Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

OLEH : Nash
KUBANG PASU – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) yang mengadakan mesyuarat malam tadi, telah mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap TV3, syarikat penyiaran milik Media Prima Berhad berhubung laporan yang disiarkan dalam Buletin Utama, 10 Julai (Khamis) lalu.

Laporan polis tersebut adalah berkaitan laporan berita yang disiarkan pada malam tersebut berunsur fitnah yang boleh menhakis keyakinan rakyat terhadap intergriti dan akauntabiliti kerajaan Pakatan Rakyat Kedah di bawah kepimpinan YAB. Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak.

Merujuk kepada laporan berita oleh Buletin Utama TV3 pada hari berkenaan bahawa, ia telah mengambarkan seolah-olah Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah telah menggunakan wang rakyat secara membazir menaiki pesawat sewa khas bagi urusan rasmi kerajaan.

Penyiaran laporan tersebut juga cuba mengambarkan Menteri Besar Kedah mengamalkan budaya pengurusan kewangan negeri secara bermewah-mewah dan membazir, sekaligus bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahu kerajaan yang memerintah mengamalkan budaya jimat-cermat dalam perbelanjaan.

Penjelasan oleh Pejabat Menteri Besar Kedah bahawa, pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan.

Rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain YAB Ustaz Azizan dan isterinya.

Sehubungan itu, PEMBELA merasa kesal laporan oleh Buliten Utama TV3 tersebut yang seolah-olah menggambarkan bahawa ia adalah rombongan Menteri Besar Kedah, sekaligus secara nyata mengelirukan rakyat khususnya di negeri Kedah.

Di samping ia merupakan tindakan yang cuba melaga-lagakan pihak Kerajaan Negeri dengan istana Kedah..

PEMBELA akan mengutus surat mengecam tindakan penyiaran berita oleh Buletin Utama TV3 dan menuntut supaya ia menyiarkan permohonan maaf dalam siaran Buletin Utama dalam tempoh masa 72 jam dari hari ini kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Menteri Besar Kedah, Kerajaan Kedah dan rombongan DiRaja.

0 komen:

Catat Ulasan