Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

"PEMBELA BERSAMA PENIAGA" DI PEKAN JITRA

Gambar kelihatan seorang peniaga berbangsa Tianghua di Pekan Jitra sedang mengatakan sesuatu kepada Ir. Mohd Jamal Nasir sambil diperhatikan oleh Che Halim Ismail.
KUBANG PASU – PEMBELA membuat program kunjungan kepada peniaga-peniaga di sekitar Pekan Jitra pada hari ini. Program tersebut turut dihadiri oleh Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bersama rombongan terdiri Che Halim Ismail, Naib Presiden 1, Basir Hj. Ismail, Setiausaha Agung, Idris Hassan, Penolong Setiausaha Agung, Saad Kasim, Ketua Jurulatih dan Sumber Daya Manusia serta Muslim Daud selaku Pegawai Perhubungan Khas.

Program kunjungn ini merupakan aktiviti “PEMBELA Bersama Peniaga” untuk mendapatkan maklumat, di samping mendengar permasalahan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di sekitar Pekan Jitra, khususnya berkaitan dengan perlaksanaan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

Menurut Ir. Mohd Jamal Nasir, “PEMBELA akan menjadi orang tengah kepada golongan peniaga yang ingin menyampaikan aduan atau permasalahan yang mereka hadapi kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

“PEMBELA akan cuba sedaya-upaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka, supaya tidak timbul sebarang persepsi negatif dan di ambil kesempatan oleh pihak tertentu sehingga boleh dijadikan isu-isu politik sehingga memburukkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh PAS dan PKR di negeri Kedah, khususnya” ujarnya.

Antara rungutan yang di terima dari peniaga di sekitar Pekan Jitra ialah tentang sebatang pokok mati di tepi jalan berhadapan kedai peniaga (dalam gambar) di Pekan Jitra yang tidak ditebang oleh pihak Majlis Daerah Kubang Pasu sejak 3 bulan lalu.

Sehubungan itu, PEMBELA melalui Setiausaha Agungnya telah mengambil tindakan melaporkan kepada dua orang Ahli Majlis Kubang Pasu iaitu Ustaz Yusof Hj. Ahmad dan saudara Abdul Aziz Hatt supaya memaklumkan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu supaya menebang segara pokok berkenaan, demi menjaga keselamatan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.

Kehadiran PEMBELA ketengah-tengah para peniaga hari ini mendapat sambutan yang positif dan amat memberangsangkan, sehingga dikalangan mereka mencadangkan supaya badan ini boleh berjumpa dengan mereka sekuarng-kurang 3 bulan sekali.



0 komen:

Catat Ulasan