Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

OLEH : Pembelawaja

KUBANG PASU – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) pagi semalam (7 Julai) telah menyerah Surat Rayuan oleh Badan Bertindak Rayuan Pekerja-Pekerja Majlis Daerah Kubang Pasu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Hj. Taulan Rasul, di pejabat di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Menurut, Muslim Daud, Pegawai Perhubungan Awam PEMBELA, surat rayuan tersebut telah diserahkan oleh Setaiusaha Agung Pembela, saudara Basir Hj. Ismail kepada YB Hj. Taulan Rasul pada jam 11.30 pagi dipejabatanya Wisma Darul Aman”.

Dalam pertemuan tersebut, Basir minta pihak kerajaan Negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat lebih peka tentang kebajikan para pekerja, khususnya di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBR) di daerah-daerah seluruh negeri Kedah.

Muslim menjelaskan, “kehadiran Pembela disambut dengan mesra oleh pegawai dan Exco dan perbincangan menjurus kepada isu kakitangan MDKP telah diberi keutamaan oleh Exco berkenaan”.

Surat Rayuan tersebut adalah rangkuman aduan-aduan oleh pekerja MDKP, ekoran tindakan Majlis Daerah Kubang Pasu mengeluarkan ‘Notis Tamat Perkhidmatan” dan surat “Tawaran Lantikan Jawatan Pekerja Awam –R1 (Sambilan) kepada pekerja baru-baru ini.

Seramai 24 orang pekerja terlibat dalam surat rayuan tersebut yang ditandatangani oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Badan Bertindak Rayuan Pekerja-Pekerja MDKP mewakili seluruh pekerja terlibat.

0 komen:

Catat Ulasan