Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA UTUS SURAT KEPADA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Oleh : Pembelawaja

KUBANG PASU - Perikatan Belia Bersatu Malaysia, singkatan nama PEMBELA telah mengambil ketetapan menghantar sepucuk surat sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) berhubung isu liwat yang dilaporkan oleh Saiful Bahari.
Menurut Setiausaha Agung PEMBELA, Basir Hj. Ismail bahawa, surat sokongan ini di buat semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah difitnah, ekoran laporan polis oleh Saiful Bahari yang mengatakan beliau telah diliwat oleh majikannya ( laporan TV3) baru-baru ini.
Memetik kandungan surat tersebut, "PEMBELA berkeyakinan bahawa, fitnah isu LIWAT ini adalah semata-mata untuk mneyekat karier politik dan iltizam Dato' Seri untuk membebaskan pemerintahan Malaysia dari tangan-tangan pemimpin yang korup, kronisme dan nepotisme"
Sehubungan itu PEMBELA ingin mencadangkan kepada mana-mana pertubuhan atau individu yang bersimpati di atas isu liwat ke atas pemimpin Parti KeAdilan Rakyat (PKR) tersebut, supaya menghantar surat atau email memberi sokongan moral kepadanya.
"Isu liwat yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar merupakan usaha jahat pihak tertentu untuk memburuk-buruknya, ia adalah tindakan manusia yang tidak bertamadun serta berpegang erat kepada ajaran Islam yang sebenar".
ni kerana, tuduhan tanpa disertakan dengan saksi yang cukup, adalah salah dan ditolak oleh agama Islam serta membolehkan si penuduh dikenakan hukuman 80 kali sebatan.
PEMBELA menyeru kepada para pemimpin rakyat yang ingin berjuang di atas landasan kebenaran demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air supaya lebih berhati-hati dan berwaspada pada masa depan. Ini kerana musuh tidak pernah memdiamkan diri merancang untuk melemahkan perjuangan yang di bawa oleh pejuang kebenaran tersebut.

0 komen:

Catat Ulasan