HARIAN METRO SIAR LAGI BERITA PROGRAM 'BERSAMAMU PEMBELA'
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 6:22 PTGKUBANG PASU – Harian Metro sekali lagi memaparkan berita berkaitan PEMBELA untuk tatapan pembaca, khususnya di zon utara.
Berita yang bertajuk “Pembela bantu budak sakit jantung” disiarkan di mukasurat 23 Harian Metro hari ini (30 Jun), menceritakan tentang sumbangan yang diberikan oleh PEMBELA kepada adik Mohd Firdaus Shaari yang mengidap penyakit jantung bengkak dan berlubang sejak tujuh tahun lalu.
Memetik laporan yang disiarkan, Presiden PEMBELA, Ir. Mohd Jamal Nasir berkata, sumbangan itu meringgankan beban keluarga Mohd Firdaus berikutan bapanya, Shaari Saad, 46, hanya bekerja kampong dan pendapatan tidak menentu.
Mohd Jamal melahirkan rasa gembira dengan tersiar berita berhubung aktiviti badan ini kerana ia membantu mempromosi gerak kerja yang dilakukan, di samping memberi keyakinan kepada para anggota Sukarelawan PEMBELA bahawa Harian Metro adalah rakan strategik membantu menjayakan program ‘Bersamamu PEMBELA’.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya Sukarelawan PEMBELA terus menaburkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat dengan lebih gigih dan dedikasi tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.

0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)