Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

AL-QURAN DI HINA


Gambar menunjukkan antara perkataan yang tertulis di muka surat Al-Quran yang dijumpai
di dalam tong sampah Taman Jalai Jaya, Jitra

TERKINI – Para peserta majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMEBELA) yang diadakan pada malam tadi (19 Jun), bertempat di Country Height Darulaman, Jitra menjadi gempar, apabila Setiausaha Agung PEMBELA, saudara Basir Hj. Ismail mendedahkan tentang tindakan individu yang tidak ketahui telah melepaskan kemarahannya dengan menconteng dan menulis perkataan yang menghina Keesaan Allah SWT.

Beliau menjelaskan bahawa, “penelitian yang di buat ke atas naskah Al-Quran mendapati terdapat perkataan-perkataan yang amat keji tertulis di setiap muka surat iaitu dari surah Al-Baqarah hingga Al-Imran”.

Antara perkataan yang tertulis ialah “Qalam Laknat”, “Aku benci Islam”, “Kehidupan Celaka”, “Hang memang Tak Adil”, “Siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa”, “Aku bosan dengan babi jahanam”, “Keluarga Setan”, “Kenapa jodohkan aku dengan laknat”, “Kalimah anak haram”, “Aku benci jantan haram babi” dan banyak lagi perkataan yang bersifat menyalahkan takdir Allah SWT.

Di samping perkataan-perkataan yang di tulis di muka surat Al-Quran tersebut juga didapati kesan guntingan oleh pihak yang berkenaan.

"Naskah Al-Quran tersebut telah dijumpai oleh seorang pemandu teksi yang juga pengumpul barang terpakai di dalam tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra pada hari Khamis iaitu 12 Jun antara jam 10.00 pagi dan menyerahkan kepada salah seorang Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA pada malam kelmarin (18 Jun) untuk di ambil tindakan sewajarnya” ujarnya lagi.

Rata-rata peserta yang hadir di majlis perasmian PEMBELA merasa terharu dan marah dengan tindakan yang dianggap biadap dan hilang pertimbangan yang waras oleh individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Kata Basir lagi, “PEMBELA akan membuat laporan polis berhubung dengan insiden ini, sekaligus mohon pihak Polis membuat siasatan terhadap perkara ini supaya tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat provokasi untuk menghina ajaran Islam di negara ini.

4 komen:

At 20 Jun 2008 pada 9:49 PG MOHAMAD FADZLI said...

assalamualaikum....

kali pertama saya agak terkejut apabila membaca tajuk ini. pada tanggapan saya yg melakukan perbuatan terkutuk ini adalah para anti islam tapi hakikat sebenar adalah sebaliknya.
ini la yg dikatakan akhir zaman, manusia sdh semakin hilang pertimbangan, manusaia sdh tak berfikir lg apabila nak melakukn sesuatu. ibarat "marahkn nyamuk kelambu terbakar". jika balasan Tuhan 'on the spot' seperti umat2 yg terdahulu pasti negara kita yg aman ini akan ditimpa bala bencana.

apabila membaca berita ini saya terasa amat sdh krn Al-Quran adalah satu2 nya peninggalan Nabi yg di dlmnyer terkandung seribu satu rahsia. tp kerna kejahilan manusia sanggup menghina Kalamullah walaupun mereka tahu akibatnyer. tp pada hakikatnya kita tak blh hanya menuding jari kpd mereka yg berslh sahaja kerna sebenarnya kita sendiri yg bersalah kerna tak menghayati isi kandungan Al-Quran.

ayuhlah umat Islam sekalian kita agungkan Kalamullah dgn mengamalkn apa yg ada di dlmnyer bkn menjdikannyer perhiasan semata.

sekian...hanya berpendapat.

 
At 20 Jun 2008 pada 9:06 PTG ProAZ-AD said...

"Inna Nahnu Nazzalna zikraa.. wa inna lahu lahafizuun.."

Persiapkanlah diri kamu wahai orang-orang JITRA.. Bila bala Allah TURUN semuanya akan kena.. tp ganjaran dan balasan di akhirat mengikut amalan masing2..

Al-Quran n agama Allah pasti tetap terbela siapa n bagaimana kita tak pasti..

bangunlah orang2 jitra khasnya dan umat islam seluruhnya! selesaikan isu ini.. martabatkan semula al-Quran di bumi kita!

atas nama Islam Kita dpr memerintah.. pastikan dengan Nilai Islam kita perintah...

 
At 21 Jun 2008 pada 6:57 PG Hanief said...

Mungkin si tukang conteng itu tak reti Bahasa Arab?

 
At 21 Jun 2008 pada 6:05 PTG Teamyayasan99 said...

salam pada sahabat2 semua.
banyak kita dengar penghinaan pada al quran dan sunnah2 nabi.. bagi kita semua umat islam pasti terkejut dan sedih dengan perkara ini.. dalam dunia hari ini dimana didikan agama di letakkan?

siapa yang melakukannya?
bagi pendapat saya yang melakukan ni seseorang yg mengalami kecelaruan hidup dan tidak ada didikan yang mendalam terhadap agama islam.
dalam kes ini membuatkan saya terfikir kembali, dizaman serba cangih ini masih adakah umat islam yang sanggup mati kerana islam? malah kerana kesempitan hidup sanggup menyalahkan tuhan yang menjadikan manusia.
menconteng, memaki Al_quran dan sebagainya adalah satu penghinaan yang amat2 melampau tapi bagaimana
dengan penghinaan dalam bentuk lain? (menolak AL-quran)
benar kata2 sahabat2 kita yang lain marilah kita bersatu martabatkan semula kalam Allah. tapi bagaimana?
mahukah mat2 rempit membaca blog2 sebegini? oleh itu pada sahabat2 sekalian untuk memastikan perkara ini tak akan berulang lagi marilah kita majukan sekolah2 agama tak kiralah pondok ker.. agama rakyat ker.. siapa lagi kalau bukan anak2 kita yang dihantar kesana...

salam semua sahabat

 

Catat Ulasan