Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PROGRAM ‘BERSAMAMU PEMBELA’ DI KG LAHAR, KUBANG PASU

Gambar kelihatan Ir.Mohd Jamal Nasir sedang menyampaikan sumbangan kewangan dan produk kesihatan Omilk Plus kepada bapa kepada adik Mohd Firdaus Shaari
KUBANG PASU. Program pertama ‘Bersamamu PEMBELA’ ke rumah Shaari Saad, 46, di Kg Lahar, Mukim Malau, Kubang Pasu disambut dengan meriah oleh masyarakat setempat termasuk Ketua PAS cawangan Malau, Tuan Hj. Daud Ahmad serta Ahli Jawatankuasanya.

Program ‘Bersamamu PEMBELA’ merupakan aktiviti kemasyarakatan oleh badan ini dengan kerjasama Harian Metro.

Menurut Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bahawa, “program Bersamamu PEMBELA telah diilhamkan oleh Ahli Majlis Eksekutif pada mesyuarat bulan April lalu, bertujuan untuk memberi khidmat bakti dalam bentuk sumbangan kepada mana-mana komuniti masyarakat yang di timpa musibah ataupun bermasalah”.

Sehubungan itu, PEMBELA telah mengorak langkah menjalankan aktiviti ini, demi memastikan mana-mana komuniti dalam masyarakat yang bermasalah dapat diberi perhatian sewajarnya.

Mohd Jamal berkata, “walaupun sumbangan PEMBELA tidak sebesar mana, ia sudah cukup mengembirakan pihak yang terlibat”.

Dalam kunjungan PEMBELA bersama Harian Metro yang diwakili oleh Zuliaty Zulkifli dan jurugambarnya, Rahmat Othman ke rumah Shaari Saad untuk menziarahi anaknya Mohd Firdaus Shaari, 12 tahun yang disyaki mengidap penyakit jantung, sekaligus menghulurkan bantuan kewangan dan produk kesihatan Omilk Plus untuk kegunaan kanak-kanak berkenaan,

Perhatian PEMBELA ke atas keluarga ini setelah dimaklumkan oleh Ketua PAS Cawangan Malau kepada wakilnya yang juga anak tempatan kampung tersebut, bagi mengambil daya usaha meminta bantuan kepada masyarakat meringgan beban kos berubat adik Mohd Firdaus tersebut.

Menurut bapa kepada Mohd Firdaus, “kami mula mengesan anaknya mengidap penyakit janjtung sejak berumur 5 tahun, setelah pergi membuat pemeriksaan doktor di sebuah klinik kerajaan dalam Kubang Pasu kira-kira 7 tahun lalu”.

Katanya loagi, setelah mengetahui anaknya mengidap penyakit tersebut, mereka di minta supaya membawa kanak-kanak tersebut membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Jitra pada setiap bulan.

Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, kecuali sumbangan oleh masyarakat setempat yang dihulurkan melalui PAS Cawangan Malau yang berjumlah RM 300.00.

Sehubungan PEMBELA merayu kepada orang ramai yang bersimpati dengan adik Mohd Firdaus supaya dapat menghulurkan bantuan terus kepada mereka seperti di maklumat di atas atau sumbangan di masukkan ke akaun 02100-29-00021017-4, Bank Simpanan Nasioanl atas nama Rokiah Yahya (Ibu kepada Mohd Firdaus).

0 komen:

Catat Ulasan