Site Network: Laman Utama | Harakah | Malaysiakini | Che Det

PEMBELA ANJUR PROGRAM BERI SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN SUSAH

PEMBELA akan mengadakan program bantuan kepada golongan susah iaitu ibu tunggal, warga emas, anak yatim piatu dan saudara baru Islam pada 20 hingga 25 September depan.

Menurut, Ir.Mohd Jamal Nasir, Presiden PEMBELA selepas mengadakan Mesyuarat Bulanan yang diadakan di ibu pejabat PEMBELA malam kelmarin bahawa, pihaknya sedang mengumpulkan bantuan daripada para sukarelawan dan korporat untuk disumbangkanm kepada golongan sasaran yang ditetapkan.

Mohd Jamal menambah, PEMBELA amat peka dengan permasalahan rakyat bawahan yang masih ramai hidup dalam belenggu kesusahan dan amat daif.

Oleh itu, gerak kerja memberi bantuan di bulan Ramadhan ini sedikit sebanyak akan menringgankan bebanan mereka bagi menghadapi Aidil Fitri akan datang.

Berdasarkan kepada cadangan, PEMBELA akan memberi sumbangan kepada golongan susah yang berada dalam daerah Kubang Pasu. Golongan tersebut terdiri dari 67 orang ibu tunggal, 28 anak yatim paitu, 45 keluarga baru Islam dan 60 orang warga emas di dalam Dun Bukit Kayu Hitam, Siputeh dan Jitra. Di samping, golongan susah dalam kawasan Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena juga akan disalurkan melalui anggota PEMBELA dalam daerah masing-masing.

Sehubungan itu, PEMBELA terus membuka peluang kepada mana-mana individu yang berkemampuan yang ingin memberi sumbangan tersebut melalui PEMBELAdengan menghubungi saudara Zabedi Usop (019-441 6903), Idris Hassan (017-4829 457) dan Hj. Taib Abdul Rahman (019-4648 929).

Bagi memastikan gerak kerja sumbangan berjalan denagn sempurna, PEMBELA akan berkerjasma dengan PAS cawangan atau Keadilan di tempat yang ditetapkan. Program tersebut akan disertai oleh tabloid Metro dan pimpinan setempat bersama-sama dengan Ahli Majlis Ekesekutif PEMBELA.

"Seluruh sukarelawan PEMBELA di jemput untuk membantu melaksankan tugas tersebut dan mereka hendaklah melaporkan diri di pejabat PEMBELA pada jam 12.00 tengahari pada 20 September akan datang".

0 komen:

Catat Ulasan