SETIAP SABTU HARI MEMPROTES KENAIKAN MINYAK PETROL DAN DIESEL
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 4:16 PGTERKINI – Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menyifatkan tindakan kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Tun Razak menaikkan harga minyak sebagai satu penganiayaan dan kezaliman kepada rakyat, sekaligus telah menurunkan sekurang-kurangnya 40 peratus taraf kehidupan mereka.
Menurut Presiden PEMBELA, Mohd Jamal Nasir, “tiada sebab kukuh yang membolehkan kerajaan menaikan harga petrol sebanyak 78 sen menjadi RM 2.704 seliter dan diesel dinaikkan RM1 menjadi RM2.58 seliter”.
“Perbandingan harga minyak petrol dan diesel dengan negara seperti Singapura, Jepun dan beberapa negara lain, dianggap tindakan tidak rasional dan cuba mengelirukan rakyat semata-mata, ujarnya.
Beliau menambah, “mengapa kerajaan UMNO/BN tidak mahu membandingkan harga petrol dan diesel dengan negara Brunei Darussalam, Republik Islam Iran dan Arab Saudi supaya rakyat boleh mengetahui kedudukan sebenar harga bahan api diperingkat global yang melibatkan negara pengeluar.
Beliau menambah, "kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan kos sara hidup lain, amat membebankan rakyat’.
“PEMBELA ingin mendesak supaya kerajaan UMNO/BN segera menurunkan harga minyak pada harga yang munasabah dengan segera, supaya rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak menanggung derita akibat kenaikan harga barang keperluan lain” katanya.
Oleh itu, PEMBELA menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjadikan hari Sabtu sebagai ‘Hari Memprotes’ kenaikan harga minyak dengan meletakkan kenderaan mereka di sepanjang jalan di bandar-bandar utama di tempat masing-masing atau mengadakan perhimpunan dengan menaikan sepanduk dan poster menuntut kerajaan UMNO/BN menurunkan harga minyak.
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)