Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA BANTAH INSENTIF RM 1 JUTA UNTUK ATHLIT OLIMPIK

KUBANG PASU – Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian insentif kepada pemenang pingat di sukan olimpik. Di mana, pemenang pingat emas akan menerima insentif sebanyak RM 1 juta dan RM 300 ribu kepada pemenang pingat perak serta RM 100 ribu kepada atlit yang memenangi pingat gangsa.

Menurut Asri Baharom, Ketua Penerangan PEMBELA bahawa, “pemberian insentif RM 1 juta kepada pemenang pingat emas sukan olimpik yang diumumkan oleh TPM baru-baru ini adalah tidak realistik dan cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain yang lebih penting”.

Katanya lagi, pemberian insentif itu tidak mengambarkan realiti kehidupan rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah yang sedang di himpit kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak sejak 4 Jun lalu”.

Baginya lagi, kerajaan lebih pentingkan atlit yang memenangi pingat semata-mata tanpa mengutamakan pembangunan sukan dan motivasi serta peningkatkan semangat dikalangan atlit Negara.

Beliau menambah, “Adakah dengan pemberian insentif yang bersifat tidak realistik itu dapat meningkatkan kualiti sukan dan athlit itu sendiri, sedangkan tanpa insentif yang bernilai RM 1 juta pun sudah ada ahli sukan negara seperti Nicol Ann David, seorang pemain skuash telah mampu mencipta namanya di peringkat antarabangsa, sekaligus dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia beberapa kali”.

Dengan mengambil contoh pasukan bolesepak Kedah yang memenangi Piala FA tempoh hari, pihak kerajaan Kedah tidak dijanjikan sebarang insentif kepada para pemain, sebaliknya pengumuman insentif oleh YAB Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA di buat setelah kejayaan dicapai oleh pasukan tersebut

Asri mendakwa, “pemberian insentif kepada pemenang pingat di sukan olimpik seolah-olah menghina golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mewakili PEMBELA ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan, jika ikhlas ingin menawarkan insentif sebesar itu supaya diberikan kepada persatuan sukan berkenaan supaya ia dapat digunakan untuk program pembangunan sukan berkenaan.

0 komen:

Catat Ulasan