Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA SOKONG KENYATAAN PRESIDEN PAS

OLEH : Pembelawaja


KUBANG PASU – Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bersetuju dengan pandangan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Hj.Abdul Hadi Awang yang tidak bersetuju tindakan Protes menganjurkan program bantahan kenaikan harga minyak (petrol dan diesel) di dalam tempat tertutup.

Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidak memberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej.

Menurut Mohd Jamal bahawa, “PEMBELA beranggapan program membantah kenaikan harga bahan api oleh Protes adalah gagal dan lari pada tujuan asal”.

Sebagai contoh katanya ialah kejadian persembahan kumpulan Carburater Dung (rock punk) yang telah mencetuskan insenden kemarahan penonton yang membuat persembahan secara liar, lucah dan ganas, sekaligus membelakangkan nilai-nilai agama, budaya dan bangsa Malaysia.
“Amat malang sekali, apabila pihak penganjur hanya mementingkan persembahan tanpa memikirkan kesannya kepada penonton dan para hadiran yang datang dari seluruh negara” ujarnya .

Mohd Jamal menambah, “Bagi PEMBELA, tindakan penganjur menyelitkan hiburan liar, ganas dan lucah tersebut amat diragui dan dikutuk dengan sekeras-kerasnya kerana ia amat bertentangan dengan selera majority rakyat yang menolak hiburan yang bersifat non-Islamik tersebut.

Oleh itu, PEMBELA mengharap supaya di masa depan pihak penganjur lebih berhati-hati dan mengutamakan matlamat yang perlu dicapai dari memikirkan acara-acara sampingan yang tidak berfeadah dan dikutuk oleh Allah SWT.

'Himpunan Protes Sejuta Rakyat' yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya, Ahad (6 Julai) lalu telah mendapat kecaman oleh banyak pihak termasuk pemimpin parti politik, NGO dan ulamak tanah air.

0 komen:

Catat Ulasan