SUKARELAWAN MESTI PATUH ETIKA DAN DISIPLIN KETIKA MENJALANKAN TUGAS
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 9:50 PTG
Menurut Mohd Dzohir, “etika dan disiplin adalah perkara paling penting yang perlu diamalkan oleh setiap anggota Sukarelawan kerana ia akan mencetuskan persepsi samada positif atau negatif masyarakat umum kepada badan ini”.
Dalam ucapannya di program Perjumpaan PEMBELA, beliau telah menggariskan tiga perkara penting yang perlu di ambil perhatian oleh anggota Sukarelawan. Tiga perkara tersebut ialah ketepatan mematuhi masa, etika berpakaian (uniform) dan akhlak diri yang tinggi menurut nilai-nilai agama dan budaya mengikut agama masing-masing.
Di samping itu, Mohd Dzhohir menegaskan bahawa, soal etika bukan perkara yang boleh dikrompomi oleh PEMBELA, kerana ia melibatkan intergriti badan ini kepada masyarakat dan pihak yang terlibat”.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya Sukarelawan PEMBELA sentiasa mengutamakan etika dan disiplin supaya khidmat bakti yang diberikan akan dihargai dan dihormati oleh masyarakat, sekaligus memberi nama baik kepada badan ini.
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)