Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PAS KUBANG PASU LULUS USUL LANTIK SENATOR DARI SABAH

KUBANG PASU – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Pasu kali ke-32, telah meluluskan usul meminta PAS Negeri Kedah khususnya, melantik salah satu kerusi Senator kepada mana-mana pemimpin PAS dari negeri Sabah atau Sarawak.

Usul tersebut telah dikemukakan oleh cawangan PAS Tok Jalai dalam kawasan Kubang Pasu dan telah dibentangkan oleh Setiausaha PAS Cawangan iaitu saudara Zabedi Usop.

Antara maksud yang terkandung di dalam ususl tersebut ialah meminta PAS Negeri Kedah mempertimbangkan salah satu jawatan Senator yang bakal dilantik dipilih dari kalangan pemimpin PAS dari negeri Sabah ataupun Sarawak. Ini kerana, kemenangan PAS Kedah dalam PRU 12 lalu adalah kemenangan bersama ahli-ahli PAS dan para penyokongnya di seluruh Malaysia.

Menurut Zabedi, “Cawangan Tok Jalai rasa terpanggil untuk mengemukakan usul ini di Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Kubang Pasu adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa ketiadaan mana-mana pemimpin PAS yang memenangi kerusi dalam Pilahnaraya samada di peringkat DUN ataupun Parlimen”.

Beliau menambah, “Jika ada wakil Senator dari negeri Sabah ataupun Sarawak tersebut sudah pasti ia dapat memberi imej yang baik kepada PAS, sekaligus mereka dapat memainkan peranan untuk menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah dengan cara yang lebih berkesan”.

“Di samping, sebagai Senator mereka akan dapat menyampaikan suara rakyat di negeri berkenaan mengikut saluran yang lebih berkesan lagi.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kubang Pasu telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Ustaz Hj. Hassan Abdul Razak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah.

0 komen:

Catat Ulasan