Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

MAJLIS PERASMIAN PEMBELA MERIAH

Gambar kelihatan YB Mohd Nasir Mustaffa memerhati logo
PEMBELA di majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia

Majlis perasmian penubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) malam tadi mendapat sambutan diluar jangka, apabila dihadiri oleh seramai 300 orang tetamu jemputan.
Menurut Timbalan Presiden PEMBELA, saudara Mohd Dzhohir Hamid, "sambutan yang begitu ramai di majlis perasmian penubuhan PEMBELA menandakan bahawa usaha murni yang ingin dilaksanakan oleh PEMBELA telah mendapat sokongan masyarakat setempat.
Mohd Dhohir menambah, "tujuan majlis perasmian diadakan adalah untuk memperkenalkan PEMBELA kepada masyarakat setempat, bersempena 100 hari penubuhannya iaitu sehari selepas PRU 12 lau".
Di dalam ucapan perasmian PEMBELA oleh YB Mohd Nasir Mustaffa (Adun Kubang Rotan) mengatakan bahawa merasa bangga kerana kejayaan PEMBELA selaku badan bukan kerajaan yan g pertama ditubuhkan selepas kejayaan rakyat menumbang kerajaan UMNO/BN, khususnya di negeri Kedah.
Beliau menegaskan bahawa, "badan bukan kerajaan seperti PEMBELA amat wajar ditubuhkan sebanyak mungkin bagi memainkan peranan untuk memperjuangkan perkara-perkara tertentu untuk kepentingan rakyat dan negara".
"Saya menghargai di atas penubuhan PEMBELA yang menggariskan gerak kerja berdasarkan kepada kepentingan agama, bangsa dan negara, apatah lagi dalam suasana semasa kerajaan Pakatan Rakyat yang baru di bentuk selepas PRU 12 lalu, memerlukan sokongan padu dari semua pihak" ujarnya lagi.
Majlis perasmian ini turut dihadiri Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu saudara Aziz Hatt, Saad Ismail dan Kannasami a/l Subramaniam serta beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kubang Pasu yang berakhir pada jam 11 malam.

0 komen:

Catat Ulasan