KEPUTUSAN 'POLL' PENGGUNA TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK
Diposting oleh PERIKATAN BELIA BERSATU MALAYSIA at 6:41 PGKeputusan tentang kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang dijalankan oleh blog PEMBELA mendapati 99% memilih tindakan kerajaan UMNO/BN menaikkan harga minyak dianggap 'KURANG AJAR' dan 1% pula memilih jawapan 'TIDAK WAJAR'.
Sehubungan itu, Che Halim Ismail, Naib Presiedn 1 PEMBELA menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan UMNO/BN menilai kembali harga minyak petrol dan diesel yang telah dinaikkan baru-baru ini.
"Keputusan pengguna menganggap tindakan menaikkan harga minyak sebagai 'KURANG AJAR' melambangkan tahap kemarahan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya" ujar beliau.
Mengulas tentang perkembangan terkini himpunan rakyat di Kuala Lumpur semalam (13 Jun) yang disertai oleh puluhan ribu rakyat, Che Halim menyebut, "ia adalah tindakan rakyat yang memperlihatkan protes mereka secara aman berhubung isu harga bahan api".
Sehubungan itu, PEMBELA ingin menegaskan akan terus komited memperjuangkan isu bahan api yang sedang menekan kehidupan rakyat dewasa ini.
Beliau menambah, "kemungkinan suatu perarakan dan himpunan rakyat seluruh negeri Kedah akan diadakan pada akhir bulan Jun ini melibatkan beberapa buah NGO yang prihatin memperjuangkan kepentingan rakyat di negara ini" ujarnya lagi.
0 komen:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)