MENGAPA TAHUN 2010, PAK LAH LETAK JAWATAN PM
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 11:35 PTGMINDA HUJUNG MINGGU
Sekonyong-konyong Pak Lah mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selewat-lewatnya Jun atau pertengahan tahun 2010 akan datang.
Laporan Malaysiakini (10 Julai) bahawa, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.
Pengumuman di buat, selepas pertemuannya dengan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari tersebut, sebelumnya Pak Lah telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO lebih dua jam yang bermulai jam 3 petang.
Apakah signifikannya kepada rakyat di negara ini, di atas kesediaan Pak Lah melepaskan jawatan pada tahun 2010.
Sehubungan itu, Minda Pembela cuba menganalisa secara kritikal persoalan ini bertujuan untuk menggembangkan minda politik khususnya dikalangan para Sukarelawan Pembela.
Berikut beberapa persoalan yang diketengahkan untuk penelitian para pembaca blog ini. Pertama, Adakah tindakan Pak Lah mengumumkan pengundurannya pada 2010 akan datang merupakan ‘gula-gula batu’ yang cuba dihidangkan oleh Pak Lah atau juak-juak politik yang menjadi penasihat kepadanya, supaya pengumuman ini perlu di buat sekarang ekoran tuntutan dalaman UMNO dan rakyat sejak PRU 12 kerana dasar-dasar di bawah pentadbirannya yang lemah, dan telah membebankan kehidupan rakyat. Ia merujuk kepada isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel, krisis beras negara, penarikan pelabur asing, kegagalan projek mega dalam koridor-koridor yang telah diumumkan sebelum PRU 12 serta isu rasuah dan keselamatan.
Kedua, Atau ia merupakan suatu permainan politik ‘kelas kakap’ oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya untuk melegakan hati ahli-ahli UMNO yang telah memulakan gerakan melakukan reformasi dari dalam UMNO setelah kegagalan kepimpinan Pak Lah mempertahankan pengaruh dan kuasa politik di Malaysia dalam PRU 12. Pengumuman ini membuat ahli-ahli UMNO boleh menarik nafas lega, sekaligus mengembalikan sokongan mereka dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO pada hujung tahun depan.
Ketiga, Mungkin juga, ia sebagai taktik oleh Pak Lah dan pengampu-pengampunya untuk memastikan kerusi Presiden UMNO yang akan dipertandingkan pada akhir tahun ini, terus dipegang oleh Pak Lah. Dalam erti kata lain, Pak Lah tidak perlu dicabar oleh mana-mana individu dalam UMNO kerana ia akan melepaskan jawatan pada tahun 2010 akan datang.
Keempat, Boleh jadi juga, pengumuman Pak Lah adalah untuk memerangkap Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang dianggap sebagai sahabat yang setia dan baik tidak mencabar Pak Lah untuk menyelamatkan dirinya dan Rosmah dari pertuduhan kes pembunuhan Al-Tantuya Shariibu yang sedang diperhatikan oleh seluruh masyarakat, bukan sahaja di Malaysia, bahkan diseluruh dunia.
Kelima, Mungkihkah Pak Lah cuba berbohong lagi, bukan sahaja kepada ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada rakyat Malaysia seperti berlaku dalam isu pembubaran Dewan Rakyat untuk PRU 12 akan datang.
Keenam, Boleh jadi Pak Lah ingin menarik simpati dari ahli-ahli UMNO dan rakyat supaya memberi masa sekurang-kurang sehingga 2010 untuk beliau melakukan sesuatu yang mungkin untuk kepentingan rakyat dan mungkin untuk kepentingan politik anak-menantu, kroni serta penyokong-penyokongnya.
Ketujuh, sesungguhnya Pak Lah ingin membuktikan bahawa beliau tidak gila kuasa, sebaliknya bersedia lepas jawatan setelah UMNO berjaya dipulihkan serta rakyat kembali yakin kepada UMNO tersebut.
Kelapan, percayakah anda bahawa, Pak Lah sememangnya sudah mahu melepaskan jawatan sejak Mac 2008 lagi tetapi telah dihalang oleh pengikut-pengikutnya yang masih kuat bergantung untuk survival politik mereka, terutama dikalangan para Senator yang dilantik sebagai Menteri Kabinet dan orang tertentu yang kalah dalam PRU 12 tetapi di beri tempat dalam kerajaan dan menerima imbuhan puluhan ribu ringgat setiap bulan. Setelah mereka semua sudah berada zon selesa samada dari segi politik, maupun imbuhan barulah mereka melerakan Pak Lah meletakkan jawatan.
Kesembilan, Pak Lah takut dicabar oleh Ku LI pada pemilihan akhir tahun ini. Tindakannya merupakan reverse psikoligi kepada ahli-ahli UMNO supaya menyakini bahawa jawatan PM yang diimpi-impi oleh orang-orang tertentu tidak mendapat sokongan akar umbi yang telah menerima berita ini.
Kesepuluh, Pak Lah takut dengan gerakan Wan Azizah membawa usul undi tidak percaya kepadanya dalam parlimen Isnin ini. Kesediaannya mengundurkan diri merupakan suatu consensus yang perlu diterima oleh MP UMNO/BN, sekalgus jangan menyokong usul yang akan di bawa oleh Ketua Pembangkang tersebut.
Kesebelas, Pak Lah mungkin tahu bahawa MP UMNO/BN dari Sabah dan Sarawak sedang menunggu masa sesuai untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan selewat-lewatnya September depan, seperti yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.
Keduabelas, Pak Lah sedar sudah ada usaha mencari titi persefahaman antara PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini dalam isu mempertahankan ketuanan Melayu dan Islam dalam kepimpinan Negara.
Terakhir, Pak Lah tidak sanggup untuk memikul cabaran global terutama dalam isu ekonomi yang secara langsung memberi kesan kepada taraf kehidupan rakyat Malaysia serta memalitkan imej buruk dalam pentadbiran di bawah kekuasaannya. Lebih buruk, Pak Lah akan dicop sebagai PM paling lemah di antara senarai PM yang sebelumnya. Sebelum nasi menjadi bubur, Pak Lah perlu membuat sesuatu supaya namanya sebagai keturunan ulamak tidak dipandang hina dan jijik oleh rakyat Malaysia.
Walaupun Pak Lah telah mengumumkan hasratnya melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2010 akan datang, di sambut dengan hati terbuka, hormat dan gembira oleh ahli-ahli UMNO yang mahu beliau berbuat demikian, percayalah orang yang paling bergembira ialah rakyat, khususnya penyokong Pakatan Rakyat kerana telah bersungguh-sungguh mendesak beliau meletak jawatan sejak dulu lagi dan dibuktikan melalui kertas undi dalam PRU 12 lalu.
Oleh itu, laluan untuk Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia sebenarnya belum pasti lagi, sebab seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan di peringkat persekutuan akan di bentuk pada bulan September depan.
PEMBELA akan tetap berjuang dan mendukong aspirasi rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang adil, sejahtera dan tidak rasuah di negara Malaysia yang tercinta ini.
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)