TUN MAHATHIR TANGGUH HADIR PROGRAM JASAMU DIKENANG DAN FORUM KEPIMPINAN MELAYU DI KUBANG PASU
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 1:26 PGTERKINI - Maklumat mutakhir yang diperolehi oleh PEMBELA bahawa, Tun Mahathir akan menangguhkan kehadirannya ke program Jasamu Dikenang dan Forum Kepimpinan Melayu yang dijangka akan diadakan di Kubang Pasu pada 28 Jun depan.
Menurut Ustaz Ismail Wan Teh, Pengerusi Badan Bertindak Warga Darulaman(Badar) sebentar tadi bahawa, "pihaknya memohon maaf kepada PEMBELA yang merupakan penganjur bersama, juga tuan rumah program tersebut kerana memaklumkan berita penangguhan kehadiran Tun Mahathir kerana sebab-sebab yang tidak dinyatakan secara jelas".
Ustaz Ismail menambah, "berita berkaitan penangguhan kehadiran Tun Mahathir ke Kubang Pasu tersebut, diterimanya olehnya sekitar jam 4.00 petang (18 Jun) yang dimaklumkan oleh Tan Sri Khalid Abdullah selaku Pengerusi Dewan Himpunan Melayu Kedah juga merupakan Pengarah Program Jasamu Dikenang dan Forum Kepimpinan Melayu.
Berita tentang penangguhan kehadiran Tun Mahthir tersebut telah mendapat respon dari Naib Presiden 3 PEMBELA, saudara Zabedi Usop yang mengatakan bahawa, "penangguhan kehadiran Tun Mahathir ke Kubang Pasu menimbulkan banyak persoalan dan menyebabkan rasa kecewa dikalangan penyokong Tun, khususnya ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang menunggu sekian lama kehadiran tokoh mereka itu".
Tinjauan secara rambang oleh PEMBELA, dijangkakan sekurang-kurangnya 3000 orang dijangka akan hadir ke program tersebut yang majoritinya ahli-ahli Umno Kubang Pasu dan sekurang-kurang seramai 150 ahli Umno bersedia untuk mensyitiharkan diri keluar Umno di depan Tun pada majlis tersebut.
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)