Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA SOKONG KENYATAAN PRESIDEN PAS

KUBANG PASU – Tindakan kerajaan Malaysia melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad membentang usul kenaikan harag minyak (petrol dan diesel) di Dewan Rakyat kelmarin adalah tidak wajar dan cuba mengelabui pandangan rakyat kepada isu sebenar.

Menurut Ketua Penerangan PEMBELA Mohd Asri Baharom bahawa, “adalah tidak masuk akal dan memalukan, apabila Menteri yang bertanggungjawab membentang usul di Dewan Rakyat untuk mengesahkan tindakan yang di ambil menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu”.

Mohd Asri menambah, “apa guna usul itu di buat lagi, setelah rakyat dipaksa menerima kenaikan harga minyak sejak 4 Jun lalu, setelah Perdana Menteri sendiri membuat pengumuman sejurus selesai mesyuarat mingguan Kabinet pada hari berkenaan”.
"Usul ini semata-mata untuk menunjukkan pada rakyat bahawa kerajaan bertindak mengikut undang-undang, sedangkan sebelumnya (3 Jun) Menteri berkenaan telah menyatakan bahawa harga minyak hanya dinaikkan pada Ogos depan, tegasnya lagi.

Oleh itu, PEMBELA menyokong penuh kenyataan Presiden PAS yang mengatakan bahawa usul yang dibentang oleh Dato' Shahrir Samad di Dewan Rakyat semalam sebagai langkah terlambat.

Memetik kata-kata Presiden PAS dalam Harakahdaily bahawa “beliau kesal terhadap usul tersebut kerana sepatutnya ia usul tersebut di bawa sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun) lalu.

PEMBELA berpendirian bahawa Parlimen sebagai ‘rubber stamp’ semata-mata kepada pihak kerajaan tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

0 komen:

Catat Ulasan