Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

ISU BAYARAN LETAK KERETA PEKAN JITRA DAN BADAN BERTINDAK "PENJAGA"

1- Dimaklumkan kepada PEMBELA bahawa Mesyuarat Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu pada bulan Jun 2008 (Mesyuarat Kali Pertama Ahli Majlis Diwakili PAS dan PKR) telah membincangkan isu penguatkusaan letak kereta di kawasan-kawasan tertentu di Jitra dan Bandar Darualaman. Di mana, Ahli Majlis mewakili PAS dan PKR telah membantah perlaksanaan tersebut.

2- Pada 14 September 2008, seramai 12 orang dari 15 orang Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu telah mengadakan perbincangan dengan YB. Dato’ Mohd Taulan Rasul, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, meminta supaya mengeluarkan arahan menangguhkan penguatkuasaan bayaran berkupon letak kereta yang akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

3- Pada hari berkenaan (14 September), Exco berkaitan telah mengeluarkan surat arahan kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu supaya menangguhkan perlaksanaan bayaran berkupon ketak kereta di Jitra dan Bandar Darulaman.

4- Maklumat dari dalaman Majlis Daerah Kubang Pasu memaklumkan kepada PEMBELA bahawa Datin Barni Mohd Noor menolak arahan YB Exco dan tetap melaksanakan hasrat penguatkuasaan bayaran berkupon letak kereta seperti yang dirancangkan. Ekoran kedegilan Datin Barni Mohd Noor telah mengundang reaksi kurang senang dikalangan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (PAS dan PKR), sekaligus memperlihatkan sikap dan wjah sebenar siapakah Datin Barni Mohd Noor tersebut dikalangan rakyat di Kubang Pasu. Adakah dia berkerja di bawah Pakatan Rakyat ataupun memiliki kuasa yang lebih tinggi dari YB Exco berkenaan.

5- Sehubungan itu, pada 15 September 2008 seluruh pengguna kereta di Bandar Darulaman, Taman Desa Perdana, Taman Sri Halban, Kompleks Jitra, Pekan Jitra 2 dan Pekan Jitra 3 yang menggunakan tempat letak kereta di kawasan berkenaan akan dikenakan caj atau bayaran secara berkupon dengan kadar tertentu oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

6- Kupon-kupon letak kereta di jual oleh agen-agen yang dilantik oleh Majlis Daerah Kubang Pasu. Sumber dalaman Majlis Daerah Kubang Pasu memberitahu bahawa setiap kupon yang dijual, agen akan mendapat keuntungan sebanyak 6 peratus.

7- Tindakan penguatkuasaan bayaran letak kereta oleh Majlis Daerah Kubang Pasu, telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PAS dan PKR) yang melaungkan slogan “Kedah Seajahtera, Nikmat Untuk Semua”.

8- Ramai pengguna tetap ruang letak kereta sejak sekian lama, mula merunggut kerana ia sekaligus telah meningkatkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka setelah kerajaan pusat UMNO/BN menaikkan harga bahan api (petrol dan disel). Ini kerana, pengguna tetap di kawasan berkenaan kebanyakan mereka bekerja di premis-premis di kawasan berkenaan. Premis tempat mereka berkerja tidak menyediakan tempat letak kereta rasmi kepada mereka kecuali tempat letak kereta yang diselia oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

9- Berdasarkan kepada ketetapan bayaran yang dikenakan bahawa pengguna terpaksa membayar sebanyak RM 3.00 sehari dengan jumlah terkumpul bayaran bulanan antara RM 60.00 (20 Hari Berkerja) hingga RM 75.00 (25 Hari Berkerja) atau RM0.50 sejam. Sedangkan penggunaan tempat letak kereta tersebut langsung tidak mendapat apa-apa kelebihan atau faedah sampingan dari pembayaran yang dilakukan, melainkan pengguna berkenaan boleh menggunakan secara sah tapak letak kereta tersebut di sisi-sisi undang-undang yang diperkenalkan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu.

10- Sumber rasmi yang diberitahu kepada PEMBELA bahawa tujuan Majlis Daerah Kubang Pasu melaksanakan bayaran letak kereta di kawasan berkenaan adalah untuk mengatasi kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kereta di kawasan berkenaan. Kononya dengan dikenakan bayaran masalah kesesakan dan kekurangan raung kereta dapat diatasi. Ramai yang berpendapat bahawa ia merupakan alasan dangkal dan cuba memperbidoh-bodohkan rakyat serta pengguna kenderaan yang terlibat.

11- Pada 16 September 2008, sebuah Badan Bertindak Menjaga Kepentingan dan Kebajikan Rakyat Kubang Pasu singkatan nama PENJAGA telah ditubuhkan yang dianggotai oleh beberapa buah NGO, pemimpin PAS dan PKR dalam Kubang Pasu dan Jerlu dan aktivis masyarakat.

12- Mesyuarat Pertama PENJAGA telah memutuskan 5 tindakan yang akan di ambil terhadap Majlis Daerah Kubang Pasu, iaitu :-

(i) Mengadakan liputan dan sidang akhbar pada 18 September 2008 di ibu pejabat PEMBELA bagi menyatakan bantahan berkaitan penguatkuasa bayaran letak kereta berkupon.

(ii) Menyerah Memorandum Bantahan Kepada Yang DiPertua berhubung tindakannya tidak mempedulikan arahan oleh YB Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

(iii) Mengadakan himpunan rakyat di Pekan Jitra pada tarikh yang akan ditentukan.

(iv) Menghantar Memorondum kepada YAB Menteri Besar Kedah supaya Yang DiPertua dan Setiausaha Majlsi Daerah Kubang Pasu ditukar ke tempat lain dalam tempoh masa segera.

(v) Membuat laporan BPR dan Polis berhubung dengan beberapa isu berkaitan penggunaan dan pengurusan kewangan, perlantikan jawatan dan penganugerahan projek serta perlaksanaan penguatkuasa berpilih oleh pihak Majlis Daerah Kubang Pasu.

13- PENJAGA telah menubuhkan skuad Pemantau dan Risik yang disertai oleh 16 orang dalam pelbagai bidang iktisad termasuk yang berkhidmat di Majlis Daerah Kubang Pasu, Agensi Kerajaan, Parti Politik dan Ngo.

14- PENJAGA berjanji akan memastikan segala tindakan dan perlaksanaan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu seiring dengan falsafah, cita-cita dan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua, sekaligus memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan kerajaan yang adil, sejahtera dan telus.

0 komen:

Catat Ulasan