Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

SERAMAI 148 ORANG MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN PEMBELA

KUBANG PASU – Seramai 148 orang telah mendaftar dan menyertai sebagai anggota Sukarelawan PEMBELA. Perkara ini telah disampai oleh cik Noor Azzura Mustaffa, Ketua Skuad Pembelawati semasa pertemuan dengan beberapa pelajar di Pusat Pengajian Tinggi yang berpusat di Bandar Darulaman.

Menurut Noor Azzura, “permohonan untuk menjadi sukarelawan PEMBELA amat memberangsangkan dan di luar jangkaan kerana ia baru sahaja diperkenalkan kepada masyarakat khususnya di sekitar Kubang Pasu”.

Sejak majlis perasmian penubuhan PEMBELA (19 Jun) lalu, seramai 148 orang telah mendaftar sebagai Sukarelawan PEMBELA yang terdiri dari golongan remaja dan dewasa” ujarnya lagi.

Bagi memastikan setiap individu yang mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan memahami halatuju dan peranan yang dimainkan oleh badan ini, maka pihak Ahli Majlis Eksekutif (AME) akan mengadakan majlis perjumpaan Sukarelawan PEMBELA pada 28 Jun depan, jam 8.30 malam, bertempat di Restoren Hijrah, Jln Tok Kesop, Jitra.

Di mana, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir akan membentangkan ucapannya yang menyentuh tentang halatuju dan peranannya dalam masyarakat dan Negara.

Sehubungan itu Noor Azzura, ingin mengingatkan kepada seluruh Sukarelawan yang berdaftar supaya dapat hadir ke majlis diadakan dengan memakai uniform PEMBELA yanh telah diserahkan pada hari majlis perasmian penubuhannya baru-baru ini.

0 komen:

Catat Ulasan