pakai apa pun... tolong... jangan pakai baju dalam dan seluar dalam saja, kerana dewan ini banyak benda lain kita nak bincang,".

Nazri juga berkata, "Ahli parlimen pakai tinggi (singkat) juga tak masalah pun. Kalau tak boleh kawal jangan 'double standard', semua jangan kawal... MP boleh telanjang, masuk tak apa, dia orang (wartawan) datang tak boleh. Ini saya tak boleh terima,".

Asri mempersoal, “tidak bolehkah Nazri memberi jawapan yang lebih baik, sehingga terpaksa merujuk pakai baju dalam dan seluar dalam kepada wartawan”.

Inilah budaya dan bentuk pemikiran pemimpin UMNO yang ‘terbiasa’ memberi jawapan yang tidak berkualiti dan mengandungi nilai-nilai yang boleh mendidik rakyat”, ujarnya Asri lagi.

Nazri mesti sedar bahawa, kata-katanya merupakan jawapan seorang Menteri, bukannya jawapan seorang individu yang tidak berpendidikan atau bertamadun kerana kata-katanya akan dinilai oleh rakyat serta masyarakat.
Sehubungan itu, PEMBELA meminta supaya Nazri menarik balik kata-katanya yang bersifat menghina dan memperbodoh-bodohkan wartawan di negara ini.

0 komen:

Catat Ulasan