KARNIVAL RAKYAT SEMPENA JUBLI EMAS KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 10:45 PTGKUBANG PASU - PEMBELA akan menganjurkan program karnival rakyat bersempena sambutan Jubli Emas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Tuanku Al-haj Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah memerintah selama 5o tahun negeri Kedah Darul Aman dalam suasana aman, damai dan sejahtera.
Menurut Idris Hassan, Penolong Setiausaha Agung Pembela bahawa, "Karnival Rakyat ini adalah antara beberapa aktiviti mega oleh PEMBELA pada tahun ini, melibatkan rakyat dan masyarakat".
Kata Idris, "kita mengharapkan program karnival ini dapat menyatupadukan rakyat dan masyarakat dalam negeri Kedah sebagai tanda kasih sayang kepada Yang Mulia Tuanku Sulatan Kedah yang telah memerintah negeri ini dengan aman, damai dan sejahtera sejak dulu lagi".
"Pihak PEMBELA juga merakamkan penghargaan kepada pihak pemilik dan pengurusan Jitra Mall yang sudi memberi sokongan kepada PEMBELA menjayakan program tersebut di dalam ruangan (lobi) bangunan Jitra Mall tanpa dikenakan sebarang bayaran", ujarnya.
Pelbagai acara telah disusun oleh PEMBELA seperti Ceramah Skor A (UPSR dan PMR), Ceramah Kerjaya - Peluang Menjadi Pilot, Ceramah dan Kempen Keselamatan dengan pihak Polis Daerah Kubang Pasu, Pertandingan Melukis Kanak-Kanak Pra Sekolah, Persembahan Nasyid dan Hiburan Islam oleh kumpulan Al-Marwadhah serta sukan rakyat iaitu Makan Telur Rebus dan Pertandingan Teh Tarik.
Acara kemuncak pada hari tersebut ialah kehadiran Jawatankuasa Book's of Record Malaysia untuk menilai dan mengiktiraf projek "Kueh Tepung Talam Ubi Terpanjang dan Besar di Malaysia. Tepung Talam Ubi yang diberi nama Tepung Talam Ubi PEMBELA tersebut akan disediakan oleh 25 orang dengan bahan mentah antaranya 300 kg ubi kayu, 300 biji kelapa dan lain-lain.
Idris menambah, "program karnival ini juga merupakan aktiviti mempromosi serta mendekatkan PEMBELA dengan masyarakat dalam daerah Kubang Pasu khususnya serta pengunjung-pungunjung yang hadir pada hari berkenaan.

Program ini diadakan secara terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah dan orang ramai.
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)