Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

DAILOG PEMBELA - ISU JAWATAN PEKERJA AWAM MAJLIS DAERAH KUBANG PASU

Oleh : Pembelawaja

KUBANG PASU - Malam ini (2 Julai), jam 8.30 malam, bertempat di Dewan PEMBELA, Bandar Darulaman, Jitra akan diadakan program Dialog PEMBELA dengan kakitangan Majlis Daerah Kubang Pasu.
Menurut Idris Hj. Hassan, Pen. Setiausaha Agung PEMBELA bahawa, "program dailog antara PEMBELA dan kakitangan (Pekerja Awam) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) akan diadakan berkaitan isu penurunan jawatan berkuatkuasa Julai ini".
Idris berkata, "PEMBELA memandang serius isu ini kerana ia dirasakan bercanggah dengan aspirasi rakyat, khususnya di negeri Kedah Darul Aman yang mahukan persekitaran pekerjaan yang selesa dan terjamin".
Program ini diadakan berikutan aduan yang terima oleh PEMBELA daripada beberapa kakitangan MDKP yang menerima notis 'Tawaran Lantikan Jawatan Pekerja Awam - R1 (Sambilan) yang diserahkan oleh Setiausaha MDKP, Abdul Halim Hassan bertarikh 26 Jun lalu.
Oleh itu, seluruh Ahli Majlis Eksekutif PEMBELA di jemput hadir pada malam ini. Majlis tersebut, dijangka akan dihadiri oleh beberapa Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dan pimpinan PAS Negeri Kedah Darul Aman.

0 komen:

Catat Ulasan