Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det


OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA, semalam membuat keputusan menjemput Yang Teramat Mulia Tunku Intaz Shafinaz Binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Abdul Halim, Sultan Kedah Darul Aman berangkat hadir sebagai ‘witness’ acara penginsyitiharan oleh Malaysia Book’ of Record di program Karnival Rakyat pada awal Ogos depan.

Menurut Pengarah Program, Ir. Mohd Jamal Nasir, juga Presiden Pembela bahawa, “menjadi harapan bagi pihak Pembela sekiranya YTM Tunku Intaz Shafinaz dapat melapangkan masa berangkat, sekaligus berkenan menjadi ‘witness’ kepada program pengisyitiharan oleh Malaysia Book’s of Record bagi projek penyediaan dan pembuatan Kueh Tepung Talam Ubi Pembela yang terpanjang di Malaysia”.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Emas, Pemerintahan 50 Tahun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Mohd Jamal berkata, “Kueh Tepung Talam Ubi Pembela ini akan disediakan oleh 25 orang petugas dengan bahan mentah seperti 300kg ubi kayu, 300 biji kelapa dan bahan-bahan lain yang menjadi ramuan kepada kueh ini”.

“Insya allah, jika kueh ini dimasukkan dalam Malaysia Book’s of Record, Pembela akan membuat trademark perniagaan ke atas produk ini, , di samping akan dijadikan produk atau ole-ole kepada orang-ramai yang akan berkunjung, khususnya ke Kubang Pasu nanti”.

“Kalau kita melancong ke Kelantan sebagai contohnya, orang ramai akan memilih produk seperti kain batik, budu dan kraftangan, sebaliknya kalau orang ramai datang ke Kubang Pasu apa produk yang boleh mereka beli sebagai ole-ole, ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi, “Sarawak terkenal dengan kueh lapis, Medan, Indonesia pula dengan kek Betawi dan Kelantan dengan Keropok Lekor yang akan menjadi pilihan pelancong sebagai ole-ole yang di bawa balik kepada kaum keluarga masing-masing”.

“Walaupun Kueh Tepung Talam Ubi Pembela ini belum dikenali lagi, selepas ini saya yakin akan menjadi produk pilihan orang ramai kerana ia mempunyai rasa yang sedap dan berkahsiat, tambahnya.

Oleh itu, kehadiran YTM Tunku Shafinaz cukup besar maknanya kepada Pembela kerana ia merupakan tanda sokongan golongan Istana kepada usaha murni yang dijalankan oleh rakyat di negeri ini.


0 komen:

Catat Ulasan