Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

KUBANG PASU - Keputusan undian berhubung isu kenaikan harga minyak yang bertajuk “Apakah tindakan terbaik anda memprotes kenaikan harga minyak ?”, mendapati sebanyak 80 peratus penjenguk blog pembelawaja.blogspot.com memilih cara menyertai perarakan dan himpunan rakyat, 15 peratus bersetuju supaya pengguna menghantar surat, faksimili dan email kepada Perdana Menteri Malaysian dan 5 peratus mengambil pendirian meminta rakyat memboikot membeli petrol dan diesel.

Menurut Mohd Dzohir Hamid, Timbalan Presiden PEMBELA, “amat jelas tindakan kerajaan pusat menaikkan harga bahan api iaitu petrol dan diesel tidak boleh di terima oleh rakyat”.

Beliau menambah, “keputusan oleh penjenguk blog pembelawaja memilih cara tindakan memprotes kenaikan harga minyak dengan cara menyertai perarakan dan perhimpunan rakyat merupakan kesediaan rakyat berhadapan dengan apajua tindakan oleh pihak berwajib, demi mempertahankan hak mereka untuk mendapat harga minyak yang lebih murah”.

Sehubungan itu, Mohd Dzohir ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya menilai kembali keputusan menaikan harga minyak yang amat membeban pengguna, apatah lagi ia juga menyebabkan kenaikan kos sara hidup lain seperti kenaikan harga barangan dan caj perkhidmatan lain”.

“Kerajaan harus menyedari bahawa, pemberian rebet yang diberikan kepada pemilik kenderaan (kereta dan motorsikal) tertentu, tidak dapat menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat” ujarnya lagi.

0 komen:

Catat Ulasan