Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

KUBANG PASU – Umum ketahui bahawa tempoh 100 hari yang diperlukan oleh kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Kedah Darul Aman telahpun berlalu.

Dalam tempoh tersebut, rakyat khususnya penyokong kepada kerajaan Pakatan Rakyat menanti-nantikan perubahan, khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dasar, perlaksanaan dan perancangan pembangunan oleh kerajaan yang telah diamanahkan oleh rakyat jelata melalui PRU 12 lalu.

Antaranya ialah perubahan di peringkat pentadbiran dan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang merupakan sebuah ‘kerajaan kecil’ dalam sebuah kerajaan negeri.
Di dalam ucapan Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak ketika merasmikan Seminar Pentadbiran dan Pengurusan Ahli Majlis PBT yang diadakan di Bayview Hotel, Langkawi kelmarin meminta supaya Ahli Majlis PBT menjadi seorang intelektual ketika menjalankan tugas mereka.
Saranan oleh Ustaz Azizan tersebut merupakan komitmen kerajaan Kedah yang diterajui oleh PAS dan PKR selepas di beri mandat oleh rakyat dalam PRU 12 lalu untuk memastikan segala tindakan dan perlaksanaan yang bakal di ambil mengambilkira kepentingan rakyat dan kerajaan.

Memetik kata-kata Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan bahawa, Majlis Daerah (PBT) adalah satu kerajaan kecil dalam kerajaan atau satu pemerintahan kecil dalam pemerintah, maka, PBT itu secara tidak langsung jelasnya, menjadi cermin kepada kerajaan yang memerintah".

YAB Ustaz Azizan Hj. Abdul Razak juga menyebut, “Intelektual, budi bicara dan kesediaan menyediakan pengurusan yang berkesan melalui kefahaman isu masyarakat setempat dan mesyuarat amat penting dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik”.

Serunya lagi, Ahli Majlis PBT perlu mentadbir sebagai golongan intelektual yang berbeza dengan golongan berpelajaran.

Ini kerana, intelektual merupakan individu yang mampu menguasai ilmu cabang yang berkait dengan kerjayannya, di samping budi bicara adalah penting di dalam menjalanan sesuatu urusan, di samping perkara-perkara lain seperti sistem penyampaian yang berkesan, sekaligus menyediakan persekitaran yang 'convenience', tenang, aman dan bersih agar rakyat dapat hidup dengan selesa.

Sehubungan itu, PEMBELA ingin menyarankan kepada semua Ahli Majlis PBT dalam negeri Kedah supaya benar-benar menghayati saranan oleh Menteri Besar Kedah berkenaan, supaya hasrat untuk melihat ‘Kedah Sejahrtera, Nikmat Untuk Semua’ akan menjadi kenyataan.

0 komen:

Catat Ulasan