PEMBELA MENGALU-ALUKAN PENUBUHAN URESETIA MENANGANI MASALAH SOSIAL
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 6:42 PTG KUBANG PASU – Keprihatinan Kerajaan Kedah Darul Aman terhadap masalah social yang semakin ‘membarah’ khususnya, dikalangan masyarakat Islam di negeri ini amat dihargai oleh PEMBELA.
Menurut Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir bahawa, pengumuman Kerajaan Negeri Kedah menubuhkan Uresetia Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib amat dialu-alukan”.
Memetika kata-kata YB Dr. Hamdan, "Kebelakangan ini kita melihat suasana di dalam Negeri Kedah ini khasnya dan negara kita amnya, masyarakat seolah-olah melihat agama ini sebagai satu yang mungkin perlu ada tetapi tidak perlu dipraktikkan," kata beliau.
"Di beberapa tempat, keadaan gejala sosial berada dalam tahap menakutkan”, ujarnya lagi
Kenyataan oleh Exco berkenaan di sokong oleh Ir. Mohd Nasir dengan mengatakan bahawa, “Masalah sosial khususnya yang melibatkan remaja lelaki dan perempuan Islam semakin menjadi-jadi, sehinggakan ada golongan yang sanggup membuang dan menconteng Al-Quran seperti mana yang berlaku baru-baru ini, apabila senaskah Al-Quran dijumpai di dalam tong sampah dan mukasuratnya di tulis dengan perkataan-perkataan yang menghina Allah SWT, sekaligus boleh menyebabkan pelakunya menjadi murtad”.
Sehubungan itu, PEMBELA akan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk mencari kaedah yang paling berkesan menyelesaikan masalah sosial di negeri ini melalui pelbagai pendekatan yang bersesuaian, katanya lagi.
Bagi PEMBELA, langkah awal yang di ambil ialah dengan menubuhkan skuad Pembelawan (lelaki) dan Skuad Pembelawati (Perempuan) yang dianggotai oleh golongan yang berumur 18-45 tahun.
Di mana, setiap anggota dalam skuad ini akan mengikut program latihan berkawad, kursus dan seminar untuk meningkatkan jati diri serta mempunyai wawasan dalam hidup mereka.
"Mana-mana individu yang berminat menganggotai skuad Pembelawan dan skuad Pembelawati boleh menghubungi saudara Saad Kasim (012-430 7197).
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)