Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

Wajarkah bangunan kedai ini dirobohkan ?

Oleh : Pembelawaja
TERKINI - Notis meruntuh / memindah gerai para peniaga di Jalan Masuk Tunku Sarina, Jitra yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu pada 26 Jun lalu, mendapat bantahan oleh para peniaga yang terlibat, Persatuan Peniaga-Peniaga Kg. Kelubi, Jitra dan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA).

Menurut, Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Ismial bahawa, “notis meruntuh dan memindahkan gerai para peniaga yang berkenaan adalah tidak wajar dan di lihat bersifat provokatif”.

Katanya lagi, “para peniaga tersebut sudah memulakan perniagaan mereka sejak 3 tahun lalu tanpa sebarang tindakan oleh pihak PBT Kubang Pasu yang ketika itu berada di bawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN”.

Bagi PEMBELA, kami berhak untuk beranggapan bahawa tindakan oleh PBT Kubang Pasu, semata-mata untuk menimbulkan rasa gelisah dan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran YAB Ustaz Azizan Hj Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

“Mengapa sekarang baru nak arah robohkan gerai ini, sedangkan ada peniaga yang sudah mendirikan bangunan yang baik dan mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan air”, ujarnya lagi.

PEMBELA berharap kepada pihak yang berwajib, supaya lebih mengutamakan kepentingan rakyat bawahan, khususnya yang ingin mencari nafkah bagi menyara keluarga mereka seperti orang lain.

Esok (1 Julai) PEMBELA sekali lagi akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Peniaga-Peniaga Kg. Kelubi bagi membincangkan tindakan seterusnya, demi memastikan masalah yang dihadapi oleh mereka akan terbela.


0 komen:

Catat Ulasan